Showing posts with label Reality. Show all posts
Showing posts with label Reality. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

Jerebu

So.
I'm back in KL.
Where haze is driving everyone insane.

Fuh, penat pun tak hilang lagi naik bas dari penang, sampai rumah sewa terus bukak laptop. Terkejut jugak aku yang KL jerebu lagi. Sebelum aku balik cuti raya haji, elok ja cuaca. Jerebu dah makin hilang. tapi sekarang apa citaaaaa?? Aku dok rumah syok ja bukak pintu tingkap udara segar masuk. dengar ayam berkokok pepagi, kucing mengiau depan pintu nak masuk rumah, langit biru, awan gebus-gebus. Ahh indahnya duduk rumah kampung. Bila balik KL, terasa cam culture weather shock pulak. 

WHY YOU COME BACK JEREBU????

Sebab ni la i don't favor big city. Dengan pencemaran udara, asap kenderaan yang maha banyak lagikan hitam. Bukit habis kena tarah bina rumah.Terasa sesak dada tengok bangunan tinggi2. Dok rumah aku tengok pokok ja yang tinggi. Dengan kenderaan yang maha banyak. I kenot wait to graduate and pack my things and buh-bye KL !!! Rasa nak cecepat grad pastu nak dok rumah. kerja kat sana ja. Huhuu kalau dah budak kampung, memang jiwa #villagepeople lah. Mana buleh tinggal kampung lama2. Bak pepatah yang dok guna masa SPM bahasa melayu dulu, bagai sirih pulang ke gagang ahakss *flips hair* Kalau dah jiwa desa, sejauh mana pi pun mesti rindu kampung halaman jugak. sabar lah jiwa, lagi 5 sem ja nak habis. lepas tu good bye lah upm! dah lama sangat berkelana kat negeri orang ni, tiba masa aku balik negeriku yang kucinta, pulau pinang! 

Tuesday, June 9, 2015

Kasi up sikit semangat gua

Imam Syafie kata, 

kalau tak tahan tanggung lelah belajar, rasa la peritnya tanggung kebodohan. 

ouch, makan dalam kot kata-kata tu. ye ye, la ni musim final tapi kenapa aku tercongok lagi kat sini, blogwalking sana sinun. adesss. bukan malas belajar, NAK belajar! tapi dia mai lelah bila belajar semata-mata nak dapat A saja. ni lah kepincangan dalam sistem pendidikan kat mesia. apakan daya wey, dari sekolah lagi disuruh pulun score tinggi2, biar ranking sekolah up. 

aku tak kisah pointer aku bukan 3.85 4 rata, bagi aku 3 ke atas tu besar rahmat dah weh! belajar kerana Allah, nak tuntut ilmu. bukan sebab nak pulun 4 rata sajoo. erm sapa nak pulun tu pulun la 4 rata. good luck. aku bukan give up awal2, tapi bila aku nak mengorak langkah dalam dunia dewasa, aku makin sedar minat aku ke mana. 

hai laa dunia...

Monday, June 8, 2015

Final exam mode!

Yoshhhhhhhhhhhh!

Minggu depan aku dah start final exam *nails biting* will sit for 6 papers for ONE week, with 1-2 days gap only aiyayai. kejam betoi gap sikit cam jilakee. orang lain gap sampai seminggu. woii semua paper killer kot! food engine, food microb, organic chem, academic presentation, HE, management. all these subjects require high speed processing + huge GB brain to master 'em. selama ni masuk kelas aku belajar apa tsk tsk. dah nak final baru kalut dafuq betoii.

*flips all lecture notes!

Apa-apa pun, layan troll dulu...ehsan abam google














Kbai. nak melacurkan diri dengan organic chemistry huhuu 

Friday, May 1, 2015

Nikmat Tuhan yang mana kau dustakan?

Sumpah! Ni bukan entry dakwah ala-ala pencetus ummah ka apa. Nak post2 yang islamic sila ke blog lain. Just sharing my 2 cent thought based on what i've--

read
seen
experienced

Kadang-kadang dalam life ni ada satu point kita rasa down sangat, ye idok? student dengan stress belajaq, carry mark sikit or fail test, mak ayah dengan stress pasai family's financial, career, anak buat perangai la, orang bekerja pulak stress dengan gaji lambat masuk la, staff tak dak ethics, politikus opis la and the list goes on...

