Tuesday, June 24, 2014

Pengalaman jual beli buku di pasar chowrasta

Salam alayk :(

Hari ni aku nak share pengalaman aku jual & beli buku kat kedai buku lama di pasar chowrasta,penang. opkos la chowrasta ni hot spot beli jeruk. 

Dah buku2 novel2 aku bertimbun sampai tak celuih almari,so aku jual lah sebahagiannya tsk tsk T.T sayang jugak nak jual tapi sebab nak pakai duit jual lah jugak,lagipun bukannya aku nak baca dah pun. simpan pun himpun habuk ja.

Aku jual buku aku dalam gambar ni,tambah satu gi buku biology aku guna masa asasi kat palam dulu. hang tau dakkk,uncle tu amik 75 hengget ja!! aku expect koman2 pun seratus ka berbaloi la jugak duit minyak,tambang feri lagi *tambang feri untuk lori 13.50*. arghh! kuang asam uncle,kata amik mahal. novel dengan buku aku elok2 kot,aku jaga baik punya. kalau total semua harga buku novel komik yang aku jual ni buleh sampai dekat 400. memang la dia takkan bagi harga kat buku,at least amik la mahal sikit. jual kat mamak camni arr,harga pun cam keling suka hati ja taruk.

Based on experience aku,bila aku pilih buku dalam tu dah tulis harga seksiap. kata la novel english dia tulis harga RM34,kalau pandai nego buleh dapat murah.kalau species tak pandai nego letgo ni macam haku kena la harga mahal,padahal dia beli harga murah. nanti keluaq la ayat kesian dia "ala kak,saya ambik untung buku orang beli seringgit ja".puihh seringgit pala hotak hang!



Amacam?? Berbaloi ka 75 hengget

Jadi sesapa nak jual beli buku yang still cecantik macam baru tu pikiaq 24 kali. Ni aku nak share sikit tips jual beli buku kat chowrasta:

1- Kalau nak jual,jangan jual bebanyak macam aku,nanti dia bagi harga murah.
2- Better kalau buku cecantik jual kat kengkawan atau online ja,lagi berbaloi
3- Kalau nak beli,nego sampai dapat harga gilos murah.

Lepas dah terkena,tak kebuloq nak pi dah!

p/s: nyesal betul aku jual kat chowrasta,kalau tau jadi camni baik aku jual online. seb baik tak jual semua novel aku. sobss


Wednesday, June 11, 2014

Bila iols sambut kelahiran kucing

Salam alayk!

Iols nak cerita yang kucing iols,che mone, dah selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang huduh-huduh belaka pukul 8.30 pagi ETB.2 ekor oren+putih,2 ekor putih dan 1 ekor hitam,tapi yang putih tu mati. sekoq yang oren+putih entah melingkup hilang kat mana. rasanya mak dia makan kot?

Alkisahnya...

Lepas aku semayang subuh,si mone dah gelisah,ke hulu ke hilir cari tempat nak beranak,makan tak mau,nak manja dengan aku. haihh. yang peliknya,kucing kalau nak beranak dia tak mau orang tau tempat dia nak beranak,mesti dia pi beranak kat tempat tersorok yang orang tak tau.yang lawaknya,kucing nak beranak cari tempat tersembunyi,tapi mone ni dengan mewahnya pi duduk atas sofa. tengok-tengok air ketuban dah pecah! tapiiii...kucing aku ni pelik nak mampos. dia nak beranak aku kena teman pulak macam stok mak-mak bidan. aku letak dia dalam kabinet lama, tapi bila aku turun pegi dapur menceceh dia ikut. bwahaha! nak beranak dok tahan-tahan pulak si mone ni.

Last-last,terpaksa la teman dia tapi dok jejauh la,asalkan dia dengar suara orang dah OK. penat tau turun naik tangga nak letak kat dalam kabinet,dia asyik nak ikut aku ja. lepas dia dah beranak,tengok-tengok anak dia seekor yang putih tu mati. still dalam amniotic sac dengan placenta dan umbilical cord pun ada lagi. alolo,sian awak. tak dan nak tengok dunia lagi dah mati. mungkin lambat sangat kot beranakkan dia. haku jugak yang pi korek tanah nak taman dia, dah macam cinta si penggali kubur puloks.

Itulah che mone,galak sangat. Muda-muda lagi dah mengandung,anak tak reti jaga. Bila beranak dok bajet bujang lagi. Biasa si mone ni cam bisu sikit,masa dia still dara (?) susah nak dengar dia,tapi sejak lepas beranak ni lantang dia bersuara,menuntut hak asasi kucing barangkali.

Btw,iols dah jadi mak sedara gitu. aww~ 

Friday, June 6, 2014

Ke Degree Ke Kite? part 1

Assalamualaikum!

Hmm,lama tak hapdet blog.Malas plus tak dak idea (T.T) Entry ni special *wink wink* bwahaha.Skang ni musim bebudak matrik & asasi tengah konfius nak pilih course apa termasuklah iols. Susah woo nak decide course apa yang nak amik haihh haihh -____- Lecturer iols kat palam dulu cakap kalau setakat minat saja pun tak guna kalau kita tak capable nak carry course tu *lap air mata guna lengan baju* Says if kalau minat gilos medic tapi tak mampu nak carry subjek biology pun tarak guna maa. 


Klik gambar kalau rabub tahap spek 18 lapis kikiki

Dah medic & engineering are too mainstream,aku pilih ahh course yang orang anggap cikai padahal hati pun tak yakin buleh carry ke idok course2 ni ahhhh! persetankan tu semua. aku dah pilih courses yang aku rasa buleh carry and leave it to Allah because whatever course He decides it will be the best for me. pendek kata tawakal lah gitu khenn haha

Tapi kannn..yang aku takut dapat U apaa? Tengah pikior nak amik RU ka dak. kalau upm first year tak leh bawak moto. kejadahnya kena naik bas doh. Next year baru buleh bawak moto tsk tsk T.T sedih kak jah. uitm first sem buleh bawak moto dong. Jeles iols masa asasi dulu tengok bebudak naik moto pi kelas,haku pulak susah payah naik tangga maut/batu caves/kejayaan tuhh. yuran uitm pulak lagi murah dari U lain huhuhu :( Kezen aku kat upm cakap sana makan harga mahal.Lekeh lekeh 5 hengget uols. Kalau kat palam makan nasik campur paling murah 2 hengget uols.

Kenapa dok UPM vs UiTM lagi?

aku tak mau dah dok sana sebab pegi fakulti ff4 penuh taik burung,facilities kebaboom superb masa aku buat asasi i'd experienced the worst time in my life. i was all alone walaupun ada ramai member dari sekolah dulu. it just..damn i felt lonely back there in palam. rasa macam jiwa aku tak compatible ja dengan palam. my study was plummeting. my grades was getting bad. yang paling aku rasa down aku suffer sorang-sorang. 

ain't it fun living in that real world?