Tuesday, March 26, 2013

Madness Uh?

Arghh!! Arghh!! Arghh!! Mental shut down seketika.

Duh duh duh,kenapa dengan aku nih?Maybe ada wayar yang putus kot.Rasa macam nak menjerit ja.Tak tau kenapa.Aduyai,boring lah pulak cuti sekolah nih.Oh,I hate being unemployed.Tak dak ka encik boss kat luaq sana nak ambik aku jadi employee depa?Memang depa untung juta2 kot kalau ada pekerja macam aku!Perasan nak mampus.


I hate being unemployed.

I hate being jobless.
I hate being money-less.

Okayy,that's my quote for today.

Sunday, March 24, 2013

Journey to Merbok

Aduhh..dah lama tak meng-update cerita kat blog.So sempena ada kelapangan waktu nih aku nak share cerita pasal journey aku nak pegi amik result SPM.Nak tau aku dapat berapa?Haa..baca la entry aku kali ni sampai habes.

20/3/2013


Hari aku dah bertolak pi Sungai Petani,dihantar oleh drebar aku.Hmm,macam lah aku mampu nak ada drebar.Heheh.Bapak aku yang hantar aku naik motor KIPS dia.Meh,tak harap la tuh aku pi naik bas,takut aku melencong pi ke lain.Tapi memang pun!!Aku pi CS dengan kawan2 aku..Hahahaha!!Mak aku memang tak bagi aku pi,tapi aku pi jugak.Bila dah sampai kat SP,aku tunggu atin,shiga dengan tikah.Pulak dah!Atin dengan shiga pi CS terus,tikah lak tak sampai gi.Bapak aku tunggu depa sampai baru dia balik.Aku suruh atin dengan shiga mai.Seb baik depa mau mai kalu dak memang tak ke CS lah kami.Bila bapak aku dah balik,kami pun dengan cerianya pi CS sambil nak sembang2.Rindunya kat kawan2.Huhu.Dah sampai CS ronda2 sat,pastu depa lapaq.Pi la kat McD.Aku tak makan sebab dah makan dengan bapak aku.Dok syok2 sembang aku baru teringat yang aku tak semayang Asar gi.Isy3...Pas semayang,pi la kat McD.Tetiba ternampak cikgu suraini lak.Kami tunduk kepala ja.Okayy,lepas tu kami pun dok amik gambaq la.Entah camna aku tak perasan ada sorang budak India dok cangok tepi meja kami.Aku suroh tikah amik duit 20 sen dia kat dalam tray tu,satgi lupa pulakk.Masa tu shiga dah tepuk2 lutut aku,tapi aku tak paham signal dia.Tikah pulak ingat aku suruh dia bagi kat budak tuh.Lepas budak tu blah,kami punya bantai gelak tak hengat!Aku habaq kat tikah yang aku suroh dia simpan duit tu,dia ingat aku suroh dia bagi kat budak tu..Har3.Lawak gila sehh.Tak paham,ok.takyah paham.Kami 4 orang ja paham,pastu gelak guling-guling.



Ni tikah dengan atin.Mehh...Lepak jap kat McD kat CS

Ni aku dengan shiga.Heheh.Why,oh,why my cheeks look like balloons?
Lepas perut pun dah kenyang,kami jalan2 kat CS tu.Aku nak pi Popular,so kami pun la Popular.Aku jalan dengan Atin,Tikah lak dok sembang dengan Shiga.Sampai aku dah bayaq pun depa dok wat kedai kopi lagi.Kami ronda2 dalam CS,dah tak dak apa yang nak dironda,kami plan nak balik umah tikah.Masa tu dah nak malam,kami pi lah stesen bas.Punya lama tunggu bas,akhirnya bas sampei jugakk.Tunggu dalam bas pun lama gak,entah pi mana lah drebar bas tuh.Dah la kami ja wanita dalam bas.Ececece.....Dalam bas kami wat mesyuarat tingkap lak.Aselehe,nampak budak maktab lak,Muaz dengan sapa entah.LoL..Tera nak sampai kat umah tikah pun lama,nak masuk dalam umah dia pun jaohh..Malang tak dinampak,kaki aku terrkena keleboq lak *Lumpur kalau kome tak tau*..Abeh kasut aku.Huhu.Tak pasal2 kena basuh.Bila dah sampai umah tikah,aku pi mandi dan basuh kasut.

