Sunday, May 31, 2015

Sesat di jalan terang

Benda ni bila di-flashback rasa cam nak hempuk kepala kat dashboard moto pun ada. alkisahnya macam ni...kawan mintak tolong hantaq dia pi stesen komuter serdang, aku on saja la sebab dah la tak pulas minyak hihihi. dia dah pesan naik flyover ja nak patah balik. tapi malangnya gua terlajak pulak! masa tu nak mencarut diri sendiri ja. 

mata 4 pun tak nampak lagi?
jilakee!
kevavian apakah ini?

since jalan tu highway, aku terpaksa straight ja sampai tol. lepas tol takdop u turn huwaaa. sudahnya jalan saja la sampai jumpa u turn. then...

shit! terlepas u turn pulak. nak patah balik pun tak buleh dah keta banyak. jalannnnn lagi. tengok minyak maigadd! menghampiri E!!! tawakal ajo masa tu. dari jauh nampak dah sign board u turn. apa gi masuk kanan siap2. nasib baik masa tu keta tak banyak. nasib baik highway, kalau dak tak balik upm dah aku huhuu. 

dengan asap lori yang hitam, debu berterbangan, cuaca panas gila, pastu tetiba langit gelap. oh no! jangan la bruuum dulu. bagi aku sampai kampus dulu pliss pliss. bila dah nampak signboard upm fuhh lega dia tahap nak sujud syukur kat jalan. bagai sirih pulang ke gagang, pisang ke tampuknya, chan ke kolejnya ehh...hahaha

singgah petronas dulu nak isi minyak alahaiii minyak kuat gak LC si nina ni. masa nak tongkat moto entah camna tongkat tak lekat, terbalik moto tu kat aku huhuhuu. jilakee abang bangla petronas, dia tengok sajo!!!! aku sikit punya lawa tahap diva *facepalm* dia biaq situ ja? dah la nervous sesat tak habeh gi. lambat betoi dia mai tolong hai laa...

masa rempit2 nak masuk kampus, kena lalu roundabout dulu kat fsrb, entah camna aku buleh lupa segala undang-undang jalan raya sebab ketaq sesat tak hilang2 lagi. kereta dari kiri kanan nak masuk, aku nak slow tapi tengok keta tu pun slow aku menyelit ahh. tetiba dia laju pulak nyaris nak kena langgar. hadoyaiii...dah la kiri kanan lak tu kereta nak lalu roundabout. nasib baik aku laju time tu, kalau dah kena sandwich la dengan 2 kereta tu huu.

nak masuk kawasan kolej, kena lalu pondok polis bantuan. aku punya doa la pulis tu tahan. fuhh, selamat! takut wey kang kena saman aku gak kena bayaq. si nina la berani bawak moto tak berstiker. haram!! hahah

p/s: aku tak paham macam mana orang KL buleh paham jalan kat sini? dia punya jalan tu pusing sana sini macam wayar dalam kepala tau..dah la aku tak reti baca waze sobs

Saturday, May 23, 2015

Nak avoid ke adapt?

Phew! These last few weeks before the end of this semester, is a DISASTER!!! Maigadd, banyak gila assignments, project paper nak kena tulis, presentation, lab reports etc etc etc. Gittew lah adat seorang student kat Malaysia hello, dak-dak Mesia kat oversea nun study gak, tapi pesal ah insta fb semua asyik gi jenjalan? jelesnya tuh di sini *tepuk dada*

Pastinya stress akan datang tak dijemput, pergi pulak dihalau ke tak tetap tak mau nyah. bila stress tu mula la nak melantak nasik seguni beras, tidur lak pejam mata pukul 3 pagi celik pulak time subuh, pastu lelap balik and sedar2 pukul 3 petang. tambahhhhh lagi stress bila fikir kerja tak siap. jadah ape la asyik tido aje. so nak buat apa? nak buat kerja tapi takde inspirasi *hatta wallpaper henfon kau tu gambo bf/gf sekalipun* bila tak ada semangat mula la menggagau cari bantal. pastu terukir di bantal peta dunia...Zzz

tak boleh gitu, rakan2 seluruh universiti satu malaysia ni oi. kalau kerja banyak tak setel, pi la buat kerja tu. tarik kerusi, on lappy, bukak buku. ada idea, tak ada idea, tu tolak tepi. bila kau dah actually sit down, slow2 idea akan datang. otak tu jangan set negatif ajoo. agak2 dah electronegative sangat otak tu, at least tekadkan dalam hati tu 


"Ah, aku kena siapkan jugak assignments."
"If not now, when?" 

Ni la yang dikata: nak avoid ke adapt? Kalau avoid, sampai kiamat kerja tu tak siap. sudahnya stress pun bertambah botingkek-tingkek heheh. kalau adapt dengan stress, lama-lama kau akan anggap stress tu, alaaa kicik punya hal lah! face-to-face dengan assignments, acah-acah bertinju gitu. 

*flips shawl

Aku pun nak menyambung transribe video presentation aku huhuu. mau koyak telinga pecah gegendang bukak speaker kuat2, pastu nyumbat ear phone lak. huh, apa sajalah! janji semua siap, esok aku nak berjimba dengan hati yang tenang yeahhh!

Friday, May 22, 2015

Kekeke

Nak study
Oh fak plug kat bilik tak buleh pakai.
Kemas buku and laptop.
Jadi budak baik acah 4 rata
Ke library lah kita.

