Thursday, November 28, 2013

Cuti sem,saat yang ditunggu-tunggu

Cuti sem!
Precious time untuk bebudak yang still belajar + yang dok jejauh dari famili + yang masih dok bawah ketiak mak.hewhewhew
So,apa aku buat cuti-cuti malaysia ni?
Nahh,1 bulan 2 minggu cuti yang terasa bagai sesaat saja *tipu2*
Apa ya aktiviti aku?

1.main dengan kucing

ya,memandangkan kucing lama aku dah mengadap Ilahi *sobs sobs* anak dia pan dgn pin dah buang kat market *kes kencing berak rata2 macam mak dia*,mak aku cari kucing baru sebab takdan kawan kat rumah bila mak bapak gi kerja.nama dia tom and dia ni jantan.still a baby.

jaga dia ni macam jaga baby.mandi,tempat tidur,pasir sekotak habuan nak berak.kopok2 cam ayam nanti dia cirit,mau yang branded ja *ciss,demand kau ya?* tapi aku prefer smartheart jelly sebab bau dia tersangat sedap!rasa nak makan ja.tapi dia kasi warning "tidak sesuai utk manusia"

iyee,aku suka rasa kopok kucing smartheart,rasa pun not bad.aneh2..

2.baca novel,buku,komik bebanyak

lawak kampus,the hunger games trilogy,a street cat named bob.
entah berapa ratus kali baca pun tak hengat,tapi bagus kan baca bebanyak kali ?
al-quran tak lupa aihh,baca jugakk nah.

3.adik graduate

tadika skang dah ada graduation bagai.haha.adik aku dah 6 tahun,besar dah.dolu kicik2 masa baby lepas mandi ja keja nak pancut air kencing lepas mandi.part bestnya ada makan2 and makanan dia kasi perut kenyang sampai malam *ni auta,lepas 3 jam perut krohh krohh*

4.balik kampung

yeay!balik 3 hari ja,muet punya pasal.rindu kedah!pekena roti doll memey masyuk ahh.aku keja snap2 gambaq dengan adeq ja.lari sampai tengah sawah,pastu selca plak.mesti pokcik yang dok membaja padi pelik tgk kami.

5.prepare muet.

kejadah!ni yang malas ni,cuti kena study untuk muet lak.pfft!

hargailah cuti sem anda dengan bende2 yang ada pekdah yee.....

Tuesday, November 5, 2013

Reunion of batch '95-merbokians

Assalamualaikum and hi!

Iolls nak cerita yang kemarin iolls pi reunion kat maktab kemarin.hihi..Best arhh dapat jumpak kawan2 semua even though tak ramai yang mai padahal kat fb bukan main canang satu malaya kata nak join,tapi bila dah sampai kat maktab.....hangit!tak mai pun...sobs =(

Ahh,persetankan depa!

So,aku sampai dalam pukul 10.30 pagi camtu,dengan usung helmet bagai.Yo lar,bapak hantar naik Kawasaki *pe,ingat aku naik kapcai ke?* Then rush pegi pejabat amik sijil SPM *weee!* Yang kejadahnyaa,ramai pakai casual ja tapi aku pakai JUBAH.wutz?ada yang terkejut tengok aku pakai jubah,aku kan dulu gengster mana pakai jubah2 bagai..




Ambo takde dalam gambo,ambo da photographer


Ahaa!Tudia ambo dengan member sekelas yang jugak blogger


Ustaz Omar.
Tak pasai kena semboq amik gambar ustaz time dia nak pakai stokin


"Kenapa markah sejarah kamu terok sangat?"-Cg. Tini
"Janji cikgu tak ponteng kelas dgn PGG lagi"-Bea
Ada gaya macam cikgu tgh advise student padahal dok borak2 dgn cikgu

Aselehee..Eksaited jumpa member baru sampai


"Ni muka2 tak siap istiqamah,dah tu tak hantar pulak.Hafazan dah buat blom?"
Ustaz mat rom yang ajar kelas aku tahun lepas.


wow wow wow!dah ada lampu kat pejalan kaki.
bukak malam2 mesti lawa.
lip-lap!!


Dadih fevret aku,dadih Suri.geeee....


Omo,sekali aku termasuk dalam CCTV koop lak.pfftt


Pipah ni rindu sgt kot dgn ayaq kotak koop sampai cium kotak tu.
Tamak plak tau hauk majalah maktab banyak2.


Jejeng!!Ai selaku duta mempromosi koperasi mrsm merbok berhad


Again,ambo takder dalam gambar


Ambo kat tengah tu macam ketagih pil kuda pulak.
Kiri kanan tu ambo punya kuli.hehe...


Gegurl hot seantero...err...malaya ?


Nina taktau jawab soalan IQ lettew
Wannur senyum jahat sbb nina takleh jawab *evil*
Tasha,sila habaq hg usha gmbr sapa dlm mjlh maktab?

Ex-roommate form 4,amoi.
Ehhh...terbalik ahh tudung dgn baju weollss


Bilik guru unit bahasa yang gilos ceria!
p/s:ada map Kedah yg besaw kat rak cg. suraini.thee..hee..hee

Me,looking so comel and...kerdil
Bea,kau terlebih makan ubat ke?haha


Taraa!!Pintu kelas aku.
*Ni koje budak 5 IU tahun ni,bukan tahun lepas yee*


Jejaka yang tak berapa BOOM kat maktab
Aslam,kau makan julap ka?


Gosip terhangat dalam batch kami,mak yeob dgn pong


Surau dah maju,ada besar & ada mimbar


Aku rasa nak buat jahat kat gambar aiza.
kahkahkah *gelak evil*


Pulokss,ada anonymous kat belakang tuh
*Dik,camne kau amik gambar?*


Tempat bermain time SPM lagikan dikenang.
Dah tinggi kau ye pokok ?
Dolu2 keciks je....


Me,looking like crazy woman, with adik

Apa weollss buat?Kami keluar masuk bilik guru,pi koop.bwahaha..beratur panjang kami dalam koop tu,terasa macam student lagi kat maktab..urmm,lepak2 dalam surau..Nak masuk kafe,tapi ada cikgu2 plak.Kalau masuk gak memang tak cukup tempat dan makanan  

So,that's all readers........