Sikit ja aku nak cerita, specifically pasal student *sebab iols mahasiswa student*

Student dengan stress belajaq tiada berpisah. Pernah gak aku rasa lelah sangat sampai at some point nak berenti belajaq pun ada. take random flight and go somewhere.disappear in the sea of people. tapi bila aku toleh belakang, aku sentap! kenapa nak rasa give up? bukan aku sorang ja rasa penatnya belajaq. kawan-kawan se-course, se-fakulti, se-kolej. pun rasa benda yang sama. 

pulun study test dah dekat
busy dengan field work
ligan deadline assignment(s)
baksis tak setel2 lagi
gaduh pakwe makwe
duit pt dah habeh gi joli
oh!

bila tengok wajah2 yang mengharap si homo sapiens ni berjaya dalam pelajaran
takkan nak give up kot?
yang fail degree sampai buat rayuan tukar course lain padahal umur dah buleh buat phd
takkan nak give up kot?
segala "my dreams" yang dok tulis dalam diary tu 
takkan nak give up kot?

"Letakkan diri kau kat mana yang kau nak berada in the future and one day kau akan berdiri kat situ"

*flip buku management

Sunday, November 30, 2014

Well i'm not sure

don't teach me to fix things
just let 'em broke
they'll heal all by themselves

don't try to change me 
leave me alone
i really am fine without you

don't fill my sorrow
cause happiness is universal
even gushing wind is peaceful

just let me be
who the hell are you
trying to change me
into what i'm not?

just let me be
imagine how calm my life
would be without you

just let me be
world is the best classroom
experience is the best teacher
open-minded is the best book

gosh!






Monday, September 15, 2014

what's not to love

sometimes i asked myself: do i deserve what i have,now ?

funny,though.

aku rasa macam impossible untuk belajar kat sini. kat upm. 4 years. sounds like torturous. idk why i feel that way. it just...i missed home badly. everything here is city-ish. the food esp. ain't nobody here sells kuih tradisional? ohmagadd, i'm craving for roti canai, nasik lemak muncung, donat cekelat, roti john pasar malam,karipap,kuih cara. of all thing,i missed my mom's supah-dupah delicious cooking. yahh, air tangan ibu is the best food in the world. nothing in comparison. 

am i homesick? maybe. 4 years i'll stuck here, i might be skinny because none of the food here satisfies my lust for food well,except for benjo kat kiosk tu. bukan memilih,tapiiiiiii food here is kinda expensive for student. 

oh,i feel like pariahs. i don't know how i will turn out after 4 years spending my life here. sometimes i regretted for choosing upm. sometimes i thought 'hey, i'm not the only one who's far away from home'. i don't even know what i want to be after i'm graduated. food technologist? nayyy, i hate stuck in labs, wearing lab coat, peering through the microscope and whatnot. i want to travel, see another part of the world, the culture, the people, the nature. 

what would happened if i didn't enroll to mrsm? spm might be my last education level. then i got a job. operator kilang atau cashier kat jimat ja. pastu ada pakwe,bercinta lepas tu kawin. bila dah ada anak mungkin aku akan menyesal dan bebal sebab tak further study. 

ada masa aku rasa macam aku ni tak guna. sort of leftovers of the community. aku tak tahu apa yang aku boleh sumbang kepada dunia. ada jugak masa yang aku rasa down sangat sampai hati ni rasa dah macam koyak. perasaan tu aku pendam sebab tak mahu orang tahu betapa susahnya hati aku. aku tak datang dari keluarga kaya. aku hanya budak kampung yang tak tahu apa-apa,ikut ja apa orang suruh. orang suruh masuk mrsm,aku ikut ja padahal aku pun tak tahu amenda tu mrsm,tak tahu pun mrsm tu wujud. aku rasa terbeban sebab menanggung harapan orang lain nak tengok aku berjaya. semua orang bagi harapan kat aku,kalau aku berjaya aku buleh tolong orang lain. apa yang aku capai sekarang ni pun hasil orang tolong aku untuk sampai ke tahap ni. 

