Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Sunday, July 19, 2020

thechannahc wujud lagi???

OH MY GOD!

Wujud lagi blog aku  ni *emoji nangis gelak*

Dah 2 tahun kot aku tak bukak blog langsung. Dulu sibuk masa final year degree, lepas tu tak peduli langsung pasal blog aku ni muahahaha. Kisahnya aku dah lupa apa nama blog sendiri. Dah perah otak baru ingat LOL.

So...I'm thinking of getting my blog revamped, tapi bukan dalam masa terdekat. Yelah selari dengan kemajuan IT dan perubahan usia *insert Grandma's emoji*

Alah, syok sendiri ja. Bukan ada orang baca pun keh keh keh. Aku bukannya aktif sangat kat sosmed. Orang sekarang kan main TikTok, Insta, Snapchat wutsoevah, but blogging is kinda old school, which suits my old soul.

Kbai!

Thursday, December 7, 2017

Life Lesson

Sometimes people you hate the most are the ones who...

support you
stay with you
acknowledge your presence
cry with you
laugh with you

Just show a little appreciation, will you ?

or

will I ?

Sunday, November 12, 2017

Janji Dicapati !

I promised myself to blog frequently but nehhhhh...

Me be like:
- esok lah hapdet blog
- have nothing to rant on my blog
- ambik masa nak karang post
- sem ni jadual padat namateyyy
- been busy faking my busy-ness (ni alasan paling kuat)

Tuesday, March 29, 2016

Fuckin' busy right now *sigh*

These two weeks really pump the energy out of me. Busy dengan test, assignments & lab. Aduhhh, penat gila kot! Celik mata fikir pasal test, malam bila nak pejam mata fikir lab report pulak. Pinau mata ni baca journal sebab lecturer nak lab report ala-ala journal. Paling penat lab kimia analisis makanan la. Kena buat lab proximare analysis, dah tu pecah 6 lagi sub-experiments. Kena determine moisture content, ash content, crude fiber, crude protein, fat analysis and carbohydrate content. Group aku dapat sample kacang hijau *mak kau ijau* hahaa. OK gak dapat sampel ni sebab raw sample and banyak journals pasal kacang hijau. Yang penatnya nak menulis report tu la. Ingat nak kopi pasta? nan hadoo nak copy paste, dapat ke lecturer markah telur ayam la jawabnya huhuhu T_T 

WOIHHH!

Apa dok blogging pulak ni? Syuhh pi buat lab report la chan oi!

Tuesday, November 17, 2015

the perks of being a student

Ahoy! 

lama tak update blog. al maklumlah baru balik dari cuti mid sem *smile emoji*
tapi yang spoil semua test lepas naik cuti. wadehek. wadepak. memang hagham la aku nak study. cuti means cuti. no study2. well...tu falsafah falsampah aku la. tak dak benda menarik pun aku nak cerita. saja hapdet blog padahal tengah study analytical chem. tetiba ja mentol idea ni toinggg~  muncul muehehe.

life kat uni ermm...lain orang lain experience nya. ada yang kaki enjoy zaman belajar; yakni gi lepak dengan kawan, trip dengan member etc. ada yang enjoy 24/7 study. haku? noob macam aku ni tengah2 ajo. nak exam baru pulun study. enjoy masa duit ptptn ada baki lagi. uhuhuhu. ingat semua orang enjoy ka kat uni? yang species duit ribu riban ok lah. aku yang poket tiris ni harus la buat catuan duit. sewa rumah, makan, potostat nota, petrol etc. 

yang bergelar student ni mesti ada dark ages, yakni waktu2 dompet kau dilanda kegawatan ekonomi *yang anak cucu datuk tan sri ni terkecuali kot* aku pun termasuk jugak dalam golongan dompet dilanda kegawatan ekonomi sobs sobs. woihhh nak survive cemana duit nak abeh dah? aku tak mau mintak kat PaMa. dah besar ni rasa kemaluan pulak nak mintak. last mintak duit dulu masa final sem asasi uhuhu. sejak masuk degree aku try manage duit elok2. sem ni ja aku jadi fakir miskin hukhuk. 

aku syak 3rd year aku mohon serumpun. dengan yuran mahal, fasilities hampeh *internet esp*, bilik sempit, ayaq kadang2 ada tak dak. sabaq!!!! dugaan belajar kerempuh jua demi segulung ijazah yang belum tentu buleh bagi aku makan, beli rumah, beli kereta. 