Monday, September 30, 2013

Dam dam dum

Kekadang bila dok saja2 terkenang pulak dahh memori zaman sekolah.Haishh,cepat betul zaman sekolah dah berlalu..Memang betul orang cakap,zaman sekolah laa is the best moment in our life sebab takkan berulang lagi dahh..Huwaa,rindunya!Rasa macam nak masuk sekolah balik.Rindu betul zaman nakal2 masa sekolah,tambah2 part langgar peraturan sekolah.Dude,campus life takdak rules.Kau bebas nak buat apa,orang tak larang.Masa sekolah dulu yang cikgu tak bagi buat laa yang kita tergedik gedik nak buat.Cikgu kata jangan fly,nah fly jugak *bukan aku* cikgu kata turun prep tapi ponteng jugakk.Last2 terbongkang kat dorm,homework tak buat,malam baru kalut.mihmihmih ;)

Bila memori yang kita rindu dah lepas,baru reti nak bersyukur kan betapa best-nya zaman sekolah.Dulu dok merungut bila nak habes sekolah,aku tak larat nak ngadap buku bla..bla..tapi bila dah masuk dunia dewasa,baru la nak sesal2 gitu.Haha

P/s:Zaman sekolah jgn lupa langgar rules sekolah,tapi jgn sampai kantoi dengan cikgu.muahaha =O

Friday, September 20, 2013

Life Budak Universiti

Aku tak tau apa motif aku tulis pasal entry kali ni.Maybe sebab tension kut dah nak final minggu depan \o/

Orang selalu cakap,bila dah masuk U:
1) tak dak orang nak kesah kalau ang langgar peraturan,hang nak buat apa lantak pi lahh kat hang..tapi,masa aku on the way nak pegi kelas,aku nampak bapak polisi bantuan men-saman (?) budak2 yang naik moto.hmm.indeed,traffic rules.

2)masa kat U lahh boleh carik boyfriend dak pun bakal suami (=,=') tapi aku kat sini dok bergelumang dengan buku yang tebal2,lectures notes,quizzes,tutorial,lab reports,mastering-online assigments bagai,lepak kat setia city mall,tengok kampung girl tiap2 malam jumaat etc..

3)masa zaman sekolah,cikgu2 selalu marah students sebab tak follow rules  sekolah..Cikgu2 akan cakap macam ni

       "awak masuk U nanti takde sapa nak larang awak nak buat apa pun..."
 tapi bila dah masuk U ni,kalau tak siap assignment kena tempik dengan 
 turor,kalau fail dalam test telinga hangit kena marah (o.O),tak hantar            assignments kena potong carry marks *yang ni gerun sikit*

Mehh..Indah khabar daripada rupa ja semua ni

Wednesday, September 18, 2013

Birthday Girl

Happy birthday to you me
Haihh,hari yang setahun sekali nilah yang bikin aku tension.Hari test bio dengan chem,malam ni sure discussion lab kerepot report dan aku yang kena lukis buah pinggan pinggang

oh ya
balik umah dapat hadiah hari jadi berupa sebatang pen dari adik aku.alolo..baru 6 tahun je pun.terharu aku.sobs T.T

Aye,get a life laa...

Saturday, September 14, 2013

6th sense-berita mengejut

Aku tak tau la aku ni ada sixth sense ka apa-tapi bila aku plan nak balik rumah,pastu tak jadi (sebab kena save bajet,duit KPT dah nak habis) atau  plan yang tak pernah menjadi ,mesti ada berita mengejut.

First,
seminggu lepas aku balik kolej dari cuti raya,aku nakkk sangat balik rumah,hati aku ni macam suruh aku balik rumah.Rupa2nya kucing aku mati.

Second,
isnin ni cuti hari m'sia,selasa dah tak dak kelas.Aku ingat nak balik rumah sebab rindu sesangat kat family cuti agak lama and aku pun tak penah balik rumah kecuali masa raya ja,tapi aku ada test hari rabu tu,yakni subjects killer chemistry dengan biology.Kalau aku balik rumah konpem2 101% aku tak study.Rupa2nya tokteh aku meninggal,heart attack.Mak aku mesej,tok teh adik tokwan aku =,= yang aku selalu pi menempek kat rumah dia,lari dari kena bancuh ayaq kopi bila aku pi rumah tok nyang aku,pi geledah dapoq carik makanan (!) and yang selalu bagi duit kat aku =) selalu usik aku tanya ada boyfriend ka dak =P yang selalu senyum sampai nampak gigi yang tinggal berapa batang o.O

Shock crossed my mind!I heard so much death this year and I'm terribly afraid who else,people whom i love,will die?

P/s:Al fatihah untuk arwah tokteh yang disayangi


Tuesday, August 27, 2013

Hunger for THG

Err...Aku terr..beli novel The Hunger Games  
(sebenarnya dah lama simpan nawaitu nak beli) 
Aku beli guna duit elaun KPT aku la.Hihi.

Wallawey!Aku memang tak bukak buku la,asyik dok ngadap novel jaa..Pi kelas pun aku bawak.Ngee~die hard fan hunger games gitu.


May the odds be ever in your favor!

Sunday, August 25, 2013

Syawal-Shopping month

Ni bukanlah post pasal schawal (harap maklum awal2)

Bulan ni aku spent duit aku (duit KPT sebenarnya!) paling banyak,entah berapa ratus keluar.Scroll down...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Scroll down lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Printer Canon (rasa macam cannon ball gedebush atas kepala aku)      RM179
Baju tiga helai (tak termasuk yg dibeli bulan2 lain) Ada offer maa   RM37
Ink printer (seronok print sampai ink habis)                       RM50
Novel Unravel Me                                                           RM33.90 (!)
Majalah + Al-Quran tafsir                                                RM26     
Crap stuffs                                                                    ??????
Total semua:                                                                 RM*%#&@

Monday, August 19, 2013

Lve Me or Hte Me

My heart is broken into tiny pieces.
My soul is shattered into tiny pieces.
I am a freak.
I am a freak.
I am strong.

The emotional wave washed over me.

Drowning me deeper and deeper.
I did not resurface.
I sank to the darkest bottom of my life.
I sank to the darkest bottom of my life.
I swam back against the enormous wave that tried to push me down to the darkest bottom of my life.

The beauty of universe.

The stars glued to the dark sky.
The moon is pinned to the pitch-black sky.
The warm sunshine kissed my skin.
The soft breeze whispered to my ears. 
The rainbow coloured my day.
The rainbow coloured my day.
Then I fell into the endless darkness.



 

Saturday, August 17, 2013

Upside-down World

Today,is the worst day of my life.I got a call from my I-used-to-hate brother but he couldn't get through me because I dunno his phone number and I thought it was some crazy dudes *Lots of mysterious people called me this week*.So he called me using my mum's phone and BOOM!!BOOM!!BOOM!!He told me,my cat our cat,Puteh died from food poisoning.

Shocked across my mind.

My breath knocked out of me.
I lost my balance.
I can't believe that I had lost one of my love.

Then I got out of my house,pretending to call my sister but actually I found a good spot to hide and cried out loud and watched her pictures.It was a hard moment for me.Patut la aku rasa macam nak balik rumah ja lepas habis kelas kemarin.Rupanya dia nak mati.And now she's dead and my brother had buried her already.


