Monday, August 25, 2014

dunia baru dunia lama dunia kelam dunia terang

tak lama lagi aku akan mulakan life aku sebagai budak universiti again. macam-macam perasaan berlaga thum! tham! thum! tham!

homesick tahap basah bantal selimut cadar
rindu kucing tahap bedal makanan kucing
teringat masakan mak sampai hilang selera makan
rindu katil empuk padahal tidur atas toto nataria je pun
susah nak adapt dengan tempat baru tahap nak terjun ke longkang

rasa tak sabar takut cuak berdebar semua ada. yeahh feeling yang sama macam nak masuk uitm puncak alam dedulu. agaknya macam mana orang yang aku akan jumpa? kat palam semua dak2 bumiputera ja. kat upm nanti melayu cina india bangla nepal myanmar international students semua adaaaa. 4 tahun kat sana. 1 tahun kat palam pung dah rasa sengsara ya rabbi. 

bila dok rumah rasa macam,

"duhh mak asyik membebel ja"
"alahaiii makan tidur makan tidur kejadah ternak lemak ja"
"boring ahh semua pi sekolah pi kerja"

bila dok u rasa macam,

"rindu nak balik rumahh tssk T.T"
"assignments kuiz lecture hahihuheho *semua wayar putus*"
"aisehh jemu ahh makanan kat kafe"

apa nak buat?
apa nak buat?
apa nak buat?

kadang-kadang aku rasa macam bengang dengan diri aku. kenapa orang lain confident gila babeng tapi aku rasa macam mengecil mengecil mengecil? kenapa orang lain semua vogue bergaya fashionista tapi aku pegi kelas pakai tracksuit pegi kedai pakai cardigan terbalik balik kampung pakai selipar jamban? kenapa aku rasa macam bosangg walaupun aku ada ramai sampai tak cukup jari tangan kaki termasuk bulu kaki nak kira betapa ramainya member aku? kenapa aku susah nak kawan rapat dengan orang yang aku tak percaya sebab aku tahu semuanya hipokrit belaka? 

kenapa rasa macam loser tahap bebal ni?


Tuesday, August 19, 2014

masih buntu fikir nak letak tajuk apa

IC aku lambat lagi nak siap. jahat betul officer kat jpn tu,dia tau aku sangat tersangat thor-sangat perlukan IC tapi dia tak rekemenkan aku pegi HQ jpn kat pulau. shittttttttttttttt. 

telinga aku macam dah bocor dengar mak aku membebel.

aku rasa macam loser

 *&^#!@%&~*$ 

Monday, August 18, 2014

entah kenapa semua benda rasa macam falling apart

hari ni rasa macam bad luck ja. apa benda nak setel semua macam tergendala. Tuhan memang nak duga aku, tapi selagi aku beriman aku yakin aku doa aku tawakal Tuhan akan mudahkan semua.

aku pi agrobank,ingat nak withdraw duit tapi akaun dah lama tak aktif,2 tahun. kfine,bayar 10 ringgit setel. jadh pulak IC tak boleh pakai. cip rosak.dia suruh pi agrobank kat bagan. double kfine.

hujan pulak. hmm aku dengan mak pi bank naik moto. tinggal moto kat bank,abah datang ambik. 

kita pi cimb kat bm pulak. nak bukak akaun sebab upm pakai cimb untuk urusan kewangan. damn! IC tak boleh pakai jugak. dia suruh pi buat yang baru,kata hari khamis boleh siap. hantar mak balik,aku pegi jpn bertam dengan abah.

oh double damn!

sekali jpn offline,tak boleh nak buat IC. kalau jpn perda memang menggunung dah carutan makian sebab ramai sangat orang.moh ler ke jpn bagan. oh! nak dekat waktu rehat pulak. orang pun still ramai. bhaiya tu suruh mai pukul 2.

then pi pulak agrobank kat bagan. kekdahnya nak tutup akaun terus sebab jarang guna. bank yang aku guna dah banyak tapi duit TAK banyak abah gi cari parking,aku berurus dengan officer tu *ramah orangnya* cakap nak tutup. bila abah mai dia heran pesal lama sangat,aku habaq la nak tutup. abah gelak,dia ingat aku nak buat kad atm. lol.

kad atm agrobank annually dia tarik rm8 tau untuk caj service dia. wadehek! aku tutup ja la, dapat keluar semua duit wehehehe ;)  

makan dulu,pastu pi tunggu kat jpn bagan. 