Pas mandi aku semayang maghrib sebab aku tengok jam tak masuk Isyak gi.Bila dah sudah kawan aku tanya aku semayang apa cepat sangat.Aku cakap la aku semayang magrib.Aselehe....Kena gelak lagi.Rupanya dah Isyak,jam tuh dah mati.Oleh sebab aku dah terkentut,aku pi la kat ruang tamu,nonton telebisyen.Bila kawan aku dah semayang Isyak aku pun pi la semayang.Kami gilir2 on9.Semua dok post pasal SPM punya result.Nak dekat pukul 2 baru kami tidoq.Buat apa?Tengok hindustan,baca komik,main game..Tak buleh tidoq langsung,bila aku bangun baru pukul 4.Paksa jugak lah mata aku ni pejam...

21/3/2013


Akhirnya,hari yang ditunggu-tunggu oleh budak 1995 dah tiba!


Aku bangun pukul 6.30 pagi,maklumlah tidor umah orang tak buleh bangun lambat2.Aku pi mandi pastu semayang suboh.Aku gerak atin dengan shiga.Hamboihh,liat sungguh nak bangun.Oleh sebab kasut aku dah terkena keleboq dan aku pun dah basuh,aku letak kasut aku depan kipas.Seb baik kering,kasut spare tak bawak.Mak tikah masak nasik goreng.Perghh!!Pedas gilar,seb baik aku buleh tahan.Keh keh keh...Mak dia siap2 pi keja,so tinggal kami empat orang je lah.Lepas semua dah ready,kami keluar la dari rumah dia.Jalan kaki pi tepi jalan tunggu bas.Panas gila kot,dah la aku,atin dengan shuga usung beg sebab lepas amik result nak balik terus.Aku beg galas ja,atin dengan shiga bawak beg serupa nak lari dari rumah ja.Heheheh...Tunggu punya tunggu,bas tak sampai2.Tetiba ada teksi lalu dan berenti,mula2 tak mau naik tapi dah desperate sangat naik jugak sebab dia kata sorang RM5.Err,dari maktab pi SP baru RM4 satu kepala.Pastu drebar teksi bagi kurang sikit,kurang seringgit ja.Meh..Kalau nak naik bas tak tau la sampai pukui berapa.Tera naik teksi pun sampai pukui 9 lebih.


Kami turun kat kedai depan maktab sebab tikah nak cucuk duit nak bayar hutang maktab.Pastu kami pi jalan kaki pi maktab buleh pulak buat pelikk.Check this out!



Buleh buat gila pulak amik gambar kat sini,dah la betoi2 kat simpang jalan.Tapi aku pun amik gak gambar kat sini.Keh keh keh,maybe ada dalam kamera shiga atau atin kot.
*usah pedulikan kami wahai pengguna jalan raya,kami memang suka wat benda gila*



Nak buat camna,bukan selalu nak buat gila.Kalau buat gila pun masa sekolah lagi.Muahaha.

Okayy,pastu on the way nak pi maktab pun buat gila lagi.Amik gambar dengan satu bendalah nih.Aku pun tak tau nama apa,tapi tertulis kat situ "Lembah Bujang kilometer tatau"..Err,I'm not sure if it was Lembah Bujang sebab gambor takde kat aku.






Ba zangg!!!!
Ni lah dia,MRSM Merbok terchenta.Ha ha,luar memang nampak sama ja,tak berubah,tapi tengok kat dalam maktab!


Bila dah sampai maktab,terkezutt gak la..MRSM Merbok dah cantikk!!Dah la kami dok usung beg,macam nak balik maktab ja.Asal nak letak beg kat surau,tapi bila dah jumpa geng2 aku pi sembang2 dulu baru letak beg.Bestnya dapat jumpa kawan2.Surau pun dah besar,tengok ni 




Ni bahagian belakang surau.See,dulu masa pi semayang tak siap lagi.La ni,dah besaq dah.Untunglah budak pompuan,sikit punya besaw tempat buleh tidoq!