hek eleh. masuk u ja pun. hal kecik.

some people think like that. hal kecik bagi orang lain, tapi hal besar bagi aku. aku tak tahu dan takut nak fikir whether aku akan berjaya atau fail kat sini. kalau aku berjaya,means aku dah lalui 4 hellish years to succeed. tapi kalau aku fail, banyak hati yang terluka.

bukan senang kalau atas bahu dah tertanggung beban dan harapan yang bukan kau mintak sebab kau sendiri pun tak yakin dengan diri sendiri.

Monday, August 25, 2014

dunia baru dunia lama dunia kelam dunia terang

tak lama lagi aku akan mulakan life aku sebagai budak universiti again. macam-macam perasaan berlaga thum! tham! thum! tham!

homesick tahap basah bantal selimut cadar
rindu kucing tahap bedal makanan kucing
teringat masakan mak sampai hilang selera makan
rindu katil empuk padahal tidur atas toto nataria je pun
susah nak adapt dengan tempat baru tahap nak terjun ke longkang

rasa tak sabar takut cuak berdebar semua ada. yeahh feeling yang sama macam nak masuk uitm puncak alam dedulu. agaknya macam mana orang yang aku akan jumpa? kat palam semua dak2 bumiputera ja. kat upm nanti melayu cina india bangla nepal myanmar international students semua adaaaa. 4 tahun kat sana. 1 tahun kat palam pung dah rasa sengsara ya rabbi. 

bila dok rumah rasa macam,

"duhh mak asyik membebel ja"
"alahaiii makan tidur makan tidur kejadah ternak lemak ja"
"boring ahh semua pi sekolah pi kerja"

bila dok u rasa macam,

"rindu nak balik rumahh tssk T.T"
"assignments kuiz lecture hahihuheho *semua wayar putus*"
"aisehh jemu ahh makanan kat kafe"

apa nak buat?
apa nak buat?
apa nak buat?

kadang-kadang aku rasa macam bengang dengan diri aku. kenapa orang lain confident gila babeng tapi aku rasa macam mengecil mengecil mengecil? kenapa orang lain semua vogue bergaya fashionista tapi aku pegi kelas pakai tracksuit pegi kedai pakai cardigan terbalik balik kampung pakai selipar jamban? kenapa aku rasa macam bosangg walaupun aku ada ramai sampai tak cukup jari tangan kaki termasuk bulu kaki nak kira betapa ramainya member aku? kenapa aku susah nak kawan rapat dengan orang yang aku tak percaya sebab aku tahu semuanya hipokrit belaka? 

kenapa rasa macam loser tahap bebal ni?


Wednesday, May 14, 2014

End end end

i can be anything i want.

i can be an actress.
i can be a fashion designer.
i can be a successful entrepreneur. 
i can be a traveller.
i can be a forest ranger.
i can be a photographer.
i can be an engineer.

but in the end i only can be myself.
plain.
pessimist.





Thursday, January 2, 2014

2014,and unofficially 9teen

Ahoy people!

Sooo,selamat tahun baru...masihi =p
And aku sekarang sembilan belas tahun,secara tak rasminya.
Birthday pun lambat lagi.haihh

Aku selalu fikir,aku dah 19,19,19 tahun.apa yang ada dah capai dalam hidup aku?Selalu aku tengok TV,umur 19 dah matured.bergaya.ada bf/gf.ada lesen.dah nikah. tapi aku?asyik berangan,main kucing,baca novel,main fb.lesen pun tarak,naik moto pun cara haram ja.
sigh 2 kali =,='

Berapa bulan lagi aku nak habis asasi,cuti jap bulan2.then HEY DEGREE!WELCOME ME.
How time flies!Ni last year aku pegang title 'budak belasan tahun'.tahun depan,dah doploh tahun.arghh!!!!tamau jadik orang besaq.nak jadi kanak-kanak ribena.

kekadang tergelak jugak fikir,eh aku dah besar ye?pagi tadi pegi tengok adik,maklumlah darjah satu dah.my friend's mom which is my ex-pendidikan agama teacher,teaches my lil bro's class.ahakz!a bit repititive,though.rasa best jugak ada cikgu yang still ingat aku :))

okayy,sakit tekak.tak mau taip banyak2.