I still remember the sweet moments when we slept together.

I still remember her craving for Smartheart jelly food.
I still remember the sound she made when she jumped from the kitchen bar *fish-hunting time*.
I still remember her purr when she slept soundly.
I still remember her big stomach when she was pregnant.
I still remember her mate,a white short-tail tomcat but very seductive!
I still remember the moment when my mum brought her home.She found Puteh in the middle of night and it was raining heavily.we were at our hometown when we took her as our pet.Puteh,was a cute kitten,hunger for her mother's milk and love and comfort.
I still remember every single thing about my cat.

She's dead.

She's dead.
She's dead.
She's dead,leaving her two children.






Monday, July 8, 2013

Beautifully-stretched life

I'm still thinking what I want in my life.
I have no ideas what I want to write on the blank pages of my life.
Flawless life,everyone's dream.
But still,there's no perfection in life.
Perfectly imperfect,is what we call.

I just want a beautiful yet smooth life.

I'd always imagined how my life would be.
And all I ever want is a beautifully-stretched life.
Even though is quite beauti-dully life,I'm still okay.
My life is all about surviving to keep me floating on the surface.
Whatever comes in my life,I'll face it and I'll say I'm fine.

Saturday, June 29, 2013

Unreachable Dream,for now

Have you ever felt in your life,when all the pressure came from all direction and you almost gave up everything?Yes,I had experienced that painful experience in my life.But it's more painful when you have nobody to lend their shoulders or at least to you give a box of tissue *if u know what i mean*  ToT

But,the pain is just part and parcel of my life so I let it go by itself,not even bothering to think about it many times although I felt I almost reaching the crashing point of my life.I built up my life back,put everything to the right track and became sane again.Hmm.


Dream.Everybody has their own dreams and so am I.My dream is all about to be free.Free to go anywhere,free to do anything that I want and free to achieve my dream.Sometimes I wonder,why I couldn't get what other could people get?I think and think and think.Then,I get the answer:everything is His plan,maybe if I can be patient today,maybe I can get what I want tomorrow.Allah knows what's the best for me,maybe what I want is not good for me.Just be patient and I'll get what I want.In shaa Allah =)

Wednesday, June 26, 2013

3 Minggu Pertama Sebagai Student Asasi Palam

Perghh!!
Kat sini belajar memang laju gila,satu minggu satu chapter.Dahsyat kan?
Aku admit,sebagai ex-student MRSM memang agak susah aku nak adapt dengan environment study dia b'coz masa sekolah dulu,nganga mulut ja,semua cikgu suap.La ni kena pandai2 la nak belajar.Lecturer pun cakap macam tu gak..LOL *_______*

3 minggu pertama kat sini aku dah okay la nak adapt kat sini..ToT 

Memula tu susah gak nak adapt sebab ya la,tak kenal classmates gi.Macam2 pe'el ada ehh,ada yang mulut 24/7 bising,ada yang diam serupa mulut kena gam,ada yang macam biskut,sat ada sat tak dak *aku lettew*..Kelas aku,C10 ada 35 orang.Aku pun musykil gak,tak dak ka sapa nak keluaq pi tempat lain??Hehehe...Kalau nak cakap utara tu memang senipis bulu hidung la peluang nak cakap utara.Seksa betoi lidah aku nak cakap Kay-Ell.Muahaha +.+

Aku pun dah buleh terima dengan redha tangga maut tu.Hmm  =________=

Sabor jelah nak mencekik kat rafflesia pun pikior banyak kali,tambah2 lauk ikan.
La ni aku dah jadik pengguna setia bas rapid,siap buleh hafal gi nama drebar bas tu.Bas yang selalu aku naik bas pak cik kadapi *ganteng orangnya*
Musim jerebu ni pak cik pun pakai face mask ka?Hahahaha...Bila pak cik nak bagi saya naik bas free?
Pasar malam kat puncak alam memang best la *sebab banyak tudung murah2* dok nampak dahh duit elaun nak habeh kat mana.



Saturday, June 22, 2013

Deeply-rooted Awkwardness

Dah lama tak update blog,busy gila sehh.Baru dua minggu belajar rasa macam dua bulan,,hewhewhew....

Awkward?Sejak masuk uitm puncak alam nih,aku bertukar  seratuih lapan ploh darjah.Kalau aku compare perangai aku masa kat maktab dengan sekarang,memang beza.Kalau kat maktab dulu aku species yang tak tau dok diam2,jalan sana sini,perangai gila2 tahap kuasa infiniti *huh,ada ka?ajaran sesat math betol aku ni*,kaki langgar peraturan dan macam2 lagi lah.Bila dah masuk U,aku jadik lain.Aku jadi segan dengan orang,cakap pun tak guna aku-hang,jalan sensorang.Huh,, =_______________=


Dulu masa aku sekolah rendah dengan menengah kat mengkuang dulu,aku tak sama dengan orang lain.Dulu masa sekolah *even masih pegang title 'budak sekolah rendah' * kawan2 aku semua kalot pasal suka orang tu orang ni,pakai henset apa,blablabla..Bila dah sekolah menengah plak,dok kalot pasal boypren lah,apa lahh..Tapi aku tak,aku memang beza dengan orang lain.Aku tak kesah pun apa nak jadik kat sekeliling aku,asalkan aku buleh survive sudah.Aku dulu bukan jenis yang suka bergaul dengan orang.


Bila dah masuk maktab,my life changed more than 360 degree.Aku bergaul dengan orang,ada geng sendiri,macam2 lagi,tapi perasaan awkward tu tetap ada.Aku tak kesah pun kalau sensorang,ada jugak yang jenis sikit2 nak pi dengan kawan.Aku suka sendiri sebab bebas nak pi mana2.Masa form 3 lah the climax of my teenage's life.Tak caya?Try la tanya batch aku,sapa tak kenal Chan?Semua kenaii.Masa tu memang life aku memang full of rainbow lah!Bila dah form 4 dengan form 5,dah kureng sikit sebab nak SPM.


Bila dah masuk U,aku jadik macam dolu2.Jalan sensorang,tak bergaul sangat dengan orang yang glamer,jadik sopan sikit.Why?Because the maturity has started to grow inside me.Hewhewhew,,Aku sure dua ratuih percent mesti ada yang heran camna aku buleh dok sensorang.Why?Why?Why??


Because,,dari kecik lagi aku memang jenis yang berdikari *mak aku lar yang cerita*.Masa darjah satu aku berani pi pasar malam dengan market sorang2 sampai cina yang jual ikan dengan sayur pun kenai aku lagi,dari kecik sampai ke besaq pun dok pi market Penanti nuh.Pak cik lebai yang jual ayam pun kenai aku lagi kalau aku beli ayam kat dia,kadang2 sembang dengan dia *tapi tak beli pun ayam yang dia juai sebab ayam kat market mahai,ayam beli kat Ayam Ori lagi murah*.Pendek kata,memang aku jenis yang pandai bawak diri la *kembang kecut hidung ni* Hahaha..Apsal cerita pasal market pulak ni??