Ni bahagian luar surau.Cantiknya kan?Siap ada pintu gerbang lagi kat bahagian laki,tapi terlupa pulak nak amik gambar.Macam playground pulak besi2 ni. 


Tengok2,dah cantik maktab aku ni.Nak tengok lagi?Haa...Cer check,cer check!






Ni tempat roll call kami.Dulu ada rumput,dengan tanah yang gersang masa roll call,tambah2 roll call masa hari Jumaat kat sini pun kami *budak pompuan* buleh buat kedai kopi.Keh keh keh..





Okay now,back to the main topic.Dewan pun dah ada ekon,memang semua dok kat sana la.Bila cikgu dah umum nama sapa yang dapat straight A aku dah cuak.Apakan daya,aku dapat 8A 1B..Add math aku yang B,aku tak kesah sangat sebab aku memang tak target A untuk Add math.LOL.Ada yang senyum2,ada yang dok nanges2. Hmm,rezeki masing2,terima je lah.Bila dah ambik result aku pi merayau kat maktab,cari air.Dah la panas,tekak ni rasa macam nak kemarau.Pekena teh ais memang sedap.Then,aku teman atin pi bilik guru,dia nak jumpa cikgu homeroom a.k.a cikgu chemistry aku.Heheh.Ok,pastu kami lepak jap kat dewan,tak puas kena ekon.Masa tu ramai yang dah balik,Mus pulak baru sampai.Buat lawak pulak dia ni,tanya tang mana nak amik result padahal orang dah balik,cikgu2 pun dah ciao.Bila dah tengah hari aku lapaq gila kot,tapi tahan je la.Plan nak pi makan depan maktab tapi budak laki ramai so aku malas nak pi.Tahan lapaq ja la.Atin,shiga,popo dengan tikah naik teksi nak hantar shiga dengan atin pi stesen bas.Aku pulak cangok kat Ice Queen tunggu bapak aku sampai.Dalam dok tunggu tu,aselehe....terjumpak cikgu BM aku,cikgu Salmah.Ahoho,sembang sat dengan dia.Huhu,sabor je la.Bila bapak aku dah sampai,aku balik la dengan perut lapaq..Keh keh keh.

The End....








Monday, March 18, 2013

Member aku


Morning semua.Pagi ni aku nak share sikit pic aku dengan member kesayangan aku.Haha..

Ni Milla (kiri),yang kanan tuh comel ka?Ehem2,tanya gi sapa.Aku ler tu.Ni  masa  abeh paper bio.Kira merdeka la.Ceyhh,kuang asam betol,tengok tangan dia atas kepala aku..haha



Dari kiri:Fathia,aku,salina,nana.Pas paper bio kami main tepung.Heheh.Syok sangat abeh exam kami main tepung.Kesian kat budak akaun dengan seni.Exam tak habes lagi.Fathia,dia harap sangat hujan pas abes bio,tapi tak hujan pun sebab dia nak mandi hujan.Sabor jelah..

Ni milla dengan aku.Milla dengan study akaun.Heheh.Aku tak mandi lagi masa tu.Huhuhu..Kalot nak amik gambar sebab aku dah nak balik masa tu

Ni masa budak akaun nak masuk dewan dah,Yang baju sekolah tu sure la budak akaun,yang pakai t shirt dengan jubah tu budak2 bio yang stay,konon2 nak bagi semangat kat budak akuan.Sehhh....



Ni anis syamira.Dia classmate aku masa form 4.Nama glamer dia Cikgu Rohaya..Heheh,sebabnya muka dia sama dengan cikgu BM aku masa form 4.

Ni aku dengan atin otot..Hahah.Kami ni geng otot,selalu gusti2 dalam surau

Dari kiri: Milla,aku.salina.Kami ni satu bilik tapi salina ni masuk bilik aku masa dekat2 nak spm.Kira roommate baru la.Heheh

Kiri tu sarah,kanan tu shaqina.Depa roommate aku masa form 4.

Kiri tu emon,kanan tu wannur.Kami jadi dorm-mate sebab masa spm aku dgn roommate yg lain dok satu dorm dgn depa.Depa ni jiran depan pintu aku.