Psst:teringat pulak kat cikgu bahasa arab yang hensem,ustaz mursyadi.dia suka kacau aku.





Sunday, August 25, 2013

Syawal-Shopping month

Ni bukanlah post pasal schawal (harap maklum awal2)

Bulan ni aku spent duit aku (duit KPT sebenarnya!) paling banyak,entah berapa ratus keluar.Scroll down...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Scroll down lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Printer Canon (rasa macam cannon ball gedebush atas kepala aku)      RM179
Baju tiga helai (tak termasuk yg dibeli bulan2 lain) Ada offer maa   RM37
Ink printer (seronok print sampai ink habis)                       RM50
Novel Unravel Me                                                           RM33.90 (!)
Majalah + Al-Quran tafsir                                                RM26     
Crap stuffs                                                                    ??????
Total semua:                                                                 RM*%#&@

Monday, August 19, 2013

Lve Me or Hte Me

My heart is broken into tiny pieces.
My soul is shattered into tiny pieces.
I am a freak.
I am a freak.
I am strong.

The emotional wave washed over me.

Drowning me deeper and deeper.
I did not resurface.
I sank to the darkest bottom of my life.
I sank to the darkest bottom of my life.
I swam back against the enormous wave that tried to push me down to the darkest bottom of my life.

The beauty of universe.

The stars glued to the dark sky.
The moon is pinned to the pitch-black sky.
The warm sunshine kissed my skin.
The soft breeze whispered to my ears. 
The rainbow coloured my day.
The rainbow coloured my day.
Then I fell into the endless darkness.



 

Tuesday, May 14, 2013

Tamatlah Zaman Persekolahan

Terasa bangga pulak bila sebut statement

"Aku dah habis sekolah"


Kembang kempis hidung aku.Ahahaha.Bangga betul aku.

Tapi yang tak bestnya masih ada lagi yang buta menilai tahap ketinggian dan kematangan

Ada yang tanya


"Sekolah mana?Umur berapa?Tingkatan berapa?"


Caittt!Kureng betol.Buta ka ??




Saturday, May 4, 2013

Being 18

"How old are you?"
"18 years old."

What un ?
No more half-price ticket.
No more more student discount.
No more school uniform.
No more school.
No more books.
Yeay!

But...
Naik bas kena bayar tiket untuk dewasa.Mahal.
Alahai!

Tengok wayang tak dak harga student.Mahal.
Alahai!

Dah tak dapat duit RM100.Tak boleh shopping.
Alahai!

Tapi...
Not until we become a university student.
We'll be student again.
We'll carry lots of 3-inch-thick books.
We'll get student card again.
We can get half-price ticket again.
We can watch movies with student price again.
Hurray!!

Saturday, April 13, 2013

Who's the unfortunate guy ?

Hahaha..Dah lama tak update entry,tak tau nak tulis pasal apa.Kena pikir banyak kali woo nak post apa kali ni.The post title "who's the unfortunate guy ?" popped up in my mind just now.Before aku lupa aku pun bukak la blog aku.Mehh....

Chingu2 aku selalu cerita,aku nak kawen dengan laki macam tu,macam nih.Bla..Bla..Bla...Untung la dah ada cowok.Macam aku heran ja

Aku bab2 kawin nih tak berapa nak ada dalam List of My Expected Life.Hehehe..
Bukan tak mau kawin,mau tapi entah la..Tak dak perasaan lorh untuk lelaki.Aku rasa selesa jadik bujang sebab rasa bebas.Cehh,baru hidup 18 tahun terasa lah sangat kebebasannyer..
Hahahahahaha.......

Aku pernah gak bayangkan kehidupan aku KALAU aku kawen.Ehem2,sakit tekak pulakk..