P/s: baru dapat tau bajet 2015 untuk peruntukan yupiyem kena potong 35.36%. patut la asyik duit yillek ja upm ni kuikuikui. dah la miskin parking, miskin kewangan jugak yupiyem thor-cinta ni mueheheh

Friday, June 5, 2015

celebrating belated birthday girl ahaks

Aloha!

Hari ahad harituuuu, aku dengan tikah plan nak celebrate besday atin. Ohmaii...aku tak ingat besday si atin ni bila. Tikah cakap dah lepas huhuu. selalunya tengok kat fb birthday reminder saja. dasar kawan jilakee kan aku ni? camna buleh lupa besday BFF geng gusti lengan dalam surau. hai laa...tikah ajak gi makan2 kat resepi rahsia kat mid valley. yeahh mid valley la tempat paling happening kalau nak lepak. hehehe

Kitorang mana ada duit mehh nak celebrate besar-besaran. aku belikan topi besday sajo, makan pun sendiri bayar ahahah. hidup atas dasar ptptipu eh ptptn saja. kami takat makan kek resepi rahsia sorang satu slice *tu pun tak habis muakkk* pastu jenjalan, main game, lepak surau, makan pretzel, pastu makan kepsi. berapa banyak makan daaaa.




sesi beramas mesra kat baskin robbins sambil tunggu besday girl sampai


Masa kami tengah gosip2 pasal merbokians mana yang dah clash, mana yang still kapel, sapa dah fly obersi, mengenang kisah lalu kat merbok bla bla...biasa la girls' meeting memang tiada berpisah dengan gosip heheh. aku perasan manager dia dok toleh2 kat kami. ya laa kami ja manusia aneh bertopi kon kat situ. aku cerita la kat depa. mengeji manager tu kot2 la nak bagi kek resepi rahsia free ka, dakpun makan free kat situ sebab aku teringin sangat crispy chicken resepi rahsia tapi mahal nauuu ongkosnya. aku jeling2 ajo manager tu pastu dia pun berlalu sambil acah2 tall dark & handsome  *tak hensem pun!* fail marketing strategy!! camni kau pikat hati pelanggan? tambah pulak yang celebrate besday lols. tacing sekejap nyah *flips hair




tergelak kami time tu sebab masa staff resepi rahsia nak snap tetiba topi tikah jatuh...then topi aku pulak hadoyaii. sorry la rakyat jelata yang lain, kecoh kedai tu dengan kami 3 orang 



OMG! i kenot stop fefeeling pwetty 


like,seriously~~


geng otot ahahah



main game tanpa menyedari batas2 umur lolz


nak jugakkkk topi ittew!



camwhore sangat


why why besday girl is makin pwetty ah? makin qu puteh, qu puteh ja skang ni. nyah kat belakang muka gelap cam serbuk kopi dalam kek tiramisu yang nyah makan kat resepi rahsia.

This is what we call friendship goals. even dah habes sekolah pun we still keep in touch. korek2 masa yang ada untuk berjumpa. oh my girlfriends!! miss you guys, being with you means i could be myself instead of putting a mask on my face. this is the only privilege that my merbokians friends will always get hehehe. hidup bawah satu bumbung selama 5 tahun, jauh dari parents and all we have is our friends who supported back in those days and now kita dah doploh tahun tapi perangai hai laa...nyah terbawak-bawak perangai gila-gila kat maktab kalau jumpa member-member kamceng.




Saturday, May 23, 2015

Nak avoid ke adapt?