Dari kiri eby,syemi (cikgu rohaya),farayana.Eby dengan syemi ex-classmate,tapi yana classmate aku.Aku pindah kelas masa form 5

Ni may,budak kelas lain tapi kami memang rapat sebab otak kami sama2 gila.Heheh..Gambar ni masa kami curi2 outing kat amanjaya mall tgk wayang lepas paper bio.Dia ni duta kecil korea,minat gila k-pop

Dari kiri che kiah,nadh,ina.Depa nih dari dorm lain.Masa ni pi makan frozen yogurt kat depan maktab

Masa ni kami dah merdeka kecuali budak akaun.hehe.Depa ni nak kuar jalan2 tapi aku dah kuar kemarin pi amanjaya mall.so aku x join la..dari kanan shasha,nisa,aiza,nina,fathia,bea.Depan sekali salina.Belakang sekali atin dengan yaya.

Aku la tukang kamera,tu gambaq aku tak banyak sangat.Heheh.Ramai sangat tak larat aku nak buh nama.


Ada banyakk lagi gambar tapi tak larat aku nak taip cation untuk setiap gambaq.Penat..Takpa2,takdak gambaq kat sini,dalam desktop ada..Hehehe...Bubye!

"Friendship once broken never recovers its sweetness"


Wednesday, March 13, 2013

Kenangan lama mengusik jiwa

Ececece...Tak boleh blah gila tajuk.Lepas penat perah otak nak tulis apa,aku nak tulis pasal kenangan masa zaman sekolah.Ewah..Kerja,kahwin boleh berulang-ulang tapi zaman sekolah nih sekali ja.Sepanjang aku bermastautin 5 tahun kat MRSM Merbok,macam2 aku belajar dan experience.Dulu masa baru masuk masa Form 1,kat Merbok tuh tak dak apa,nampak kebun getah,kepala sawit dengan Gunung Jerai.La ni dah ada rumah taman dengan kedai2 kat depan maktab.Meh,dah ada bank oo.Jangan pandang Merbok tak dak mata.Hehehe...

Unforgettable memories in MRSM Merbok:

  • Ponteng prep.Yang nih selalu.Kadang2 kantoi gak dengan warden =)
  • Ponteng surau.Hehehe...Solat dalam dorm wey.pakat berjemaah kat bilik loker yang super-sempit tu,dapat la dalam 2 saf. Bwahahaha!!
  • Ponteng kelas.Sekali ja masa Form 4,ponteng kelas add math pi klinik pi mencekik nasik lemak.pehh pehh,aku belanja member aku,kecuali afkar.
  • Posa ganti..Ahahaha,aku ingat lagi masa Form 4 aku posa ganti,balik prep petang terus gedebum atas katil.Bangun2 ja dah pukul 7.Huwaa,tak amik lagi makanan nak bukak posa.Laju ja tukar baju nak amik makanan,tengok2 kaunter DS dah tutup.Sedih wey,bukak posa kat bilik makan mi sedap.Esok tuh bangun lambat gak,tapi lagi sedih woo,makan biskut gula dengan air tin Nescafe beli kat mesin gedegang asrama.Free ja kena gelak dengan roommate masa bukak posa.
  • Tak dak air kat maktab.Masa tuh hari last minggu aktiviti dan hari balik rumah.Ada gotong-royong.Selalunya mandi kat BA ja tapi BA pun tak dak ayaq.Tak sanggup aku tak mandi.Last2,aku dengan member wat kerja gila.Kami mandi air pili bomba kat sebelah bilik aku.Hahaha..Masa tuh ada roll call tapi kami tak pi.Heh,mak cik cleaner yang nak sapu lantai heran "Ayaq apa nih?" Aku dengan kawan aku gelak ja...
  • Outing hari jumaat..Nah,hati outing naik bas lah yang aku dengan kawan2 aku suka sebab boleh ushar anak drebar bas.Ya lah,baru balik dari semayang jumaat terus ikut bapak dia hantar kami outing pi tesco SP.Hensem woo,lebai ataih kepala,kalau jadik suami boleh masuk syurga.In shaa allah.Tu pun kalau keimanan dia tak hilang.Masa outing memang best!!Buleh beli kentucky,beli novel dengan majalah,ronda2 usha tudung2 dengan baju..
  • Jadi senior.Bila naik form 5,memang la syok sebab dah jadi senior.Bukan sebab tu ja,sebabnya dah nak habis sekolah..hahaha.Aku baik,mana ada buli-buli junior. kikiki
  • Bawak fon pi kelas.Benda nih memang normal ye kat maktab.
  • Kantoi dengan warden *ustzh suzana/syikin/tecer nurul/cikgu sap/tecer syaz* sebab tak pi surau dengan prep.Bulan posa selalu lah kena sebab balik sekolah ja terus tidoq,pastu tak pi prep.Hahaha...Warden mai ketuk loker,hingaq woo sebab loker aku yang selalu kena ketuk..
  • Koop.Memang sini lah tempat nak perabih duit.Macam2 ada lah!.Masa aku kelas 4IH *aku tukar kelas masa form 5*,aku selalu pi koop sebab cikgu kadang2 tak masuk.Haha..dak pun aku pau kat budak laki.Depa nih beli gula2 ja,aku pun mintak la satu..Hehehe..
  • Kena tibai kat ponggong dengan kayu sakti cikgu zai. bila ingat balik macam nak pecah segala intestin liver thymus pun ada.cikgu physics legend kut,keja tibai orang ja. comey tau cikgu ni *if u're ex-merbokian,u know what i mean.* kalau memain dalam lab atau usik dia dengan cikgu pasda *bini dia lerr*,memang makan kayu wey.
Aku dah penat menaip walaupun ada banyak lagi story nak di-share,so aku stop kat sini ja la..Kbai