Maybe aku dilahirkan sekali dengan sifat berdikari kot,bukan setakat dengan placenta ja.Muehehehe,,,


Berdikari + surviving= thats me



Friday, June 7, 2013

MDS UiTM Puncak Alam

Haii.Lama aku tak update story.Sekarang aku dah jadik mahasiswi,rasa macam tak percaya pilak sebab rasa macam baru kemarin ja aku masuk tadika.Muahaha..Teringin jugak nak share pengalaman MDS kat sini.LOL.Apa tu MDS?MacDonaldS kah?MDS tu Minggu Destini Siswa.Al kisahh.....

Aku mai daftar awal,pukul 7.30 dah sampai.Kakak tu bagi kertas blok R1.Paklong aku kata daftar awal dapat bilik bawah2.Yezzer...Masa aku dok asrama dulu derek dapat bilik tingkat 3,jenuh aku nak ghabat tangga,tapi tak kurus2 jugak.Makin melebarkan sayap lemak2 ada la.Bila dah sampai kat kolej,kalut aku pi daftar.Dapat jugak bilik tingkat satu.Tak payah berebut naik lif yang ada dua ja kat each blok.Aku dapat R1,blok yang paling bawah berbanding blok lain.Aku rasa sia2 ja aku makan breakfast sebab kena naik tangga pulak.Termengah mengah aku tau.Lepas dah angkat2 barang family aku nak terus balik.Masa aku salam-peluk-cium bapak aku okay lagi,air mata buleh tahan gi.Bila nak salam mak aku aku terus nangis.Ahh..Malunya.Walaupun aku penah dok asrama,aku still rasa cam budak baru nak dok asrama.Maybe sebab aku asyik dok dekat ja dengan rumah,bila dok jauh ni lain sikit rasa.Huhuhu.Kawan aku daftar lambat,Alya sorang ja dapat satu blok dengan aku,tu pun tingkat 6.Yang lain terbabas kat blok lain.Haihhh......... =.='


MDS?Makan free time MDS,lain hari bayar sendiri.Masa mula2 MDS tu boring gak la,asyik ngantuk lak tu,seb baik tak kantoi dengan PM.Bila dekat2 nak habes MDS baru terasa ke-syok-kannya.Letih gila oo time MDS,keluar dari kolej pagi,malam baru buleh balik.Habes badan bau masam.Semua orang bau masam,so jadik mangli la.Ada jugak yang semboq perfume sampai terbesin bersin aku.Haihh...Aku malas nak wat karangan so aku wat ringkasan ja.Apa?Dulu SPM pun ada ringkasan,so tak salah kan aku nak taip pendek2 ja.


First day:Sesi isi borang2 pendaftaran mak nenek semua tu

Second day:Pendaftaran pelajar baru.Aku lettew pelajar baru.kikiki
Third day:Taklimat dari sapa entah yang aku tak ingat sebab ngantuk sangat.Ciss,buleh plak dia cakap pasal kucing aku,dah la aku homesick rindu kat kucing aku.Tak guna betol!Bersyukur la aku tak meroyan masa taklimat sebab teringat kat kucing aku.




Nilah kucing aku,che puteh nama dia.Rindu gila kat dia.Malam2 letak bantal atas muka pastu nangis teringat kat dia.Huhuhu

Fourth day:Aku dah tak ingat.Kami banyak main tepuk2 ja,entah berjuta tepuk la kami main.Tepuk paling comel?Tepuk menyampah?Main tepuk break?Tepuk terima kasih?Banana?Sesi urut mengurut.Caitt.Sapa ntah yang urut aku sampai sakit bahu aku.Dulu elok2 ja tokwan aku urut aku masa eksiden,ni sapa ntah yang urut aku sampai bahu aku sakit balik.Aku paling suka senaman si tommy *ntah gu mana nak eja*,best oo.Bukan senaman pun,menari ja.Aku paling malas main tepuk2,apa ingat kami nak masuk tadika ka?


Masa hari second last nak habes MDS,terjadik pulak acara PM mengamuk sebab ada yang tak dengar arahan depa.Perghh!Ada sorang PM tu siap kata babi  =.=' gi kat kami *MDS laki pompuan asing ye* .Wakaka,aku relax ja.Bukan aku wat salah pun.Aku tidur ja kat belakang.Tidur ja.Kami siap berlutut gi sebab nak mintak maap,tapi aku bersila ja.Tak kuasa aku nak berlutut ehh.Esok tu okay la.PM paling best and sporting Kak Nina,Abg Jebat,Abg Jimy dengan Abg Shah.Abg Shah ni sedap oo surau dia,dia jenis lawak2,relax ja dengan dia.Siap ada gelaran gi,suara emas.Masa malam penutup memang the best la.Abg Shah,Abg Jimy dengan Abg Jebat jadik MC.Lawak gila,tak larat aku nak gelak.Acara kemuncak ialah persembahan.Siap wat harlem shake lagi.PM plak nyanyi2 ja.Tu la first time aku rasa MDS best.Yang time lain tak best!!PM bagi nasihat untuk kami macam2 before majlis tutup.Time tu la bateri kong,kalau tak aku boleh rakam video.Ciss.




Ni dia roti2 yang aku kutip masa supper.Sepuloh aku hambek,satu aku dah makan.Ala,abang tu bagi ambik banyak,aku rembat ja la.Satu aku dah makan,lapaq sangat!

Apa2 pun,MDS ni bagi pengajaran yang banyak.Ada satu nasihat dari sorang sunbae,dia kata UiTM,universiti tolong melayu.Satu2nya universiti yang ambik bumiputera.Terasa meresap ke hati kata2 dia tu.


P/s:Aku tengok macam2 pesyen orang pakai tudung Uitm masa perasmian majlis penutup.



Saturday, June 1, 2013

Journey to UiTM Puncak Alam

Akhirnya aku sampai jugak kat Selangor.Phew!Penat gila sehh.Bertolak malam,berhimpit dalam kereta rasa macam tin sardin,mengantuk tahap kuasa 3.Berenti kat R&R banyak kali.Mulut bau petai sebab tak dan nak gosok gigi.Ohh!!

Kata nak pi hari sabtu,tetiba tukar plan nak pi hari Jumaat.

