Monday, December 19, 2016

Praktikal! #1

Ahoy!

Aku sebenarnya stress gila! Sem depan dah nak praktikal, tapi tempat LI tak dapat lagi (T.T) Awal sem dulu tak sabar nak LI, kununnya nak LI kat rumah, jimat duit. Lepas LI dah masuk final year, buat PD, pastu sem depan FYP. Finally, grad dengan lapang hati. TAPIIIIIIII itu semua khayalan ajo sebab LI punya pasal ni stress hidup aku. Bersepah hantar resume, tapi yang aku dapat negative. Tak dapat respons langsung pun hado !

Kawan2 aku ramai dah dapat, mostly mintak area selangor, melaka etc. Aku? Even kilang kat penang tu bersepah tapi satu pun tak lekat lagi huhuu. Takut la weh sebab bulan 2 dah start praktikal, buatnya tak dapat tempat fail la aku !

Since kos aku ni sains & teknologi makanan, haruslah cari kilang makanan. Coordinator LI nak kilang besor, takmo yang enterprise @ kecik @ gomen (T.T) Kekdahnya buleh apply satu je, kalau tak dapat baru apply yang lain. Dr tak bagi apply bebanyak serentak, takut bila dapat banyak, kena tolak pulak. Nanti mencemar nama baik UPM gittew. 

Setakat ni harapan aku kat Rex Canning bukit minyak ataupun Soon Soon Oilmills. Sebab dua kompeni ni memang beso & konfem dah amik budak food tech buat intern. Aku baru call Rex tadi, nak tanya la pasal intern kat sana. Aku habaq la resume dah hantar lama dah, hakak tu kata nanti depa call balik. Aku harap sangat dapat jawapan yang positif ! Kalau buleh bab LI ni aku nak setel before final exam. Baru senang hati aku nak jawab paper nanti :)

Pliss DOAKAN ai dapat LI kat Rex Canning. Kilang tu memang maha jauh dari rumah. Bayangkan la aku kat kampung pelet nak pi BUKIT MINYAK nuuuu ?! Jauh kut, tapi LI punya pasal tolak tepi la jauh ka dekat. Asalkan dalam Penang eheheh. Mengenangkan ada orang yang cross negeri bila pi kerja, apalah sangat bukit minyak tu huhuu

Wednesday, December 7, 2016

Brain.is.not.functioning

Sekarang ni dah minggu 13.
Minggu hujung-hujung semester ni lah bebudak uni start mental koyak.
Pasai apa?

Presentation berderet
Assignment bertimbun
Settle lab report
Duit ptptn nak habis
Sekarang ada MAHA
Nanti ada Big Bad Wolf

Stress woih! At some point, banyak sangat kerja sampai otak aku ni dah jammed. Bukan jammed macam orang balik kerja, dah macam jammed atas highway orang nak balik cuti raya. Aku sampai lupa dah nak buat assignment mana satu. Yeah, too much to handle...

HUHUHU



Tuesday, May 24, 2016

towards the end of 4th semester

Pejam celik pejam celik aku dah nak habis tahun 2. Sem depan dah masuk 3rd year *horror* Masa 1st sem dulu kemain fikir lambat lagi nak grad, cepat la final year, tak sabar nak pakai jubah dengan graduation cap. Sekarang aku dah separuh perjalanan dalam kos aku ni, bachelor sains & teknologi makanan. Sem depan dah masuk sem 5, pastu LI, pastu 4th year, pastu dah convo yayyy *tu pun kalau tak sangkut la* In shaa Allah tahun 2018 grad lah aku. pastu pening pulak cari kije bayor hutang PTPTipu ptptn uhuhuhu. 