Tuesday, March 12, 2013

Dewasa

After-school life,another phase in my life.

Aku dah habis sekolah,dah berumur 18 tahun *unofficially* tapi I'm still childish.Aku suka tengok kartun boboiboy,spongebob squarepants,tom & jerry dan banyakkkkkkk lagi..Heheheheh.Jiwa kartun tak dapat dipisahkan dari aku.


Okay,back to the main issue of "dewasa".Aku tengok kawan2 aku dah bergaya sekarang,tudung batu2 liplap2,baju macam2 pesyen.Tapi aku,still pakai t shirt sekolah aku dengan seluar tracksuit.Tudung pun rembat mak aku punya.Huhuhu..sedih betul nasib aku.

FYI,aku tak pernah shopping kecuali time nak beli baju raya.I think I have a half-Y chromosome in my gene.Heh.Aku benci shopping,pakai baju ala-ala girly,buat suara comey.Eww,puh-leeze lah!

Aku nih insan kerdil *memang kerdil pun,150cm ja tinggi aku*,tak lawa pun,rupa pun tak dak.Tapi muka ada la.Heheh.Aku tak reti bab2 bergaya,pakai t shirt dgn kemeja kotak2 ja.Tudung pun biasa ja,tak reti aku belit sana sini.Rasa macam nak terbelit ja urat tengkuk aku tengok orang pakai tudung macam2 style.


Apa pun aku pakai,aku tak kisah asalkan aku jadi diri aku sendiri and do anything that makes me feel comfy.Adioss,sayonara..

Wednesday, March 6, 2013

Crush Aku

Muahahahahahahaha.......Gila apa aku,tetiba gelak sesorang.Aku tetiba teringin pulak nak cerita pasal orang yang aku minat.Seh.Dulu masa aku Form 1,aku minat kat sorang senior aku,nama 'tut!'.Rahsia lah,mana boleh kasi tau.Dia la first crush aku,bila aku dah Form 5,aku crush kat sorang ni,nama 'tut!'.Dia lah last crush aku sampailah sekarang.Keh3..Tapi,nama first crush aku dengan last crush aku nak sama,cuma beza kat susunan nama ja..Aww~Tapi hanya suka suka2 ja kat depa ja,tak pernah lah sampai jatuh cinta.Pelik bebenor aku nih sebab aku tak minat bab2 cintan2 nih.Haih....Aku tak minat lah bercinta,tak tau kenapa..Maybe sebab aku nih jenis introvert sikit.Meh,ciao dulu.Nak pi kedai dengan mak aku..Buhbye!

P/s:Love is a titanic-size problem for me.Ufufufufu..