Phew! These last few weeks before the end of this semester, is a DISASTER!!! Maigadd, banyak gila assignments, project paper nak kena tulis, presentation, lab reports etc etc etc. Gittew lah adat seorang student kat Malaysia hello, dak-dak Mesia kat oversea nun study gak, tapi pesal ah insta fb semua asyik gi jenjalan? jelesnya tuh di sini *tepuk dada*

Pastinya stress akan datang tak dijemput, pergi pulak dihalau ke tak tetap tak mau nyah. bila stress tu mula la nak melantak nasik seguni beras, tidur lak pejam mata pukul 3 pagi celik pulak time subuh, pastu lelap balik and sedar2 pukul 3 petang. tambahhhhh lagi stress bila fikir kerja tak siap. jadah ape la asyik tido aje. so nak buat apa? nak buat kerja tapi takde inspirasi *hatta wallpaper henfon kau tu gambo bf/gf sekalipun* bila tak ada semangat mula la menggagau cari bantal. pastu terukir di bantal peta dunia...Zzz

tak boleh gitu, rakan2 seluruh universiti satu malaysia ni oi. kalau kerja banyak tak setel, pi la buat kerja tu. tarik kerusi, on lappy, bukak buku. ada idea, tak ada idea, tu tolak tepi. bila kau dah actually sit down, slow2 idea akan datang. otak tu jangan set negatif ajoo. agak2 dah electronegative sangat otak tu, at least tekadkan dalam hati tu 


"Ah, aku kena siapkan jugak assignments."
"If not now, when?" 

Ni la yang dikata: nak avoid ke adapt? Kalau avoid, sampai kiamat kerja tu tak siap. sudahnya stress pun bertambah botingkek-tingkek heheh. kalau adapt dengan stress, lama-lama kau akan anggap stress tu, alaaa kicik punya hal lah! face-to-face dengan assignments, acah-acah bertinju gitu. 

*flips shawl

Aku pun nak menyambung transribe video presentation aku huhuu. mau koyak telinga pecah gegendang bukak speaker kuat2, pastu nyumbat ear phone lak. huh, apa sajalah! janji semua siap, esok aku nak berjimba dengan hati yang tenang yeahhh!

Sunday, March 22, 2015

i like your face, do you like my song?


Aku ada impian nak travel satu dunia. K satu dunia tu cam tipu sangat, ingat aku anak pak menteri ke? Takat anak jokey boleh la *abahku orang kuat geng retro bike* So lepas baca kat blog2 kaki travel, omg semangat nak travel tu makin tebal :D Rasa macam nak pi SEKARANG! jugak. So aku berazam nak himpun duit nak pi travel ihikss. Masa muda2 la nak pi jenjalan merata, takkan nak berlaki beranak baru nak terhegeh hegeh pi travel. 

Aku ada plan dengan kawan aku nak pi koh lipe//krabi ehehehe. Plan nak pi masa cuti semester tak-tau-lagi-sem-berapa-tengok-duit-ada-ka-dak ;) Tapi kalau ikutkan aku nak pi koh lipe sebab dekat ja dengan mesia ni haa. Jarak langkawi nak pi koh lipe pun 40km ja, lagipun banyak halal food kat sana. ahahaha kemain semangat kawan aku ni, siap nak ajak crush aku lagi mentang2 dulu uols satu homeroom. Kalau mr.crush ikut, apa pulak kata crush2 aku yang lain *flips shawl* kekeke dasar pompuan hati talam multi-muka ! Crush ja kot, entah depa tu bukan sedar pun kewujudan aku ni haa *sobs


Image result for koh lipe
Cantik kan Koh Lipe?
Credit to photo owner :)

So target first aku nak pi ialah MELAKA ! Pernah pi sekali ja masa bebudak dulu, terus jatuh cinta dengan bandar bersejarah tu. Dulu pi dengan family, tak berani la nak menyuarakan hasrat terpendam kat hati nak pi sana nak pi sini. Kalau pi sendiri, sukati aku la nak jalan pi mana yayy!! Since bulan depan ada projek kat sana, alang-alang tu boleh la tidur sana satu malam. 

P/s: Tajuk selalu tak kena dengan entry. Blah! .
.
.