Whattt?Ak blom packing.Dengan kelajuan macam superman,ak hauk sana,aku hauk sini barang2 aku sumbat dalam beg.Baju kurung plak aku terpaksa geledah almari.Seb baik ak dan basuh baju kurung hari khamis tengah2 malam,sensorang.Huhuhu.Dengan beg sebesaq buleh sumbat budak kecik,aku sumbat baju aku dan sewaktu dengannya.Stokin plak tak beli gi.Aku pi kedai dengan mak aku,beli apa2 yang patut dengan iron seketul.Iron murah dah la,yang elok mahal sangat sampai tercekik urat kentut aku ^.^

Bila dah susun beg2 dalam bonet keta,kena marah pulak dengan bapak aku.


"Apa yang banyak sangat timba ni?!"

Apa,aku bawak luggage besaq,storage box satu,beg kasut dengan makanan,3 timba.Standard la 3 timba,dok maktab dulu pun tiga timba.Bila suma dah ready,kami bertolak lepas isyak.Asal aku tak mau tidoq sampai selangor,tapi bila dah lepas terowong kat Perak tu aku dah tidoq.Puii..Pastu abah berenti kat R&R kat mana entah,ada wakaf.Aha!Memang best la tidoq kat situ.Aku,abah dengan adik aku tidoq kat wakaf.Mak aku tidoq dalam keta.Bila aku jaga ja pukul 2 pagi and semua dah ada dalam kereta.Ohhhhh!!!!Seb baik aku ngantuk masa tu,aku kontrol la sikit,konon2 tak pa benda yang jadi.Muahahahaha @.@

Then,aku sambung tidoq dalam keta,bila bangun ja dah sampai kat Selangor.Ada la sikit eksaited dalam hati,tapi ngantuk punya pasai aku buat kering ja.Duhh..Satu gi masalah.


Mana nak tidoq??

Ronda sana ronda sini.Last last pi ronda UiTM Puncak Alam.Ohoho.Dalam gila nak pi,dah la kelapa sawit keliling,macam kat Merbok,tapi Merbok tak la banyak sangat kelapa sawit macam kat sini.Yang ada pun McD.Huhu,aku bukannya penggemar McD.First time aku tengok Uitm Puncak Alam masa tu pukui 4.01 a.m.Pastu pi pekena teh O kat kedai mamak sat.Caitt,pukui 4 pagi pun kedai penuh dengan orang

Pastu,ronda carik homestay sampai subuh.Cuci muka kat Petronas sat,pastu pi masjid plak semayang kat masjid Meru.Seb baik dah kutip nombor2 talipon homestay,ada la satu homestay yang kosong kat Kapar.tu pun kena share dengan orang lain.OK la daripada kena pi hampaq toto kat masjid atau tidoq kat surau Petronas Klang.Muahahaha..


Bila dah sampai kat  homestay,aku terkejut.Cantik gila homestay tu.Rumah kayu tapi sejuk.Kami dapat bilik yang agak besar la,harga RM100.Murah la jugak,kan?Bilik kami ada kipas ja.Ok la tew,sejuk oo.Homestay ni kat bukit.Cantik.Siap ada kucing gi nama Katun.Comey and dia kucing jantan.Aku ingat betina sebab tak nampak pun telur dia ;p


That's all...Aku ngantuk :P

Tuesday, May 14, 2013

Tamatlah Zaman Persekolahan

Terasa bangga pulak bila sebut statement

"Aku dah habis sekolah"


Kembang kempis hidung aku.Ahahaha.Bangga betul aku.

Tapi yang tak bestnya masih ada lagi yang buta menilai tahap ketinggian dan kematangan

Ada yang tanya


"Sekolah mana?Umur berapa?Tingkatan berapa?"


Caittt!Kureng betol.Buta ka ??




Tuesday, May 7, 2013

Another Endless Boredom

Rasa tak sabar pulak nak belajar.Ehehehe.Dok rumah lama2 pun otak rasa cam nak berkarat ja.Rindu seh nak bukak buku,nak tekan2 kalkulator,nak doodle kat ujung2 buku bila boring *Ekcelli doodle kat meja sekolah atau makmal sebenarnya.Haiipp!Hak MARA tu,sesuka hati aku ja.*

Hari2 mengadap laptop sampai tak tau apa yang nak dihadap.

Facebook ? Dah....
Game ? Dah.....
Blog ? Kalau terasa nak tengok la....
Cerita Korea ? Kena tengok internet connection la.Berukband Celcom ni ada time OK,KO...
See?Aku pun tatau nak bukak apa dah.Pi mai pi mai yang tu jugak aku bukak.

Saturday, May 4, 2013

Being 18

"How old are you?"
"18 years old."

What un ?
No more half-price ticket.
No more more student discount.
No more school uniform.
No more school.
No more books.
Yeay!

But...
Naik bas kena bayar tiket untuk dewasa.Mahal.
Alahai!

Tengok wayang tak dak harga student.Mahal.
Alahai!

Dah tak dapat duit RM100.Tak boleh shopping.
Alahai!

Tapi...
Not until we become a university student.
We'll be student again.
We'll carry lots of 3-inch-thick books.
We'll get student card again.
We can get half-price ticket again.
We can watch movies with student price again.
Hurray!!

Friday, May 3, 2013

Endless Boredom

Annyeong chingu!

Boring ?

Itulah yang kurasa.

Alahaii,dah bulan May rupanya.And bulan ni aku akan masuk universiti.

Yahoo!!Yabedabedu!!

Dah lama tak update blog sebab tak dak benda nak di-update.Nanti2 lah aku update lagi.La ni tak dak benda best nak share.


Busy ?

Huh,aku la ni dok belajar bahasa Korea.Heheh.Mana tau ada jodoh dengan abe2 Korea ka.Ceyt!Perasan sungguh deyhh....

5 tahun aku dok asrama,tapi

5 bulan + 1 ja aku dok rumah.Nanti dok asrama lagi.Haihh...Masa muda nih aku asyik dok bermastautin ja kat negeri lain.Muahahahah!!

Sunday, April 21, 2013

Hari pertama dan terakhir aku kerja

Ehem,ehem.Test suara sikit.
"Mak,nak teh tarik cam abah satu"

Hahh,pagi2 lagi aku dah ada idea untuk tulis entry.Kikiki.Aku nak cerita pasal first day aku kerja.And it is the last day too.Isy Isy Isy....Kerja apa?Kerja kat kedai kasut.LOL


Okayy,aku keja part time ja,Sabtu dengan Ahad.Kalau ada emergency baru tauke mesej suruh aku mai.Okay,deal.Masuk keja pukul 11 pagi.Pastu aku sembang2 la dengan budak yang keja dengan aku tuh.Ugh,ingatkan tua lagi dari aku rupanya umur 17.Rupa2nya dia keja lama dah,since 2011 lagi.Cehh,patut la rapat giler dengan tauke *Tauke tu perempuan*.Memula keja aku ialah lap kasut.First kasut yang aku lap tu sport shoes yang harganya membuat bijik mata aku berkelip-kelip.Hampir separuh kasut dalam kedai tuh aku tang lap.Sambil2 lap tuh tengok la kasut2 tuh,sekali kasut dari kulit BABI daa!Camna nak tau ? Tengok dalam kasut tu kalau ada tiga titik yang membentuk  segi tiga tuh sah la kasut dari kulit babi.Tak pasal2 kena samak lak.Okayy,that's the easiest one.