La ni dah minggu 13, sumpah busy gila dengan case study, presentation, assignments. Hazab gilerrr. Banyak benda tak setel lagi. Ya Allah, permudahkan urusan aku sem ni. Pastu pening kepala jugak fikir pasal duit. Asal hujung sem ja mesti bebudak uni pening masalah duit. Lepas tu banyak la lalat bising budak uni perabih duit beli henfon mahal, makan kat tempat2 hipsturrrr, weekend dating lanje awek, sewa kereta pegi jenjalan. 

hamboih hamboihhh mulut ekauuu! Dia ingat aku pakai air liur bila print nota? Isi minyak motor, isi perut lagi, tak campur projek yang kena keluar duit sendiri *upm takdenya nak sapot duit projek hang!* bayar sewa rumah lagi, bil itu ini. Hadoiii, dah la potong 500 wpp lagi. Sakit kepala fikir pasal duit. Nak mintak mak abah? Lagi la malu. Dah besar panjang camni aku segan betoi nak mintak duit kat parents. Even tho mak aku bising kalau nak pakai duit mintak ja abah, tu tanggungjawab dia muehehe. 

Aku harap sangattttt duit aku cukup nak survive lagi 33 hari. Ya Allah...nak mintak kat sapa lagi kalau bukan Allah. Bagi la duit aku cukup uhuhuhu. Nak keja part time pun kalut gila, kelas habis petang. Lagipun aku lagi suka buat bisnes sendiri. Jual2 jajan ke kat fakulti. Tapi tu la, untung bukannya banyak mana. Tu pun buat beli kibbles kat adik2 bulus kat rumah

HUHUHUHU!!!!

Sunday, April 17, 2016

home sweet home

"Leave something behind and one day you will come to pick it up"

Well, I would leave my heart back home and one day I'll come back home for good. I'll leave this god-forsaken polluted city. I want to be in the comfort of warm sunshine, cold mist, dew drops, flowers blossom, birds chirping, squirrels running up on the electric wire, cats fighting, and of course, being around my family. I have spent have of my life away from home. From my family. From my cats. I can't wait to count the days to graduate and leave KL for good. This city is not meant for me.

Tuesday, March 29, 2016

Fuckin' busy right now *sigh*

These two weeks really pump the energy out of me. Busy dengan test, assignments & lab. Aduhhh, penat gila kot! Celik mata fikir pasal test, malam bila nak pejam mata fikir lab report pulak. Pinau mata ni baca journal sebab lecturer nak lab report ala-ala journal. Paling penat lab kimia analisis makanan la. Kena buat lab proximare analysis, dah tu pecah 6 lagi sub-experiments. Kena determine moisture content, ash content, crude fiber, crude protein, fat analysis and carbohydrate content. Group aku dapat sample kacang hijau *mak kau ijau* hahaa. OK gak dapat sampel ni sebab raw sample and banyak journals pasal kacang hijau. Yang penatnya nak menulis report tu la. Ingat nak kopi pasta? nan hadoo nak copy paste, dapat ke lecturer markah telur ayam la jawabnya huhuhu T_T 

WOIHHH!

Apa dok blogging pulak ni? Syuhh pi buat lab report la chan oi!

Sunday, March 6, 2016

Diary

Tadi bosan-bosan aku korek la apa ada dalam kotak buku aku. Aku ambil diary aku yang guna since 2011. Ya, aku form 4 masa tu. Sampai la dok guna lagi, tapi conteng benda merapu la. Tak dak benda best pun nak tulis. My daily routines are the same. Wake up, go to class, do assignments, lepak with girlfriends, watch tvd kat food cyber, go home, rest, instagramming facebooking whatsapping, sleep. period. That's how I spent my weekdays. Weekend? It's a lot more awful. Haihhh. Tak produktif langsung.

Soooo...I was just flipping through the pages, laughed at sweet moments during zaman maktab or cried when reading about the day my cat died. Diary-ing, it's a beautiful way to preserve the memories. An alternative way to record what you couldn't trust the mind. Sometimes our minds did a good job of blocking painful things and accidentally some sweet moments too. Diary-ing, it is classic and you feel touched when you read it back. You write it with your heart, that's what makes it more heart felt.

