Sunday, March 24, 2013

Journey to Merbok

Aduhh..dah lama tak meng-update cerita kat blog.So sempena ada kelapangan waktu nih aku nak share cerita pasal journey aku nak pegi amik result SPM.Nak tau aku dapat berapa?Haa..baca la entry aku kali ni sampai habes.

20/3/2013


Hari aku dah bertolak pi Sungai Petani,dihantar oleh drebar aku.Hmm,macam lah aku mampu nak ada drebar.Heheh.Bapak aku yang hantar aku naik motor KIPS dia.Meh,tak harap la tuh aku pi naik bas,takut aku melencong pi ke lain.Tapi memang pun!!Aku pi CS dengan kawan2 aku..Hahahaha!!Mak aku memang tak bagi aku pi,tapi aku pi jugak.Bila dah sampai kat SP,aku tunggu atin,shiga dengan tikah.Pulak dah!Atin dengan shiga pi CS terus,tikah lak tak sampai gi.Bapak aku tunggu depa sampai baru dia balik.Aku suruh atin dengan shiga mai.Seb baik depa mau mai kalu dak memang tak ke CS lah kami.Bila bapak aku dah balik,kami pun dengan cerianya pi CS sambil nak sembang2.Rindunya kat kawan2.Huhu.Dah sampai CS ronda2 sat,pastu depa lapaq.Pi la kat McD.Aku tak makan sebab dah makan dengan bapak aku.Dok syok2 sembang aku baru teringat yang aku tak semayang Asar gi.Isy3...Pas semayang,pi la kat McD.Tetiba ternampak cikgu suraini lak.Kami tunduk kepala ja.Okayy,lepas tu kami pun dok amik gambaq la.Entah camna aku tak perasan ada sorang budak India dok cangok tepi meja kami.Aku suroh tikah amik duit 20 sen dia kat dalam tray tu,satgi lupa pulakk.Masa tu shiga dah tepuk2 lutut aku,tapi aku tak paham signal dia.Tikah pulak ingat aku suruh dia bagi kat budak tuh.Lepas budak tu blah,kami punya bantai gelak tak hengat!Aku habaq kat tikah yang aku suroh dia simpan duit tu,dia ingat aku suroh dia bagi kat budak tu..Har3.Lawak gila sehh.Tak paham,ok.takyah paham.Kami 4 orang ja paham,pastu gelak guling-guling.



Ni tikah dengan atin.Mehh...Lepak jap kat McD kat CS

Ni aku dengan shiga.Heheh.Why,oh,why my cheeks look like balloons?
Lepas perut pun dah kenyang,kami jalan2 kat CS tu.Aku nak pi Popular,so kami pun la Popular.Aku jalan dengan Atin,Tikah lak dok sembang dengan Shiga.Sampai aku dah bayaq pun depa dok wat kedai kopi lagi.Kami ronda2 dalam CS,dah tak dak apa yang nak dironda,kami plan nak balik umah tikah.Masa tu dah nak malam,kami pi lah stesen bas.Punya lama tunggu bas,akhirnya bas sampei jugakk.Tunggu dalam bas pun lama gak,entah pi mana lah drebar bas tuh.Dah la kami ja wanita dalam bas.Ececece.....Dalam bas kami wat mesyuarat tingkap lak.Aselehe,nampak budak maktab lak,Muaz dengan sapa entah.LoL..Tera nak sampai kat umah tikah pun lama,nak masuk dalam umah dia pun jaohh..Malang tak dinampak,kaki aku terrkena keleboq lak *Lumpur kalau kome tak tau*..Abeh kasut aku.Huhu.Tak pasal2 kena basuh.Bila dah sampai umah tikah,aku pi mandi dan basuh kasut.

Pas mandi aku semayang maghrib sebab aku tengok jam tak masuk Isyak gi.Bila dah sudah kawan aku tanya aku semayang apa cepat sangat.Aku cakap la aku semayang magrib.Aselehe....Kena gelak lagi.Rupanya dah Isyak,jam tuh dah mati.Oleh sebab aku dah terkentut,aku pi la kat ruang tamu,nonton telebisyen.Bila kawan aku dah semayang Isyak aku pun pi la semayang.Kami gilir2 on9.Semua dok post pasal SPM punya result.Nak dekat pukul 2 baru kami tidoq.Buat apa?Tengok hindustan,baca komik,main game..Tak buleh tidoq langsung,bila aku bangun baru pukul 4.Paksa jugak lah mata aku ni pejam...

21/3/2013


Akhirnya,hari yang ditunggu-tunggu oleh budak 1995 dah tiba!