Then,pagi tuh ramainya orang mai beli.Aku senyum ja bila orang mai sebab aku jadik bisu lak.Aku bukan reti kena cakap2 dengan customer.Budak tu cakap senang ja.Ya lah,dia keja dah lama.Bila mai petang pulak orng dah tak ramai,aku jadik boring.Budak tuh keja sembang ja dengan tauke dan dia tak duduk....So tak buleh duduk la nih ? MAMPUS....Sakit gila belakang aku sebab tak duduk,dok melewaq ja dalam kedai yang sekangkang gorilla tuh.Bila customer mai,belek2 kasut dan tanya nak kasut saiz nih,saiz nuu..Aku jadik mati kutu.Alamak,kasut kat mana eh ?Budak tu cam hafal ja kasut2 ada kat mana.So bila customer mai dia ja yang laya.Mehh..Bila dah petang nak ke malam,kaki aku dah lenguh tahap gaban dah.Sakit belakang lak menyengat-nyengat.Aku rasa kalau aku keja seminggu lagi memang aku lumpuh dah kot.


Then,bila time semayang.Masya Allah...Surau dah la atas sekali.Creepy lak tuh.Naik lif tekan nombor 4,bukak2 ja pintu tuh.Gelap,tak dak orang lak tuh.Kalau orang nak buat jahat memang situ the best spot lah..Dah la aku sorang ja yang semayang.Bila semayang maghrib lagi la ketaq.Ada tiga empat ketui laki dok cangok tepi surau.Aku dah cuak dah.Masuk2 ja aku kunci terus pintu.Bila dah malam,tak sabaq aku tunggu 9.30 sebab time tuh dah tutup kedai.


Perghh!!Aku tunggu bapak aku mai amik.Sekali dia mai amik aku naik moto baru dia,moto KIPS.Tinggi betoi moto tu.Rasa cam tinggi ja aku nih.Muehehe..Bila bapak aku dah sampai,

"Mintak nyawa,mintak nyawa.."Ala2 Ahmad Nisfu gitu..Bapak aku gelak ja.

Bila balik umah,aku cakap tak mau keja dah.Bapak aku cakap,

"Hang keja sehari dah penat,abah keja 18 tahun dah dar hang kecik lagi".
That stung.

Aku naik bilik aku pastu tidur dan  melelehkan air mata sebab badan aku sakit gila.Aku tidur sampai kui 12.Aku hantar mesej kat tauke yang aku nak berenti sebab aku dapat offer pi UniKL.Truiihh..Alasan cepu emas.Hahah.Pastu aku off terus hand phone.Then aku mandi dan semayang Isyak.Dah tak ngantok aku pun layan cerita Korea larh.Kikiki.


Mak aku tanya nak pi keja dak.Aku cakap la tak mau pi dah.Mak aku kata,pi ja lah keja.Aku cakap tak mau dah.Mak aku pulak cakap,dah penat keja tak mau pi pulak.Rugi ja keja penat2.Then,conversation off.aku nak carik keja lain.Hahaha


Bastard day of working.LOL

Monday, April 15, 2013

The Handsome You!

Arghhhh!!!!!
Arghhhhhhh!!!!!

Kenapa laki2 yang kacak,macho,gagah perkasa hanya ada dalm TV?Susah benar aihh nak jumpak IRL..Ternyata telebisyen hanya mendusta.


Lee Min-Ho

-Aku setat minat dia dalam cerita City Hunter.Homaiigoshhh,dia sangat gorgeous!Aku memang terpukau ahh tengok dia berlakon cerita tuh.Walaupun 8tv alih suara,layan jugak..Hermm,sabor jelah.Masa cerita BOF tengah meletop,aku tak layan sangat sebab rambut dia tak lawa.Ufufu..Saranghaeyo Min-Ho oppa! <3

Jang Dong-Gun

-Aku setat minat dia-yang-dah-kawin-dan-nampak-tua dalam cerita A Gentleman's Dignity.Dia tersangat romantik doe!Dia still pikat Yi-soo walaupun Yi-soo tak layan dia.Arghh!!!!Cara dia pikat Yi-soo bukan macam dalam cerita Korea lain.Dia caring tapi tak tunjuk kat pompuan tuh.Masa Yi-soo pi dating dia pi amik pompuan tu dan suruh dia balik.Agagaga...Yi-soo!Kalau kau tamau bagi dia kat aku.Kikiki...<3

Gerald Anderson

-Ohsemm,gorjess!Tu yang aku mampu cakap kat mamat Filipina-Amerika nih.Aku minat dia masa tengok My Girl.Bila dia pakai spek lagi menampakkan ke-ohsem-annya.Sepatutnya aku yang jadik heroin,kenapa pilih Kim Chiu ? Uhh..Mahal kita <3

Edward Cullen

-Tet tet tet!Jangan salah paham.Edward Cullen kay,bukan Robert Pattinson.Dia nampak sangat flawless dalam Twilight.Aww~dalam Breaking Dawn dah hilang cahaya-kepontianakan-dan-nampak-macam-manusia Edward Cullen nih.Duh!Tak dak ka kat Malaysia nih vampire macam dia ? Asyik2 Maya Karin ja jadik pontianak.Kikiki..Love you <3

Err,sapa lagi eh?Ekcelli,banyak lagi tapi aku kena bukak balik diary aku,carik sapa lagi yang aku minat.Then baru aku update entry ni.Mueheheheh!

Saturday, April 13, 2013

Who's the unfortunate guy ?

Hahaha..Dah lama tak update entry,tak tau nak tulis pasal apa.Kena pikir banyak kali woo nak post apa kali ni.The post title "who's the unfortunate guy ?" popped up in my mind just now.Before aku lupa aku pun bukak la blog aku.Mehh....

Chingu2 aku selalu cerita,aku nak kawen dengan laki macam tu,macam nih.Bla..Bla..Bla...Untung la dah ada cowok.Macam aku heran ja

Aku bab2 kawin nih tak berapa nak ada dalam List of My Expected Life.Hehehe..
Bukan tak mau kawin,mau tapi entah la..Tak dak perasaan lorh untuk lelaki.Aku rasa selesa jadik bujang sebab rasa bebas.Cehh,baru hidup 18 tahun terasa lah sangat kebebasannyer..
Hahahahahaha.......

Aku pernah gak bayangkan kehidupan aku KALAU aku kawen.Ehem2,sakit tekak pulakk..