What did I wrote in my diary? Heh, I was 16 when I seriously started diary-ing. You know what we, teenagers, would write. The boy I had a crush on. My dreams. My hopes. My feelings. My cats *haha!* and the list goes on...I don't know. I always write random things in my diary. If suddenly something crosses my mind, I would write it down instantly before I forget 'em muehehe. 

I miss writing in my diary, but as I mentioned above, my daily routines are dull as heck. So there's no point in diary-ing. But I hope one day I could start diary-ing again, with beautiful stories to record and neat handwriting *hahh!* 

p/s: I bought that diary from tesco. it has glittered butterflies on its cover. I thought that was cute though...

Thursday, March 3, 2016

there's no chemistry between me and chemistry

belajar kimia dari zaman sekolah sampai degree.
tapi harammmm...
sampai la tak paham-paham!
molarity, molality, normality
tapi inilah realiti
yang harus kutempuhi
demi segenggam degree

ya Tuhan!


Sunday, February 28, 2016

Review novel: Dia...Bangladesh Mari?


Holla...


Kali ni aku nak review pasal novel Dia...Bangladesh Mari? karya Liz Haliza. Aku ada baca komen-komen orang kutuk title novel ni. Dah kenapa letak title bangladesh? Al maklum la Malaysia kan tengah hangat pasal 1.5 juta bangla nak dibawak masuk. Apa-apa pun jangan la condemn penulis. Masa dia tulis novel ni mana la dia tau 1.5 juta bangla nak mai kannn? Hahaa

Aku memang target nak beli novel ni sebab baca sinopsis dia pun aku syak mesti best punya. Lepas beli terus aku baca kat food court Mines tu. Part awal-awal memang lawak dengan perangai si Ismail ni. Kalau tak mengenangkan aku ada kat tempat awam, memang aku gelak guling-guling dah. Setahun dulu Ailis pernah tolong si mamat tulang kat depan masjid. Bila dia jumpa seorang laki yang serupa dengan mamat tulang tu dekat car wash, ditembaknya laki tu dengan berjuta soalan. Ya lah, kawan tertanya-tanya khabar si mamat tulang tu. Hidup ke tidak? Sihat ke tidak? Macam-macam dia kelentong Ailis supaya Ailis percaya yang dia tu Bangladesh mari juga. Last-last kantoi sendiri muehehe. Lepas tu selamba je mengaku depan Ailis yang dia tu bukannya Bangla. Lama-lama cinta dia pun berputik sebab Ailis ni dia punya curiosity ni tinggi tahap dewa sampaikan selalu je kacau Ismail. Start dari ni la Ismail mula ada feeling kat Ailis. Aku ingat Ismail ni main-main je suka kat Ailis, rupanya sungguh!


hahaa buntut KimK



aku suka part ni..suko jupo demo!


Pada masa ni jugak, ada jiran baru pindah sebelah rumah Ailis. Kak Cah dengan adik dia Kak Nin yang sakit macam mayat hidup sebab eksiden dulu ni. Dia dengar apa orang cakap, tapi tak boleh response. Ailis ni selalu pegi melawat Kak Nin sambil cerita pasal kisah dia dengan Ismail. Ailis sebut je pasal Ismail baru Kak Nin ada response. JENG JENG JENG!!!! Apa pulak kaitan Nin dengan Ismail? Haa nak tau baca sendiri. 

Jalan cerita dia santai aje, tak sarat dengan emosi berlebihan. Tapi mostly aku banyak gelak la sebab perangai Ismail yang selamba and kuat mengusik Ailis hihiii.

Ailis pulak suka buat tindakan terburu-buru tanpa fikir panjang. Suka ikutkan hati sangat. Mujur ada BFF Ailis, Mazuin, yang boleh balance kan watak Ailis ni. Mazuin selalu nasihatkan Ailis jangan ambik tindakan melulu. Jadi, carilah kawan yang baik yang boleh nasihatkan kita hikss. 

