Monday, August 25, 2014

dunia baru dunia lama dunia kelam dunia terang

tak lama lagi aku akan mulakan life aku sebagai budak universiti again. macam-macam perasaan berlaga thum! tham! thum! tham!

homesick tahap basah bantal selimut cadar
rindu kucing tahap bedal makanan kucing
teringat masakan mak sampai hilang selera makan
rindu katil empuk padahal tidur atas toto nataria je pun
susah nak adapt dengan tempat baru tahap nak terjun ke longkang

rasa tak sabar takut cuak berdebar semua ada. yeahh feeling yang sama macam nak masuk uitm puncak alam dedulu. agaknya macam mana orang yang aku akan jumpa? kat palam semua dak2 bumiputera ja. kat upm nanti melayu cina india bangla nepal myanmar international students semua adaaaa. 4 tahun kat sana. 1 tahun kat palam pung dah rasa sengsara ya rabbi. 

bila dok rumah rasa macam,

"duhh mak asyik membebel ja"
"alahaiii makan tidur makan tidur kejadah ternak lemak ja"
"boring ahh semua pi sekolah pi kerja"

bila dok u rasa macam,

"rindu nak balik rumahh tssk T.T"
"assignments kuiz lecture hahihuheho *semua wayar putus*"
"aisehh jemu ahh makanan kat kafe"

apa nak buat?
apa nak buat?
apa nak buat?

kadang-kadang aku rasa macam bengang dengan diri aku. kenapa orang lain confident gila babeng tapi aku rasa macam mengecil mengecil mengecil? kenapa orang lain semua vogue bergaya fashionista tapi aku pegi kelas pakai tracksuit pegi kedai pakai cardigan terbalik balik kampung pakai selipar jamban? kenapa aku rasa macam bosangg walaupun aku ada ramai sampai tak cukup jari tangan kaki termasuk bulu kaki nak kira betapa ramainya member aku? kenapa aku susah nak kawan rapat dengan orang yang aku tak percaya sebab aku tahu semuanya hipokrit belaka? 

kenapa rasa macam loser tahap bebal ni?


No comments:

Post a Comment

Komen la sikit der