Tak sanggup aku nak share,biarlah aku ja yang tau.
Cinta?Huk huk huk,tersedak pulak hidung ni,masuk air banyak sangat.
Tak pernah aku jatuh cinta because I'm not interested.
Crush?Adeyy,sakit kepala la pulak.Mai panadol sebijik..
Suka kat orang tu ada la tapi tak la sampai berangan nak kawin.Sehidup semati,sekatil sebilik.Purrr...Tak sanggup den nak imagine.Biar lah crush itu crush,tak payah nak ubah kepada cinta dan seangkatan dengannya.

Wednesday, April 10, 2013

Confuse Huh ?

Aku keliru lah,tarikh tutup UPU dah dekat tapi aku still mati kutu nak isi apa.Dah la kena isi bagi cukup 8,asasi pun tak banyak sangat.Yang pasti aku tak mau buh UIA sebabnya kena belajar bahasa Arab.Mehh..Tak payah masuk U lah.Kahwin terus Hehehe =)

First sekali aku buh asasi UM,tapi aku tak tau nak buh sains hayat ka sains fizikal.SH ada bio tapi tak dak fizik.SF ada fizik tapi tak dak bio.DUHH!!!Bio dengan fizik tu feveret subjects aku.Haihh...Tapi since aku tak minat engineering,kenalah isi sains hayat.Huhuhu,cheerio physics.

Then aku ada gak mintak IPMa dengan UniKL.Isyy,kalau dapat camna?Foundation UniKL start bulan 5,IPMa esok baru keluar result.Alahaii,saya takutt...Kalau dapat nak pi ka dak?

*Kalau dapat la,bukan nak riak eh*


Thursday, April 4, 2013

Going nuts ?

Hurmm,sebenarnya aku tak tau nak tulis entry pasal apa pulak kali ni.Mati kutu pun ada jugakk.

Parlimen dah bubar.

Nanti dah nak mengundi.
Uh,apa hal pulak pasal PRU13?
Aku tak cukup umur lagi nak mengundi.

Aku still tak tau nak jadi apa bila besaq nanti.Apa aku minat pun aku tak tau because I don't see myself clearly.Apa yang aku suka?Hmm,aku suka membaca.I have lots of magazines.Rapi,Remaja,PC,iSihat,Dara,Dunia Kamera,Reader's Digest.Komik?Heh,komik aku semua yang dari Korea.Ala,komik ikhtiar hidup tu.Lawak Kampus ada jugakk.Novel?Haha,tak payah cakap,ada dalam 28 ja,Malay and English.Novel Tamil masih dalam perancangan nak beli ka dak =)..Aku tak taulah berapa banyak duit yang aku dah spent untuk beli semua2 nih.


Tapi aku cuma beli baju masa nak raya ja.I have extreme poor collection of my outfits.Tak minat seh shopping2 beli baju nih.Beli time raya ja.Sebab?MALASSSS.Kalau nak beli baju ni leceh.Susah nak carik yang betul2 padan.Ada yang extra-long sleeve la,ketat la.


Weirdo,am I ?

Tuesday, March 26, 2013

Madness Uh?

Arghh!! Arghh!! Arghh!! Mental shut down seketika.

Duh duh duh,kenapa dengan aku nih?Maybe ada wayar yang putus kot.Rasa macam nak menjerit ja.Tak tau kenapa.Aduyai,boring lah pulak cuti sekolah nih.Oh,I hate being unemployed.Tak dak ka encik boss kat luaq sana nak ambik aku jadi employee depa?Memang depa untung juta2 kot kalau ada pekerja macam aku!Perasan nak mampus.


I hate being unemployed.

I hate being jobless.
I hate being money-less.

Okayy,that's my quote for today.

Sunday, March 24, 2013

Journey to Merbok

Aduhh..dah lama tak meng-update cerita kat blog.So sempena ada kelapangan waktu nih aku nak share cerita pasal journey aku nak pegi amik result SPM.Nak tau aku dapat berapa?Haa..baca la entry aku kali ni sampai habes.

20/3/2013


Hari aku dah bertolak pi Sungai Petani,dihantar oleh drebar aku.Hmm,macam lah aku mampu nak ada drebar.Heheh.Bapak aku yang hantar aku naik motor KIPS dia.Meh,tak harap la tuh aku pi naik bas,takut aku melencong pi ke lain.Tapi memang pun!!Aku pi CS dengan kawan2 aku..Hahahaha!!Mak aku memang tak bagi aku pi,tapi aku pi jugak.Bila dah sampai kat SP,aku tunggu atin,shiga dengan tikah.Pulak dah!Atin dengan shiga pi CS terus,tikah lak tak sampai gi.Bapak aku tunggu depa sampai baru dia balik.Aku suruh atin dengan shiga mai.Seb baik depa mau mai kalu dak memang tak ke CS lah kami.Bila bapak aku dah balik,kami pun dengan cerianya pi CS sambil nak sembang2.Rindunya kat kawan2.Huhu.Dah sampai CS ronda2 sat,pastu depa lapaq.Pi la kat McD.Aku tak makan sebab dah makan dengan bapak aku.Dok syok2 sembang aku baru teringat yang aku tak semayang Asar gi.Isy3...Pas semayang,pi la kat McD.Tetiba ternampak cikgu suraini lak.Kami tunduk kepala ja.Okayy,lepas tu kami pun dok amik gambaq la.Entah camna aku tak perasan ada sorang budak India dok cangok tepi meja kami.Aku suroh tikah amik duit 20 sen dia kat dalam tray tu,satgi lupa pulakk.Masa tu shiga dah tepuk2 lutut aku,tapi aku tak paham signal dia.Tikah pulak ingat aku suruh dia bagi kat budak tuh.Lepas budak tu blah,kami punya bantai gelak tak hengat!Aku habaq kat tikah yang aku suroh dia simpan duit tu,dia ingat aku suroh dia bagi kat budak tu..Har3.Lawak gila sehh.Tak paham,ok.takyah paham.Kami 4 orang ja paham,pastu gelak guling-guling.



Ni tikah dengan atin.Mehh...Lepak jap kat McD kat CS

Ni aku dengan shiga.Heheh.Why,oh,why my cheeks look like balloons?
Lepas perut pun dah kenyang,kami jalan2 kat CS tu.Aku nak pi Popular,so kami pun la Popular.Aku jalan dengan Atin,Tikah lak dok sembang dengan Shiga.Sampai aku dah bayaq pun depa dok wat kedai kopi lagi.Kami ronda2 dalam CS,dah tak dak apa yang nak dironda,kami plan nak balik umah tikah.Masa tu dah nak malam,kami pi lah stesen bas.Punya lama tunggu bas,akhirnya bas sampei jugakk.Tunggu dalam bas pun lama gak,entah pi mana lah drebar bas tuh.Dah la kami ja wanita dalam bas.Ececece.....Dalam bas kami wat mesyuarat tingkap lak.Aselehe,nampak budak maktab lak,Muaz dengan sapa entah.LoL..Tera nak sampai kat umah tikah pun lama,nak masuk dalam umah dia pun jaohh..Malang tak dinampak,kaki aku terrkena keleboq lak *Lumpur kalau kome tak tau*..Abeh kasut aku.Huhu.Tak pasal2 kena basuh.Bila dah sampai umah tikah,aku pi mandi dan basuh kasut.