Tak sanggup aku nak share,biarlah aku ja yang tau.
Cinta?Huk huk huk,tersedak pulak hidung ni,masuk air banyak sangat.
Tak pernah aku jatuh cinta because I'm not interested.
Crush?Adeyy,sakit kepala la pulak.Mai panadol sebijik..
Suka kat orang tu ada la tapi tak la sampai berangan nak kawin.Sehidup semati,sekatil sebilik.Purrr...Tak sanggup den nak imagine.Biar lah crush itu crush,tak payah nak ubah kepada cinta dan seangkatan dengannya.

Thursday, April 4, 2013

Going nuts ?

Hurmm,sebenarnya aku tak tau nak tulis entry pasal apa pulak kali ni.Mati kutu pun ada jugakk.

Parlimen dah bubar.

Nanti dah nak mengundi.
Uh,apa hal pulak pasal PRU13?
Aku tak cukup umur lagi nak mengundi.

Aku still tak tau nak jadi apa bila besaq nanti.Apa aku minat pun aku tak tau because I don't see myself clearly.Apa yang aku suka?Hmm,aku suka membaca.I have lots of magazines.Rapi,Remaja,PC,iSihat,Dara,Dunia Kamera,Reader's Digest.Komik?Heh,komik aku semua yang dari Korea.Ala,komik ikhtiar hidup tu.Lawak Kampus ada jugakk.Novel?Haha,tak payah cakap,ada dalam 28 ja,Malay and English.Novel Tamil masih dalam perancangan nak beli ka dak =)..Aku tak taulah berapa banyak duit yang aku dah spent untuk beli semua2 nih.


Tapi aku cuma beli baju masa nak raya ja.I have extreme poor collection of my outfits.Tak minat seh shopping2 beli baju nih.Beli time raya ja.Sebab?MALASSSS.Kalau nak beli baju ni leceh.Susah nak carik yang betul2 padan.Ada yang extra-long sleeve la,ketat la.


Weirdo,am I ?

Tuesday, March 26, 2013

Madness Uh?

Arghh!! Arghh!! Arghh!! Mental shut down seketika.

Duh duh duh,kenapa dengan aku nih?Maybe ada wayar yang putus kot.Rasa macam nak menjerit ja.Tak tau kenapa.Aduyai,boring lah pulak cuti sekolah nih.Oh,I hate being unemployed.Tak dak ka encik boss kat luaq sana nak ambik aku jadi employee depa?Memang depa untung juta2 kot kalau ada pekerja macam aku!Perasan nak mampus.


I hate being unemployed.

I hate being jobless.
I hate being money-less.

Okayy,that's my quote for today.

Tuesday, March 12, 2013

Dewasa

After-school life,another phase in my life.

Aku dah habis sekolah,dah berumur 18 tahun *unofficially* tapi I'm still childish.Aku suka tengok kartun boboiboy,spongebob squarepants,tom & jerry dan banyakkkkkkk lagi..Heheheheh.Jiwa kartun tak dapat dipisahkan dari aku.


Okay,back to the main issue of "dewasa".Aku tengok kawan2 aku dah bergaya sekarang,tudung batu2 liplap2,baju macam2 pesyen.Tapi aku,still pakai t shirt sekolah aku dengan seluar tracksuit.Tudung pun rembat mak aku punya.Huhuhu..sedih betul nasib aku.

FYI,aku tak pernah shopping kecuali time nak beli baju raya.I think I have a half-Y chromosome in my gene.Heh.Aku benci shopping,pakai baju ala-ala girly,buat suara comey.Eww,puh-leeze lah!

Aku nih insan kerdil *memang kerdil pun,150cm ja tinggi aku*,tak lawa pun,rupa pun tak dak.Tapi muka ada la.Heheh.Aku tak reti bab2 bergaya,pakai t shirt dgn kemeja kotak2 ja.Tudung pun biasa ja,tak reti aku belit sana sini.Rasa macam nak terbelit ja urat tengkuk aku tengok orang pakai tudung macam2 style.


Apa pun aku pakai,aku tak kisah asalkan aku jadi diri aku sendiri and do anything that makes me feel comfy.Adioss,sayonara..