Hey! Pesal aku bukak blog pulak? Baru bukak lecture notes satu muka surat dah bosan, terus bukak blog pfft! Kbai, nak study. Ada test huwaaaaa *meraung tak cukup kotak suara*


Monday, September 15, 2014

what's not to love

sometimes i asked myself: do i deserve what i have,now ?

funny,though.

aku rasa macam impossible untuk belajar kat sini. kat upm. 4 years. sounds like torturous. idk why i feel that way. it just...i missed home badly. everything here is city-ish. the food esp. ain't nobody here sells kuih tradisional? ohmagadd, i'm craving for roti canai, nasik lemak muncung, donat cekelat, roti john pasar malam,karipap,kuih cara. of all thing,i missed my mom's supah-dupah delicious cooking. yahh, air tangan ibu is the best food in the world. nothing in comparison. 

am i homesick? maybe. 4 years i'll stuck here, i might be skinny because none of the food here satisfies my lust for food well,except for benjo kat kiosk tu. bukan memilih,tapiiiiiii food here is kinda expensive for student. 

oh,i feel like pariahs. i don't know how i will turn out after 4 years spending my life here. sometimes i regretted for choosing upm. sometimes i thought 'hey, i'm not the only one who's far away from home'. i don't even know what i want to be after i'm graduated. food technologist? nayyy, i hate stuck in labs, wearing lab coat, peering through the microscope and whatnot. i want to travel, see another part of the world, the culture, the people, the nature. 

what would happened if i didn't enroll to mrsm? spm might be my last education level. then i got a job. operator kilang atau cashier kat jimat ja. pastu ada pakwe,bercinta lepas tu kawin. bila dah ada anak mungkin aku akan menyesal dan bebal sebab tak further study. 

ada masa aku rasa macam aku ni tak guna. sort of leftovers of the community. aku tak tahu apa yang aku boleh sumbang kepada dunia. ada jugak masa yang aku rasa down sangat sampai hati ni rasa dah macam koyak. perasaan tu aku pendam sebab tak mahu orang tahu betapa susahnya hati aku. aku tak datang dari keluarga kaya. aku hanya budak kampung yang tak tahu apa-apa,ikut ja apa orang suruh. orang suruh masuk mrsm,aku ikut ja padahal aku pun tak tahu amenda tu mrsm,tak tahu pun mrsm tu wujud. aku rasa terbeban sebab menanggung harapan orang lain nak tengok aku berjaya. semua orang bagi harapan kat aku,kalau aku berjaya aku buleh tolong orang lain. apa yang aku capai sekarang ni pun hasil orang tolong aku untuk sampai ke tahap ni. 

hek eleh. masuk u ja pun. hal kecik.

some people think like that. hal kecik bagi orang lain, tapi hal besar bagi aku. aku tak tahu dan takut nak fikir whether aku akan berjaya atau fail kat sini. kalau aku berjaya,means aku dah lalui 4 hellish years to succeed. tapi kalau aku fail, banyak hati yang terluka.

bukan senang kalau atas bahu dah tertanggung beban dan harapan yang bukan kau mintak sebab kau sendiri pun tak yakin dengan diri sendiri.

Wednesday, September 10, 2014

Minggu perkasa putra 2014

Salam alayk :)

Skang ni aku dah jadi warga upm,course food tech gittew. Bila masuk u ka sekolah ka,wajib lah mesti lah ada orientasi yang boring regging dera seksa jiwa raga  ohsem gempak. kat upm kita panggil minggu perkasa putra. sumpah,memang best kot! aku dok kolej tun perak. kolej untuk stok-stok suksis, dak2 polis gittew

1/9/2014

di hari kejadian haruslah pergi mendaftar kat kolej tun perak. macam aku kolej tun perak kereta kena parking kat padang kawad,pastu angkutlah segala khazanah pusaka ke dalam bas. dah sampai kolej fasi bagi no. giliran *ingat pegi klinik ja ka ada no giliran* untuk mendaftar. daftar bawakkk semua borang,x-ray,gambar passport biar banyak sikit. nak lekat kat macam2 borang kot ada officer bertugas berkenan nak buat menantu bila tengok gambar kau. duhh,aku dah la lupa nak amik cop saksi untuk surat akuan bebas dadah tu. wadehek betol,dah otw pi selangor baru perasan. macam2 problem ic lah bank lah sampai lupa nak setel cop saksi. tapiiii ada orang kat sini akan copkan kalau tak setel lagi. fuhh lega,kalau tak berlori lah bebelan omma =P 

yayyy!