Pas mandi aku semayang maghrib sebab aku tengok jam tak masuk Isyak gi.Bila dah sudah kawan aku tanya aku semayang apa cepat sangat.Aku cakap la aku semayang magrib.Aselehe....Kena gelak lagi.Rupanya dah Isyak,jam tuh dah mati.Oleh sebab aku dah terkentut,aku pi la kat ruang tamu,nonton telebisyen.Bila kawan aku dah semayang Isyak aku pun pi la semayang.Kami gilir2 on9.Semua dok post pasal SPM punya result.Nak dekat pukul 2 baru kami tidoq.Buat apa?Tengok hindustan,baca komik,main game..Tak buleh tidoq langsung,bila aku bangun baru pukul 4.Paksa jugak lah mata aku ni pejam...

21/3/2013


Akhirnya,hari yang ditunggu-tunggu oleh budak 1995 dah tiba!


Aku bangun pukul 6.30 pagi,maklumlah tidor umah orang tak buleh bangun lambat2.Aku pi mandi pastu semayang suboh.Aku gerak atin dengan shiga.Hamboihh,liat sungguh nak bangun.Oleh sebab kasut aku dah terkena keleboq dan aku pun dah basuh,aku letak kasut aku depan kipas.Seb baik kering,kasut spare tak bawak.Mak tikah masak nasik goreng.Perghh!!Pedas gilar,seb baik aku buleh tahan.Keh keh keh...Mak dia siap2 pi keja,so tinggal kami empat orang je lah.Lepas semua dah ready,kami keluar la dari rumah dia.Jalan kaki pi tepi jalan tunggu bas.Panas gila kot,dah la aku,atin dengan shuga usung beg sebab lepas amik result nak balik terus.Aku beg galas ja,atin dengan shiga bawak beg serupa nak lari dari rumah ja.Heheheh...Tunggu punya tunggu,bas tak sampai2.Tetiba ada teksi lalu dan berenti,mula2 tak mau naik tapi dah desperate sangat naik jugak sebab dia kata sorang RM5.Err,dari maktab pi SP baru RM4 satu kepala.Pastu drebar teksi bagi kurang sikit,kurang seringgit ja.Meh..Kalau nak naik bas tak tau la sampai pukui berapa.Tera naik teksi pun sampai pukui 9 lebih.


Kami turun kat kedai depan maktab sebab tikah nak cucuk duit nak bayar hutang maktab.Pastu kami pi jalan kaki pi maktab buleh pulak buat pelikk.Check this out!



Buleh buat gila pulak amik gambar kat sini,dah la betoi2 kat simpang jalan.Tapi aku pun amik gak gambar kat sini.Keh keh keh,maybe ada dalam kamera shiga atau atin kot.
*usah pedulikan kami wahai pengguna jalan raya,kami memang suka wat benda gila*



Nak buat camna,bukan selalu nak buat gila.Kalau buat gila pun masa sekolah lagi.Muahaha.

Okayy,pastu on the way nak pi maktab pun buat gila lagi.Amik gambar dengan satu bendalah nih.Aku pun tak tau nama apa,tapi tertulis kat situ "Lembah Bujang kilometer tatau"..Err,I'm not sure if it was Lembah Bujang sebab gambor takde kat aku.






Ba zangg!!!!
Ni lah dia,MRSM Merbok terchenta.Ha ha,luar memang nampak sama ja,tak berubah,tapi tengok kat dalam maktab!


Bila dah sampai maktab,terkezutt gak la..MRSM Merbok dah cantikk!!Dah la kami dok usung beg,macam nak balik maktab ja.Asal nak letak beg kat surau,tapi bila dah jumpa geng2 aku pi sembang2 dulu baru letak beg.Bestnya dapat jumpa kawan2.Surau pun dah besar,tengok ni 




Ni bahagian belakang surau.See,dulu masa pi semayang tak siap lagi.La ni,dah besaq dah.Untunglah budak pompuan,sikit punya besaw tempat buleh tidoq!



Ni bahagian luar surau.Cantiknya kan?Siap ada pintu gerbang lagi kat bahagian laki,tapi terlupa pulak nak amik gambar.Macam playground pulak besi2 ni. 


Tengok2,dah cantik maktab aku ni.Nak tengok lagi?Haa...Cer check,cer check!






Ni tempat roll call kami.Dulu ada rumput,dengan tanah yang gersang masa roll call,tambah2 roll call masa hari Jumaat kat sini pun kami *budak pompuan* buleh buat kedai kopi.Keh keh keh..





Okay now,back to the main topic.Dewan pun dah ada ekon,memang semua dok kat sana la.Bila cikgu dah umum nama sapa yang dapat straight A aku dah cuak.Apakan daya,aku dapat 8A 1B..Add math aku yang B,aku tak kesah sangat sebab aku memang tak target A untuk Add math.LOL.Ada yang senyum2,ada yang dok nanges2. Hmm,rezeki masing2,terima je lah.Bila dah ambik result aku pi merayau kat maktab,cari air.Dah la panas,tekak ni rasa macam nak kemarau.Pekena teh ais memang sedap.Then,aku teman atin pi bilik guru,dia nak jumpa cikgu homeroom a.k.a cikgu chemistry aku.Heheh.Ok,pastu kami lepak jap kat dewan,tak puas kena ekon.Masa tu ramai yang dah balik,Mus pulak baru sampai.Buat lawak pulak dia ni,tanya tang mana nak amik result padahal orang dah balik,cikgu2 pun dah ciao.Bila dah tengah hari aku lapaq gila kot,tapi tahan je la.Plan nak pi makan depan maktab tapi budak laki ramai so aku malas nak pi.Tahan lapaq ja la.Atin,shiga,popo dengan tikah naik teksi nak hantar shiga dengan atin pi stesen bas.Aku pulak cangok kat Ice Queen tunggu bapak aku sampai.Dalam dok tunggu tu,aselehe....terjumpak cikgu BM aku,cikgu Salmah.Ahoho,sembang sat dengan dia.Huhu,sabor je la.Bila bapak aku dah sampai,aku balik la dengan perut lapaq..Keh keh keh.

The End....