Oh, and watak Ali, pekerja kat car wash Ismail. Aduh aduh..jenuh gelak aku dengan Ali ni. Kerja nak ngorat si Ailis je. Bakal bini bos pun dia nak masuk line jugak. Tak dapat Ailis, dia nak usya Mazuin pulak. Bila Ailis tipu Ali cakap Mazuin tu laki dia polis, tau pun takut mat bangla ni. Kiranya watak Ali ni macam menceriakan suasana gitu.


ali cuba masuk line

ali strikes again!!

Secara konklusinya:

1) aku bagi 4/5 bintang !!! memang berbaloi beli.
2) walaupun novel ni 495 m/s ja , tapi ada banyak pengajaran. berbaloi ah beli walaupun       tajuk novel ni macam nan hadoo je hahaa. 
3) jangan sangka yang baik tu baik, jangan sangka yang dituduh jahat tu jahat *hint! hint!*
4) kalau tebal kan best! tak puas dengan Ismail yang suka sakat Ailis miahaha
5) aku suka nama watak2 dalam novel, simple and pendek je. takde nya 
    title-title kesukaan orang melayu; datuk datin tan sri puan sri muehehe
6) yang aku rimas watak mak-mak dalam cerita ni; mama ailis & mak ismail. adess...suka
    nak serkap jarang. rimas iols tau hahaha.
7) those yang stress tu boleh la baca. aku kalau penat dari balik kelas selalu baca part2 lawak dalam novel ni ;)







Saturday, February 20, 2016

rindu kata rindu

rindu.

kurang dari sejam berpisah,
aku dah rindu,
rindu mak abah adik kucing.

rindu sangat-sangat.

rindu tahap budak masuk asrama,
asyik nangis ja,
time mandi,
time nak tidoq,
time bawak moto.

rindu yang teramat sangat.

bila berjauhan hati jadi tertanya-tanya,
khabarnya,
kesihatannya,
kewangannya,
perasaannya.

I've been living away from home since I was 13. During high-school year-merbok; asasi-uitm puncak alam; degree-upm serdang. Being 300++ km away from home left me queasy. Mom would be at her super busiest. From pre-dawn until sleeping time. Cooking. Prep my brother for his school + kelas kafa. Doing laundry. Sweep the floor. Wipe dust off of the cabinets. Feed our cats. And the list goes on...Well, for my dad, he's pretty organized. Goes to masjid solat subuh berjemaah, buy some breakfast *if he feels to*, sent my brother to school or doing his business in the WC; and vice versa, enjoy his teh tarik my mum made, scroll his facebook, off to work, if he's not working, dad would be engrossed in repairing his tractor or backhoe or lorry. sometimes he would clean the front yard. yes...my dad cleans up the yard far way better than i did. 

well, for my brother, I can't write anything about him because it would be infinite. gosh! you know how kids these days can kick off the tantrum. for my cats, I always talking nagging sleeping teasing them. people might think this is crazy. but i know that my cats understand what I say. ohhhh my beloved tom and abu.

Lempaq balik masa raya tahun lepas

ale tom tom!!

Saturday, January 2, 2016

Au revoire sem 3

Hyeee!

Sekarang musim bebudak degree final exam. Aku baru start first paper hari ni, biochemistry. Fuhh lega gilaaaa dah lepas biochem. Aku dok stress subjek ni sampai subject lain dok sangkut lagi tak study uhuhuu. alhamdulillah paper biochem aku buleh jawab hikss. Lagi best keluaq pulak yang aku target. Aku ada study gak soalan past year uni obersi. nahh keluaq setepek sebijik. harap prof nazamid baik hati nak bagi A ahahahaa. ya lah tu, masuk kelas pun main setagram pesbuk ada hati nak A *facepalm* Lekeh-lekeh B pun jadi la prof. 

Ok, nak study stats dengan kimia pulak.

Daaaaa!