dapat bilik ground floor. lega lega. sini mana ada lif woi,kolej lama. aku kat palam bilik 1st floor pun naik lif punya lah ngengada haihhh. itulah dok palam mewah nak mamp*s kolej pun macam apartment,rasa macam rumah aku sendiri pulak muahaha. mak abah balik hotel kemaskan bebarang aku kat hotel. tinggal la aku dengan aina ja,dah masuk bilik............

aselehe ahh lehee
.
.
.
.
.
.
.
.


ada katil je. rupanya depa nak tukar loker dengan meja study baru.whoopiee! jadi orang pertama nak rasmi guna perabot baru. bangga 24 saat.sapa yang duduk blok lekir bilik 014 tengoklah nanti aku tulis 'i was here' muahahaha. Lepas dah kemas, family dah nak balik. rasa sedih jugak *apa ko ingat aku hati simen?* tapi aku ja tahan air mata,malu ahh nampak cengeng padahal dah dok asrama lagi lama dari dok rumah. malam2 bila orang dah tidur,baru nak tangkap leleh homesick. rasanya bukan aku sorang ja yang buat macam. mungkin jiran sebelah atau kat atas pun nangis malam2 sebab takde orang boleh dengar atau tengok *evil laugh*

sepanjang orientasi ni tak la teruk sangat. ekcelli bebanyak orientasi sepanjang hidup aku *aicehh* aku rasa orientasi kat KTP la paling relax. semuanya teratur, tak dak la sampai berebut toilet, bertolak-tolak time makan. tak kena bangun awal sangat. walaupun kena pegi subuh jemaah pukul 6,aku baru nak bangun time tu. nampak tak nawaitu aku?.keja nak ponteng surau ja. magrib pun ponteng gak. kita solat-dalam-bilik konsepnya haaaa.tapi kolej lain aku tak tau lah. mungkin ada yang strict atau baik macam kat KTP ni.






Time ni kami main game kena kumpul sign fasi2, tapi tera nak dapat sign memacam kami kena buat. nyanyi lagu kolej which iols forget, main telefon buruk which iols suck, sesi Q&A dengan fasi2 which iols taktau jawapannya. yang bestnya, task kami yang utama selfie!! ekceli ada banyak gambaq selfie tapi sebab gambar aku nampak hudoh aku pilih gambaq yang muka aku nampak elok ja. dafuq? hahaha tak kesah,blog aku kot

Kami banyak dok dewan besar waktu siang,dengar taklimat pasal akademik lah,AUKU lah,ko-ku lah,keusahawanan lah and etc. y'know,things freshie needs to know. malam kat kolej. yang bestnya dapat lawan cheers la.kolej mana gi paling haru-biru hingar kalau bukan k10,kolej laki dak2 engine. 


oh k10 kuuuu.perjuangan..perjuangan.. =P


awal2 dak KTP cam lemau sikit,masuk angin kot sebab upm ni petang2 berangin jugak. cheers lembik tak mengancam.sudahnya kena marah dengan fasi. tapi lepas tu kami usaha bagi cheers yang terbaik.haaa,siap sepakat-bawak-berkat lagi dengan KOSASS,kolej dak2 palapes, menganjing k10. 

hari sabtu ada pertandingan cheers antara kolej kat bukit ekspo. panas beb panas. muka aku dah hitam,ada dua layer lagi huhu :(  setiap kolej ada 2 minit nak cheers. lepas dah give-it-all-out cheers,kami pakat berterabur join kelab nu ni nu ni,sudahnya aku masuk kelab tunggang kuda dengan mendaki. ahem ahem. dengan harapan ada senior hensem2 *pasang niat cari calon husbeng crush

time nak umum cheers semua berdebar lah. dak2 k10 dah berlungguk depan stage,kami pulak KTP kepung depa.hahahaha! tahun lepas k10 penah kepung ktp,ini tahun kita revenge! 

