Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Monday, June 1, 2015

Trip Melaka Part 2

[sambungan dari part 1]


Dah siap kerja kami pi pusing2 bandar la, tunggu bapak lagi heheh. aku pasang niat nak mai lagi melaka sebab tak puas dowh ronda! jonker street tak pi. pastu bila lalu kat kedai2 cinonet alahai...memacam ada jual. mata ni rambang tahap mambang! Kami banyak amik gambaq ja la kat area2 a famosa sebab tengah hari nak naik bas dah. tiket aku pukul 2, tiket sam pukul 1.30. so tak leh nak jenjalan jauh2 sangat la sobs. 



depan kapal kayu samudera. dalam ni ada muzium uolss




masa kitorang nak ambik gambar, ada sorang tourist tu nak tolong amikkan. tetiba kena sebu lak dengan tourists yang lain lols. aku terasa hot sentap di situ hehee. orang china kot, dengar bahasa diorang cakap la. nak speaking pun diorang cam tak reti. takat cakap thank you saja la. 



Oh ya, lepas tu kitorang pi medan samudera. depan kapal kayu yang besar gedabak tu. lintas jalan sajoo dah sampey. sini macam2 souvenirs ada jual. baju, keychain, mainan etc. murah2 pulak tu.aku beli keychain melaka 6 rm10, padahal kat sini boleh dapat lagi murah tsk tsk.nyesal tak beli kat sini. atas tu tak silap aku ada food court sebab pernah makan situ masa mai melaka zaman aku mumaiyiz lagi ahakss.







Motif gambar sendiri paling besar???


Acah2 layan perasaan


3 dara pingitan hiks



jemput naik bang. free of gst, bang


kami bertolak nak pi melaka sentral nak dekat pukul 1. aku, lina, tirah naik dengan BF lina. yang lain naik dengan adik si BF kami ok la jumpa jalan sampai melaka sentral dah, si adik tu sesat lak aiyaa. dah la si sam naik dengan si adik tu. dah la bas sam pukul 1.30. kami yang sampai dulu masa tu dah kul 1.30 lebih, tanya kaunter cakap bas dah jalan. alormak! dah la sam nak balik kedah. akak tu cakap kenapa tak call depa, no. fon ada kat tiket tu. oh! rasa cam nak hantuk kepala kat dinding ja. sudahnya depa call bas and nak ligan bas sam. aku ikut la depa sampai keta sebab nak amik beg aku dengan beg si tirah. tapi tak dan, so sam amik bas dari alor gajah pi tbs, dari tbs pi kulim.

aku? cangok la tunggu bas aku pukul 2 dengan put. si tirah dengan tirah ajis pun cangok la tunggu bas. sorang nak balik shah alam, sorang nak balik n9. nasib baik dah beli tiket pi tbs siap2 sebab hari sabtu tu tiket pi tbs banyak sold out. naik bas apa lagi, layan lentok ah, tapi aku payah nak tidoq siang kecuali letih yang amat. aku dok aisle seat, tengok saja la pemandangan jalan highway yang boring tu. huwahhh

sampai tbs berpisah la aku dengan put sebab dia nak balik upm, aku lak naik gi klia2. tiket aku flight aku pagi ahad so banyak masa la relax2 duluan. pi semayang asar, cas fon penuh penuh pastu naik erl gi klia.

ni first time ah aku pi negeri lain without my parents hiks. alah melaka ja kot. bukannya libur sangat, pi pun atas nama ASSIGNMENT hubungan etnik luls. aku enjoy la time tu walaupun sat saja, dapat rapat2 dengan coursemates berlagak dengan orang lain cakap aku gi berjimba, berangan nak travel negeri mana pulak


p/s: jadi student ni bukannya 24/7 study, bukan 24/7 jimba. harus ada balance antara kedua-duanya...araso?? hiks

kbai!

Trip Melaka Part 1

Holla. 