1.30 pm  orang tak ramai gi,lex lu

1.50 pm  orang dah ramai. masuk lif,tekan 2nd floor

1.55 pm  dah sesakkkkk

2.00 pm  bila nak bukak pintu

2.07 pm  menonong masuk beratur amik nombor giliran 

oh triple damnn!

2 minggu baru nak siap. ngam ngam 2 minggu aku dah kat upm. skang pakai ic sementara. bila nak amik ic baru,kena bawak sekali ic sementara. aku cuba gak kelip-kelip mata,bajet comel bajet  lawa kot-kot IC dapat siap awal. huhuu.fail uols!

plannya abah dah ambik ic baru,kirim kat kezen ja sebab dia masuk upm balik 7 hb. oh crapp. selama beberapa hari aku IC-less nationality-less (?).

pegi klinik singapore buat medical check up. yang best doktor tu cina,muka pun macam lim guan eng wakaka..harga rm90 sebab check darah. masa med check up nak masuk uitm kena 50 ja. wadehek check darah takat nak tengok jenis darah white blood cell platelets foreign cells. haha tu pun aku boleh buat kalau aku ada lab sendiri 

holy crow!

jarum die pheww! satu per lapan hampir pengsan jugak aku tengok. ok setel kita balik.

whatsapp nina since kami sama-sama dapat upm. oh shitttttt! dia cakap buat ic kat hq jpn kat pulau 2 hari siap *menangis air mata darah sampai penuh telaga belakang rumah* 

Tuhan memang nak uji aku?
sebab Dia sayang aku?
ya.





Thursday, August 14, 2014

Ke degree ke kite? part 2



Well, semua orang pakat post course yang depa dapat. aku ponggg nak post gak,tapi kat blog dah arr. Aku dapat degree food tech? hha, aku nak environment tech tapi dah dapat food tech redha ja lah jenabss oi. tapi kenapa ramai kengkawan aku tak ramai dapat upm? kawan aku ramai genius genius tahap albert einstein, tak dak kawan ahh camni. dah la merbokians tak ramai dapat upm. ramai dapat uitm jahh. 

Kfine. 

Sunday, August 10, 2014

Petua hilangkan tangan pedih kena cili adodoi pedih woii!

Salam alaykum!

Aku tengah hari tadi makan nasi lauk sambal petai perghh perghh fevret aku tu.Sedap siott dapat tibai sambai petai tapi part tak syioknya nak kerjakan itu cabai lah! Pedih tangan haku sebab aku buang biji-biji cabai,kalau dak mau tersangkut puloks kat appendix aku ehehehe. 

Macam-macam petua dari google aku cuba try (?)

Sapu gula kat tangan yang pedih
Rendam tangan dalam air bergaram
Basuh tangan dengan air basuhan beras
Basuh dengan air panas

But to no avail tssk T.T

Sudahnya aku google tok guru wikipedia pasal menatang apa la dalam cabai yang bagi pedih tangan. Terjawab jugak persoalan aku. Nak baca tekan sini yo Dak-dak bio chem mesti suka baca trololol =P

Jawapannya jejeng,capsaicin! Capsaicin bahan aktif dalam cabai dan bila terkena tangan dia tu yang rasa macam kitee bakorr jerr. 

Dah tu apa treatment nyaaaa???????????????

Haaa, sapu la minyak rambut ka,minyak sayuran ka, paraffin oil ka (ko ade ke?takde gi mintak kat lab assist. makmal sekolah tobat dia bagiiii face-palm), vaseline pon bolehhh. Aku guna minyak rambut ja lah dah yang tu first thing aku jumpa dalam rumah. Hoii jangan guna minyak hitam pulak,tak pepasal jadi orang minyak. Sapu kat part yang pedih jangan bebanyak sampai banjir,agak-agak la sampai hilang pedih tu in shaa Allah. 

Gi mana modus operandi nyaaaa??????????????????

Minyak dengan capsaicin ni hydrophobic (tak suka air) hydrocarbon, mana-mana capsaicin yang ada kat kulit tu diserap oleh minyak yang hangpa sapu tu. *terasa otak bergeliga sat 24 saat*

So i guess sapu minyak ni paling cepat kot daripada basuh tangan guna sabun sambil sumpah2 sebab tangan ko pedih. Ada ja cara lain,tapi yang ni in shaa Allah berkesan dengan cepat.