Aku bangun pukul 6.30 pagi,maklumlah tidor umah orang tak buleh bangun lambat2.Aku pi mandi pastu semayang suboh.Aku gerak atin dengan shiga.Hamboihh,liat sungguh nak bangun.Oleh sebab kasut aku dah terkena keleboq dan aku pun dah basuh,aku letak kasut aku depan kipas.Seb baik kering,kasut spare tak bawak.Mak tikah masak nasik goreng.Perghh!!Pedas gilar,seb baik aku buleh tahan.Keh keh keh...Mak dia siap2 pi keja,so tinggal kami empat orang je lah.Lepas semua dah ready,kami keluar la dari rumah dia.Jalan kaki pi tepi jalan tunggu bas.Panas gila kot,dah la aku,atin dengan shuga usung beg sebab lepas amik result nak balik terus.Aku beg galas ja,atin dengan shiga bawak beg serupa nak lari dari rumah ja.Heheheh...Tunggu punya tunggu,bas tak sampai2.Tetiba ada teksi lalu dan berenti,mula2 tak mau naik tapi dah desperate sangat naik jugak sebab dia kata sorang RM5.Err,dari maktab pi SP baru RM4 satu kepala.Pastu drebar teksi bagi kurang sikit,kurang seringgit ja.Meh..Kalau nak naik bas tak tau la sampai pukui berapa.Tera naik teksi pun sampai pukui 9 lebih.


Kami turun kat kedai depan maktab sebab tikah nak cucuk duit nak bayar hutang maktab.Pastu kami pi jalan kaki pi maktab buleh pulak buat pelikk.Check this out!



Buleh buat gila pulak amik gambar kat sini,dah la betoi2 kat simpang jalan.Tapi aku pun amik gak gambar kat sini.Keh keh keh,maybe ada dalam kamera shiga atau atin kot.
*usah pedulikan kami wahai pengguna jalan raya,kami memang suka wat benda gila*



Nak buat camna,bukan selalu nak buat gila.Kalau buat gila pun masa sekolah lagi.Muahaha.

Okayy,pastu on the way nak pi maktab pun buat gila lagi.Amik gambar dengan satu bendalah nih.Aku pun tak tau nama apa,tapi tertulis kat situ "Lembah Bujang kilometer tatau"..Err,I'm not sure if it was Lembah Bujang sebab gambor takde kat aku.






Ba zangg!!!!
Ni lah dia,MRSM Merbok terchenta.Ha ha,luar memang nampak sama ja,tak berubah,tapi tengok kat dalam maktab!


Bila dah sampai maktab,terkezutt gak la..MRSM Merbok dah cantikk!!Dah la kami dok usung beg,macam nak balik maktab ja.Asal nak letak beg kat surau,tapi bila dah jumpa geng2 aku pi sembang2 dulu baru letak beg.Bestnya dapat jumpa kawan2.Surau pun dah besar,tengok ni 




Ni bahagian belakang surau.See,dulu masa pi semayang tak siap lagi.La ni,dah besaq dah.Untunglah budak pompuan,sikit punya besaw tempat buleh tidoq!



Ni bahagian luar surau.Cantiknya kan?Siap ada pintu gerbang lagi kat bahagian laki,tapi terlupa pulak nak amik gambar.Macam playground pulak besi2 ni. 


Tengok2,dah cantik maktab aku ni.Nak tengok lagi?Haa...Cer check,cer check!






Ni tempat roll call kami.Dulu ada rumput,dengan tanah yang gersang masa roll call,tambah2 roll call masa hari Jumaat kat sini pun kami *budak pompuan* buleh buat kedai kopi.Keh keh keh..





Okay now,back to the main topic.Dewan pun dah ada ekon,memang semua dok kat sana la.Bila cikgu dah umum nama sapa yang dapat straight A aku dah cuak.Apakan daya,aku dapat 8A 1B..Add math aku yang B,aku tak kesah sangat sebab aku memang tak target A untuk Add math.LOL.Ada yang senyum2,ada yang dok nanges2. Hmm,rezeki masing2,terima je lah.Bila dah ambik result aku pi merayau kat maktab,cari air.Dah la panas,tekak ni rasa macam nak kemarau.Pekena teh ais memang sedap.Then,aku teman atin pi bilik guru,dia nak jumpa cikgu homeroom a.k.a cikgu chemistry aku.Heheh.Ok,pastu kami lepak jap kat dewan,tak puas kena ekon.Masa tu ramai yang dah balik,Mus pulak baru sampai.Buat lawak pulak dia ni,tanya tang mana nak amik result padahal orang dah balik,cikgu2 pun dah ciao.Bila dah tengah hari aku lapaq gila kot,tapi tahan je la.Plan nak pi makan depan maktab tapi budak laki ramai so aku malas nak pi.Tahan lapaq ja la.Atin,shiga,popo dengan tikah naik teksi nak hantar shiga dengan atin pi stesen bas.Aku pulak cangok kat Ice Queen tunggu bapak aku sampai.Dalam dok tunggu tu,aselehe....terjumpak cikgu BM aku,cikgu Salmah.Ahoho,sembang sat dengan dia.Huhu,sabor je la.Bila bapak aku dah sampai,aku balik la dengan perut lapaq..Keh keh keh.

The End....








5 comments:

  1. penat lorh nak menaip..hehehe..mu nak tolong xper gak

    ReplyDelete
  2. boleh klu nak tolong.. mung bagitau pengalaman, meh aku taip.. hahhahah terlebih rajin pulak! :) chan tengok2 lah blog aku.. comment2 follow2.. ;)

    ReplyDelete
  3. wey,takdak latest entry ka kat blog hang?yg naik kat dashboard aku suma yg lama pnya entry sbab dulu hg private kan

    ReplyDelete
  4. a'a..
    aku xtaw nak tulis ape
    aku xde bnyk pengalaman mcm hg chan!
    :'(

    ReplyDelete

Komen la sikit der