Masa cuti midsem haritu, aku dengan coursemates pi melaka nak buat assignment pasal kaum chetti. Kami bertolak hari jumaat pukul tiga dari tbs ke melaka sentral. ohh sedap boh lena dalam bas, dengan hujan2 pulak



TBS to Melaka Sentral hoyeahh

Sampai melaka sentral terus gi solat pastu tunggu kereta sewa. sambil tu beli tiket nak balik kl siap2. ada yang straight balik rumah. aku beli tiket dengan put balik tbs sebab nak balik naik flight kat klia2. duhh! ada problem lak dengan keta sewa. kami nak sewa keta lain, tapi tak ada pulak. pastu dia nak bagi exora kot tak silap sebab kami ramai. dah la mahal pulak tu.aku cuak dah, bajet aku mai melaka ni bawah seratus ja. sudahnya kami 'sewa' kereta myvi dengan viva boyfren si lina heheh *ada advantage di situ kalau ada bf* fuhh lega tong2 sorang bayar 21 + 4 untuk sewa kereta + duit minyak.

Then pi cari hotel yang tirah book, hotel ninety six. memang puas hati la hotel tu, dok satu bilik ada dua katil bujang, satu katil queen, selimut ada 4 helai ja and mostly pakat tak bawak towel. ohno! aku bab2 share towel ni pantang nauu. ada katil bujang tido 2 orang, queen 3 orang. aku? haruslah pilih katil bujang tang2 depan ekon, tido dengan si put. malam tu aku malas nak keluaq, so aku baca buku *pelajar cgpa 3.85 katakauuu* yang lain pi makan. ekcelli aku lapaq gak tapi mengenangkan diri nak mengulit dalam selimut tebal, aku puasa sikit malam tu hihihi.



7 orang dok dalam bilik ni. muat2 sajoo


Pagi tu aku bangun 6.15 *manusia terawal bangun, riak sikit* mandi siap2 *sebab tak mau guna towel bekas orang heheh* solat and tunggu yang lain siap. dah siap semua terus check out and straight pi kampung chetti. kecik ja kampung tu and senang nak cari. pintu gerbang dia ada kepala gajah and tepi jalan nak masuk kampung tu ada muzium. kami masuk muzium dulu, kena bayar 2 ringgit yo! masuk amik2 gambar, tengok peralatan kaum chetti, masuk bilik pengantin oops! heheh



Muka tak puas mengulit dalam selimut tebal depan air cond 


iyee kecik saja bah muziumnya


dik, ada abang dop?









Ada banyak peralatan untuk keraian2 kaum chetti ni. layan gambar ja lah, aku lupa setiap barang tu apa function dia.


kat bahagian dapur 


kalau meluat kat someone, lesungkan dia sampai lunyai kekeke


bahasa lucah: bilik kelamin
bahasa baik: bridal chamber


jangan cakap aku tak payung lulz


Yang lain pi interview mak cik jaga muzium tu, aku lak dok layan cucu dia. fluent betoi budak tu cakap melayu. aku yang melayu rasa thor-cabar 





Malu gua dengar dia cakap melayu gila fluent




jalan kaki masuk dalam kampung


bilik bacaan. kalau buat assignments, student boleh arr cari info dalam bilik ni. 


sesi soal jawab






Then kami jalan kaki masuk kampung chetti tengok2 rumah orang chetti macam mana. interview la sorang uncle tu, dia salah sorang pemegang amanah jaga kuil tu. pom pang pom pang dah siap interview and amik gambar semua, kami balik la. see? senang ja field work ni. sebab tu dr. Puva cakap, student ni buat keja 2 jam ja dah siap, masa yang lain gi shopping kahkahkah. aku nak shopping pun tak leh sebab nak balik rumah naik flight, beg pun bawak 2 sling bag ja. aku la manusia yang bawak beg paling kecik dalam group tu huuu. 

BF lina siap belikan kami roti dengan ayaq sebab kami tak breakfast gi *baiknya dia!* pastu bawak kami pi makan kat kedai mamak. dia belanja jugak. gentleman toi, untung kau lina. maka ada la penjimatan duit aku kat situ sebab tu duit aku guna tak sampai rm100 pun hihihi. dasar mr. crab!!

[to be continued part 2]