3rd place-- tak ingat
2nd place--kosass
1st place--KTP!!!!


KTP & Kosass


semua nak naik pentas yang secoet tu

kau bayangkan betapa happy nya kami dan betapa masamnya k10 tak sangka kot kami menang.fasi yang tengah makan pun tinggalkan nasi,yang makan epal terus lempar belakang. alhamdulillah. KTPians semua joget lambak termasuklah aku sebab bangga kot KTP menang. pastu reramai naik pentas,bersorak amik gambar. then  k10 kepung kosass, kami KTP terus turun pentas kepung k10 balik. best kot dapat hentam k10. hahaha,pastu semua pakat kena bersurai dari usaha kepung-mengepung takut ada yang gaduh. 

hari ahad, hari last minggu perkasa putra. malam tu kami ada majlis dengan MTM kolej. y'know,kenal2 dengan diorang yang ekcelli fasi2 kami . Dah habis ada sesi maaf-maafan walaupun syawal dah lama angkat kaki dengan scha . 


mintak ampun cepat,dosa berbakul hangpa buat XD


so that's all. orientasi tak strict pun kalau korang dengar arahan fasi. dah nama pun dasilitator,pemudah cara. fasi2 ni lah nak memudahkan urusan korang sepanjang MPP ni takkan sepanjang hayat kot? nanti nak kena suntikan ATT lah,sapa takde duit diorang sneak korang dari dewan pegi atm lah. haaa kan baik kan fasi2 KTP? jadi moh la masuk KTP dengan cara masuk suksis kalau korang dari kolej lain. aku dah memang dapat KTP. tinggal nak berbunuhan second year nanti nak stay kolej.

adiosss


Wednesday, May 14, 2014

End end end

i can be anything i want.

i can be an actress.
i can be a fashion designer.
i can be a successful entrepreneur. 
i can be a traveller.
i can be a forest ranger.
i can be a photographer.
i can be an engineer.

but in the end i only can be myself.
plain.
pessimist.





Buah hati pengarang jantung

Oh hai! 

Aku ingat nak apply UPSI untuk degree nanti sebab-sebabnya:

1-crush aku ada kat sana
2-dia sangat sangat sangat sangat hensem.ada lesung pipit lagi.
3-dia budak master

Reason ketiga aku rasa give up.Master tuuu.tahun depan dia nak buat PhD.aku apa ada? 

Kau dah kenapa chan sampaikan dia punya pasal sanggup nak further study kat upsi? 

Wednesday, April 9, 2014

2-hour-being-a-teacher experience

                                         Assalamualaikum!

Adoyai...kemarin aku kena jadi cikgu ganti kat tadika pasti. cikgu tu tak leh mai,tak pepasal aku pulak kena ganti mentang-mentang aku dah cuti.lol. sumpah nervous kot tahap nak terjun sungai sebab aku memang zero knowledge pasal jadi cikgu. since mak aku pun ada experience jadi cikgu ganti (kikiki :3) mak aku la habaq camna nak handle bebudak. hek eleh,2 jam ja pun,apa yang susah sangat beb ?


yang kanan tu aisyah,budak paling pandai....dan lawa


yaa,aku memang suka budak aisyah ni..comey ja


waktu rehat orang makan,depa ni main.


praktis nasyid.lol

hey,being a teacher is not that bad,but i need to overcome my fear.wakaka. gabra beb nak ngajor anak orang. tambah pulak budak 6 tahun dengan 5 tahun campur sekali,memang susah nak handle woo. satgi sorang nak berak nak kencing,satgi yang buas kacau budak lain,satgi ada yang duduk atas meja. tapi syok tengok keletah budak-budak ni. kalau cikgu depa tak leh mengajar aku sedia berkhidmat sebab dapat upah,yayy!!


