Friday, March 27, 2015

Alkisah duit

Hi.

Umum belum mengetahui bahawa aku thor-lebih bayor yuran pengajian aku sem ni, hatta mak ayah di rumah pun dirahsiakan mengenai hal ini. Duhh! Alkisahnya begini...Duit ptptn sem lepas + duit zakat yang aku dapat tu ada balance lagi, lepas aa habuan nak bayar yuran sem 2. Aku ingatkan ptptn lambat masuk *seperti yang selalu dicanang-canang dalam novel//tv//mulut2 orang* So aku bayar lah dulu thru cimb clicks. Then aku beli la tudung aidijuma, nak bayar via on9 saja la. Aku check akaun tengok pesal la duit aku sikit sangat, tanya member dia kata ptptn dah dapat, siap dah potong lagi nak bayar yuran pengajian. I was like



Dafuq!! Duit akuuuuuu~ Ingat sikit ka, rm1812 kot yuran aku ! Terasa betapa miskinnya bila duit dalam bank dah bawah seribu tsk tsk. Aku selalu jimat sebab tak mau duit tinggal bawah seribu. Kalau duit dah bawah seribu, aku tak boleh duduk diam sebab rasa macam esok lusa tinggal seratus ja dalam account duhh! Sudahnya terpaksa jejak kaki kat kaunter bendahari upm. 2 kali gak aku pi sana nak setelkan. Abang tu pulak haihh. Mentang-mentang hensem saja la tu nak lambat refund duit aku, nak bagi aku pi sana banyak kali. Ceitt. Simpan saja kehenseman kau tu dalam poket *flips shawl* Aku pi kali ke-3 setelkan dengan officer lain, pom pang pom pang dia cakap bulan 4 baru dapat balik duit yayy! Jadi orang kaya-kaya balik hehehe.

P/s: Abam tu memang hensem sangad! muka bersih, cerah pulak tu. Kbai.



Sunday, March 22, 2015

i like your face, do you like my song?


Aku ada impian nak travel satu dunia. K satu dunia tu cam tipu sangat, ingat aku anak pak menteri ke? Takat anak jokey boleh la *abahku orang kuat geng retro bike* So lepas baca kat blog2 kaki travel, omg semangat nak travel tu makin tebal :D Rasa macam nak pi SEKARANG! jugak. So aku berazam nak himpun duit nak pi travel ihikss. Masa muda2 la nak pi jenjalan merata, takkan nak berlaki beranak baru nak terhegeh hegeh pi travel. 

Aku ada plan dengan kawan aku nak pi koh lipe//krabi ehehehe. Plan nak pi masa cuti semester tak-tau-lagi-sem-berapa-tengok-duit-ada-ka-dak ;) Tapi kalau ikutkan aku nak pi koh lipe sebab dekat ja dengan mesia ni haa. Jarak langkawi nak pi koh lipe pun 40km ja, lagipun banyak halal food kat sana. ahahaha kemain semangat kawan aku ni, siap nak ajak crush aku lagi mentang2 dulu uols satu homeroom. Kalau mr.crush ikut, apa pulak kata crush2 aku yang lain *flips shawl* kekeke dasar pompuan hati talam multi-muka ! Crush ja kot, entah depa tu bukan sedar pun kewujudan aku ni haa *sobs


Image result for koh lipe
Cantik kan Koh Lipe?
Credit to photo owner :)

So target first aku nak pi ialah MELAKA ! Pernah pi sekali ja masa bebudak dulu, terus jatuh cinta dengan bandar bersejarah tu. Dulu pi dengan family, tak berani la nak menyuarakan hasrat terpendam kat hati nak pi sana nak pi sini. Kalau pi sendiri, sukati aku la nak jalan pi mana yayy!! Since bulan depan ada projek kat sana, alang-alang tu boleh la tidur sana satu malam. 

P/s: Tajuk selalu tak kena dengan entry. Blah! .
.
.

Hey! Pesal aku bukak blog pulak? Baru bukak lecture notes satu muka surat dah bosan, terus bukak blog pfft! Kbai, nak study. Ada test huwaaaaa *meraung tak cukup kotak suara*


Saturday, March 14, 2015

Pemalas

Nak fikir letak tajuk apa untuk entry pun dah malas.

Sem 2 ni betul2 menduga fizikal dan mental aku! Paling benci hari selasa. Kelas 8-7, gap 2 jam ja pukul 12-2. Dah la ada 2 lab pulak tu, lab food engine kena berdiri sampai ke sudah *experiment senang balik awal ahh* lab organic chem *koof* busuknya ether *koof* kul 2-5, pastu 5-7 ada BBI. Kejam sungguh depa susun jadual aku. Kena rushing dari fak. sains pi dkap depan fak. sains komp. Nak catch bus, pastu pi semayang asar pulak.

Lagi celaka drebar tu tak berenti!! dia drive straight sampai kolej pastu suruh aku naik bas lain. heyyy jilakee betul, panas hati aku masa tu memang tak terkata la wey. Nasib la kau masuk warga emas, kalau dak dah lama aku sumbat stokin aku dalam hidung dia pfft!