Sampai library
Setup semua benda
Lappy + buku nota + jajan *wajib ada*
Moh le study 
Jet2 stok student 3.85

Bosan ahh.
Test wifi mana tak tak password.
Jumpa satu 
Habis dibukak insta fb google blog
Nota food engine tersadai camtu saja

Tuesday, May 5, 2015

Review novel: I Love You Stupid (ILUS)

Hmm, dah lama sebenarnya aku pencen dari baca novel2 cinta ni sebab nak fokus belajar malas nak beli. selalu pinjam kat library ja. tapi tau2 la kat library ni bukannya ada sangat novel yang kita nak huhuu T.T Novel ILUS karya melur jelita ni dah lama aku perati kat page belakang2 dalam novel. tengok tajuk cam mehh *thumbs down*...entah hape2 je tajuk. tapi tu la kan, orang kata jangan judge buku dari cover. tergerak hati nak baca reviews novel ILUS kat goodreads and ramai cakap novel ni best. page dia ya rabbi, aku tengok pun rasa lelah bila la boleh habeh baca ni sebab 1000++ muka surat. 5 hari baru aku khatam novel ni ehehe. 

Dah sampai tu terus cari Karya Seni dan hunting la novel2 idaman. cari2..isy takkan dah sold out kot ILUS huuu. I is sedih! Tetiba kak shaz datang sua ILUS yayy! Thanks kak shaz :) Tengok2 tinggal 2 ketul je, rezeki hakuuu. Harga dia rm30! Seyez talk!! Time pesta buku haruslah borong banyak2 sebab harga diskaun nangis tepi bucu katil



Oh! Abang pedasku ahakss


Malas nak tulis sinopsis,so...

Dipendekkan cerita, ILUS ni pasal Iris dengan divas dia, Lara, Farina & Violet yang suka cari pasal dengan insp ebrahim aka abang pedas. masa join suksis kat um, iris ni suka sangat cari pasal dengan insp ebrahim sampai terjadi satu fitnah. Jejeng!! lepas tu dicerita pulak iris nak pegi kemboja atas tiket misi kemanusiaan orang melayu cham yang disponsor bapaknya dan dermawan yang lain. since iris ni anak bapak, papa dia upah bodyguard untuk jaga iris, yakni firman aka abang pedas. depa ni suka sangat la bergaduh tahap bertumbuk terajang pun hado *iris suksis & firman polis* dalam dok gaduh2 tu ada jugak sweetnya i loike! iris dan firman ni suka sama suka tapi memasing tak luahkan feeling ittew sebab iris kan ada bf, aidan. tapiiiiiiiiiii yang klimaksnya iris lari dari firman and culik sorang baby ni omg! anak sapa tu? Jejengggg! Sampai la terbongkar misi iris yang sebenar kenapa dia join misi kemanusiaan tu. Nak tau kena la beli ILUS ni heheh 

Bagi aku, novel ni memang rugi kalau tak dak dalam koleksi. Cerita dia lain dari novel2 cinta yang cliche tu. Banyak pengajaran dalam novel ni, kemanusiaan, kasih sayang, sejarah kemboja & kekejaman pol pot, friendship dan agama. Walaupun semput nak perabih baca, tapi ILUS ni well-written dan takkan rasa boring. rasa nak cepat2 baca sampai perabih ada la hihii. purr! bila baca tu rasa macam ada movie terlayar *Ecehh!* dalam minda. 

Tergelak sorang2 aku baca novel ni, tak tahan dengan perangai firman aka abang pedas aka insp ebrahim & iris nur aka iris the diva pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aka iris the devil. firman dengan perangai pedas dia tapi sangat protective kat iris. iris dengan perangai diva and mulut bukan main lepas. dedua ni suka sangat bergaduh tahap smackdown macam WWE ahaha. bagi aku ni la yang buat pembaca ILUS tak boring dengan novel dia yang maha tebal. oh ya, tak lupa jugak mai tuan dengan fatimah, mama dan adik firman, yang jadi penyeri dalam novel ni ihikss. 

all in all, aku bagi 5.30 bintang *campur gst* and aku highly recommended hangpa baca novel ni.

Kasi hint sikit la

"Kalau saya dah sign in...saya tak mau sign out" -Iris

"My precious...jerat tak pernah lupakan pelanduk. Firman tak pernah lupakan Iris" -Abang Pedas



Friday, May 1, 2015

Nikmat Tuhan yang mana kau dustakan?

Sumpah! Ni bukan entry dakwah ala-ala pencetus ummah ka apa. Nak post2 yang islamic sila ke blog lain. Just sharing my 2 cent thought based on what i've--

read
seen
experienced

Kadang-kadang dalam life ni ada satu point kita rasa down sangat, ye idok? student dengan stress belajaq, carry mark sikit or fail test, mak ayah dengan stress pasai family's financial, career, anak buat perangai la, orang bekerja pulak stress dengan gaji lambat masuk la, staff tak dak ethics, politikus opis la and the list goes on...

Sikit ja aku nak cerita, specifically pasal student *sebab iols mahasiswa student*

Student dengan stress belajaq tiada berpisah. Pernah gak aku rasa lelah sangat sampai at some point nak berenti belajaq pun ada. take random flight and go somewhere.disappear in the sea of people. tapi bila aku toleh belakang, aku sentap! kenapa nak rasa give up? bukan aku sorang ja rasa penatnya belajaq. kawan-kawan se-course, se-fakulti, se-kolej. pun rasa benda yang sama. 

pulun study test dah dekat
busy dengan field work
ligan deadline assignment(s)
baksis tak setel2 lagi
gaduh pakwe makwe
duit pt dah habeh gi joli
oh!

bila tengok wajah2 yang mengharap si homo sapiens ni berjaya dalam pelajaran
takkan nak give up kot?
yang fail degree sampai buat rayuan tukar course lain padahal umur dah buleh buat phd
takkan nak give up kot?
segala "my dreams" yang dok tulis dalam diary tu 
takkan nak give up kot?

"Letakkan diri kau kat mana yang kau nak berada in the future and one day kau akan berdiri kat situ"

*flip buku management