Friday, April 4, 2014

2/6/13-4/4/14 Life as asasi uitm's student

                                          Assalamualaikum!

Oh,hey. Hari ni last day final exam, lepas tu aku merdeka. oh,God! i can't remember how it feels to be home again. this feeling is indescribable. rasanya kalau lompat seratuslapanploh kali pun tak cukup nak cakap beeeeetapaaaaa eksaitednya aku nak tinggalkan palam ni. 

so goodbye,

tangga palam tahap letih sampai buleh membawak maut
pakcik bas Laju KL yang peramah belaka tahap cilaka
crush aku (?)
classmates paling aku rapat siti dengan halida.
housemates yang bijok-bijok belake
lecturer yang kacak bergaya lawa sentiasa
abang yang aku selalu beli teh tarik
cicak yang selalu berak kat bilik aku
abang bege yang tak pernah bagi diskaun kat regular customer macam aku
seat basikal kelab basikal palam yang mendajalkan ponggong
cool blog yang jauh menahala kat angsana
kakak ismart yang bapak berlagak tahap *%#*@%!
roti coney dog kat daniel's
main uno time board game meeting
lecture petang,physics yang mengantuk tahap bangun-tidoq-kelas-dah-habes
tutor biology yang apak garang tapi baik sebenarnya
exam 3 jam kasi kematu otak dengan bontot dalam exam hall 

It's once-in-a-lifetime experience,belajar asasi ni sekali seumur hidup ja,lepas ni dah degree. tsk tsk. masih tak mampu terima hakikat aku dah dewasa. paling bangganya bila budak asasi uitm habis paling awal dari budak asper dengan matriks. even though asasi ni tough,but hey when things get tough,the tough gets going,isn't it? my lecturer pernah cakap, hanya bebudak yang hebat dan mampu endure asasi yang tough ja dipilih untuk masuk asasi palam. heyy, bangga tau masuk asasi palam ni walaupun tak sehebat pasum yelaaa,dah pasum tu research university memang hebat la kalau dapat masuk pasum

P/s: don't be so hard with your life. face it or suffer it.














Friday, March 28, 2014

Normality becomes insanity

sometimes i wish i could give up on my life. my life is monochromatic,just black and white. no addition of new,fresh color,just a slight grey here and there. bumpy road of life. sharp thorns poking on my feet. the heat scorches me. the rain wash me away...away from being sane.

when i cried,nobody here to persuade me. to whisper "it's gonna be OK". am i that ignorant or people isolated me because of my bizarre habit? i can't be like a normal person.i am who i am.not a copycat,backstabber or perfection-seeker.is there any place in this damned world that i can fit in?

i take my life for granted. good chances are displayed in front of me and i simply ignore it. i want to enjoy my life,slowly and cherish the moments. i hate it when people put burden on my shoulders. it's hard when people expect me to accomplish something that beyond my abilities. i have own life to live,but it feels like i've been cursed  bound to do what people forced me to do. and the choice to say "NO" wasn't on my side.

a lot of thing happened to me and out of nowhere,people asked how i'm handling my problems. they thought i'm superb without knowing that i sobbed alone. and here,while i'm typing this entry,my tears sprang.although i look like a tough nut,but inside i'm just drowning,feeling weak. unable to lead my life perfectly.i'm breakable,though.i could shattered just in one blow.

why do i have to feel like this? it's painful,as hell. 



Sunday, February 9, 2014

Viva pretzel

Aslam,syafiq,lala and I nak pegi rumah Milla nak bid farewell kat dia nak further study akt Aussie,nak hantar kat airport next week tak sempat,so pegi hari ni ler.Tengah2 dok borak,tetiba keta melelong. that feelinggggg...........

     aslam dengan syafiq kalut control stereng.
     lala pulak dah melolong "aslammmm!!!" dalam kereta.
     aku? heck. aku terkejut sampai terbisu. seb baik tak terberak. 

