Yuk kita ke tasik beris, kedah!
Haa, ekcelli dah lama kot aku pi tasik beris ni, masa cuti sem satu haritu. and now nak masuk cuti sem dua dah sobs. kes malas nak menaip. alkisahnya terbabas sampai tasik beris ni sebab nak hantar buku yang member pesan kat big bad wolf, pastu lajak nak hantar tok dengan tokwan balik kampung kat loqstaq. chek oghang utagha maghiii!! alang2 tu kita ladang anggur dulu, pastu lunch tepi tasik oh la la~~
Kawan aku ni dok sik, haa molek la nak lajak pi ladang anggur. satu jalan ja. yang hazabnya...daddy tak naik highway, ikut jalan jauh. hazabnya tuhan ajo yang tau. cemuih kot dok dalam keta. kiri kanan nan hado apa2 benda menarik. nak tangkap lentok bukan la perangai aku bila naik kereta.
Memang hado wey ladang anggur kat sik ni, tepi tasik ja. hajat di hati nak la petik anggur terbaik dari ladang ni tapi hakak kaunter cakap anggur dah petik huhuu. tak dak rezeki la uols. oh ya, masuk tak silap 6 ringgit kot dewasa, aku ingat2 lupa dah. tapi bawah sepuluh la. kau ingat free? dalam ladang ni ada kafe, makanan pun based on anggur la dah nama ladang anggur. aku beli sandwich ajo, dah lambat sangat nak makan tengah hari. perut dah melalak oi!
tasik beris, bukan betis mahupun keris
my lil brader
anggur tak masak gi
awan nan hado! hazab panas
si zombie kecik ni memang kan! suka buat muka peliks time amik gambar.
derek salah timing ja dalam gambar. sorang pejam mata, sorang tunduk kepala hmm
ada playground kecik habuan bebudak nak main. aku yang tua nak main gak, tapi ada orang tua bawah pondok tu terpaksa la batalkan niat huuu
Anggur pun tak dak kita berangkat la cari tempat nak makan. mem besar dah bawak bekal nasi siap2 dari rumah. hazab wey sini bukan ada apa sangat. jangan harap nak jumpa kepsi atau mekdi kat celah2 hutan ni hahaha. kami masuk kat satu tempat ni. nak kata resort bukan. homestay pun bukan. ah, chalet kut! aku lupa dah nama tempat ni. kira tempat ni sesuai la kalau sekolah nak buat kem ka, dakpun nak buat family gathering kat sini. ada pondok, rumah pondok, rumah pokok, surau, siap dengan mini zoo lagi! satu ruang tu macam2 haiwan ada satu kandang. hidup aman damai ja. tapi jangan expect harimau ataupun gajah la wey. jenis binatang2 cumil and tak memudaratkan manusia kalau dia mengamuk muahahah.
chill, bebeh!
lepas makan nasik, makan angin pulak!
Subhanallah, cantik sangat tempat ni, angin asyik bertiup ja. kuda pun ada, tapi tak aku tak berani nak dekat2. mau dia ligan aku terjun tasik saja la. tempat2 berangin camni kalau baby mesti senang ja tidoq macam aku kecik2 dulu heheh. balik kampung ja lena kat buaian tepi bendang. angin dah umpama kipas semula jadi gittew. aku yang tua pun dok lengah2 tak mau balik.motif sangat!. seronok baring2 kat sini, rasa cam nak buat rumah ja kat tepi tasik. nak makan mengail ja. nak mandi terjun ja tasik. nak shopping? parok la wey hahaha. dah puas lepak pastu solat zohor siap2, ciao la kami ke loqstaq.
tempat ni bertuan ya, ingat semula jadi ka pondok2 semua tu terbina? haruslah bayaq duit sikit kat tuan tanah sebab kami tumpang makan kat sini. banyak ja chalet lain ada kat sini. ada jugak aktiviti2 yang boleh dibuat, mostly aktiviti berkaitan dengan tasik lah. yang aku ingat pun satu ja, kayak ka naik bot ntah. kalau ada rezeki nak mai sini lagi. tenang2kan diri dari kesibukan kota aicehh!





















