Sikit lagi ja nak langgar besi pergh! dalam pala otak ni dok bayang dah macam-macam,selalu sangat tengok eksiden-eksiden ni,mana la tak terpikior cenggitu.. tssk.nauzubillah! naik viva,tau-tau ja la kereta Mesia ni cap koman. mana la tak terbayang cenggitu. kuang asam car renter bagi keta tayar botak,angin tak dak :(

Mujurlah ada peronda,lepas dia tolong,kami pun teruskan perjalanan.gila nak patah balik? mau meroyan aku kat situ patplohpat hari. pakat tong-tong bayar tol. haha. sharing is annoying caring. nasib baik tak sesat,highway panjang nauu. harapkan aku yang penah pegi rumah milla pun still lupa jalan lagi.

     Jom layan gambar boh. stop the bebelism,k?



Krikk...krikk ?


le roommates back in maktab
muka aku kenapa bercahaya? sinar iman lah katakan.wkwkwk




chicken dance,everyone ?




Itu diaa...drebar terbabas kita


Sungguh jahat, 6 pinggan depan aku
*if u know what i mean*


fish eye sekejap


ehh,aslam blend in dengan front yard. haha


muka happy aku lepas bedal 2 bungkus nasi lemak dengan semangkuk sambal sotong.
huwaa


pasangan hot sentap kita... 


selca sebentar sambil tunggu le boys amik keta

     Then,kitorang gerak pegi SCM. yeay! makan subway,thank you syafiq for the voucher. *thank you kat aku jugak yang bayar 2 hengget untuk parking yang tak lama mana pun* .sigh


Baucer untuk setahun. yippee!!!

    Setiap bulan pegi scm la camni, bedal subway. mihmihmih. sungguh havoc dalam kereta dengan 4 orang makhluk ni. i'm so blessed for having you guys as my friends and the best thing is, we're merbokians and still united. 

Dadaaa!


.   

Thursday, November 28, 2013

Cuti sem,saat yang ditunggu-tunggu

Cuti sem!
Precious time untuk bebudak yang still belajar + yang dok jejauh dari famili + yang masih dok bawah ketiak mak.hewhewhew
So,apa aku buat cuti-cuti malaysia ni?
Nahh,1 bulan 2 minggu cuti yang terasa bagai sesaat saja *tipu2*
Apa ya aktiviti aku?

1.main dengan kucing

ya,memandangkan kucing lama aku dah mengadap Ilahi *sobs sobs* anak dia pan dgn pin dah buang kat market *kes kencing berak rata2 macam mak dia*,mak aku cari kucing baru sebab takdan kawan kat rumah bila mak bapak gi kerja.nama dia tom and dia ni jantan.still a baby.

jaga dia ni macam jaga baby.mandi,tempat tidur,pasir sekotak habuan nak berak.kopok2 cam ayam nanti dia cirit,mau yang branded ja *ciss,demand kau ya?* tapi aku prefer smartheart jelly sebab bau dia tersangat sedap!rasa nak makan ja.tapi dia kasi warning "tidak sesuai utk manusia"

iyee,aku suka rasa kopok kucing smartheart,rasa pun not bad.aneh2..

2.baca novel,buku,komik bebanyak

lawak kampus,the hunger games trilogy,a street cat named bob.
entah berapa ratus kali baca pun tak hengat,tapi bagus kan baca bebanyak kali ?
al-quran tak lupa aihh,baca jugakk nah.

3.adik graduate

tadika skang dah ada graduation bagai.haha.adik aku dah 6 tahun,besar dah.dolu kicik2 masa baby lepas mandi ja keja nak pancut air kencing lepas mandi.part bestnya ada makan2 and makanan dia kasi perut kenyang sampai malam *ni auta,lepas 3 jam perut krohh krohh*

4.balik kampung

yeay!balik 3 hari ja,muet punya pasal.rindu kedah!pekena roti doll memey masyuk ahh.aku keja snap2 gambaq dengan adeq ja.lari sampai tengah sawah,pastu selca plak.mesti pokcik yang dok membaja padi pelik tgk kami.

5.prepare muet.

kejadah!ni yang malas ni,cuti kena study untuk muet lak.pfft!

hargailah cuti sem anda dengan bende2 yang ada pekdah yee.....