Akhirnya aku sampai jugak kat Selangor.Phew!Penat gila sehh.Bertolak malam,berhimpit dalam kereta rasa macam tin sardin,mengantuk tahap kuasa 3.Berenti kat R&R banyak kali.Mulut bau petai sebab tak dan nak gosok gigi.Ohh!!
Kata nak pi hari sabtu,tetiba tukar plan nak pi hari Jumaat.
Whattt?Ak blom packing.Dengan kelajuan macam superman,ak hauk sana,aku hauk sini barang2 aku sumbat dalam beg.Baju kurung plak aku terpaksa geledah almari.Seb baik ak dan basuh baju kurung hari khamis tengah2 malam,sensorang.Huhuhu.Dengan beg sebesaq buleh sumbat budak kecik,aku sumbat baju aku dan sewaktu dengannya.Stokin plak tak beli gi.Aku pi kedai dengan mak aku,beli apa2 yang patut dengan iron seketul.Iron murah dah la,yang elok mahal sangat sampai tercekik urat kentut aku ^.^
Bila dah susun beg2 dalam bonet keta,kena marah pulak dengan bapak aku.
"Apa yang banyak sangat timba ni?!"
Apa,aku bawak luggage besaq,storage box satu,beg kasut dengan makanan,3 timba.Standard la 3 timba,dok maktab dulu pun tiga timba.Bila suma dah ready,kami bertolak lepas isyak.Asal aku tak mau tidoq sampai selangor,tapi bila dah lepas terowong kat Perak tu aku dah tidoq.Puii..Pastu abah berenti kat R&R kat mana entah,ada wakaf.Aha!Memang best la tidoq kat situ.Aku,abah dengan adik aku tidoq kat wakaf.Mak aku tidoq dalam keta.Bila aku jaga ja pukul 2 pagi and semua dah ada dalam kereta.Ohhhhh!!!!Seb baik aku ngantuk masa tu,aku kontrol la sikit,konon2 tak pa benda yang jadi.Muahahahaha @.@
Then,aku sambung tidoq dalam keta,bila bangun ja dah sampai kat Selangor.Ada la sikit eksaited dalam hati,tapi ngantuk punya pasai aku buat kering ja.Duhh..Satu gi masalah.
Mana nak tidoq??
Ronda sana ronda sini.Last last pi ronda UiTM Puncak Alam.Ohoho.Dalam gila nak pi,dah la kelapa sawit keliling,macam kat Merbok,tapi Merbok tak la banyak sangat kelapa sawit macam kat sini.Yang ada pun McD.Huhu,aku bukannya penggemar McD.First time aku tengok Uitm Puncak Alam masa tu pukui 4.01 a.m.Pastu pi pekena teh O kat kedai mamak sat.Caitt,pukui 4 pagi pun kedai penuh dengan orang
Pastu,ronda carik homestay sampai subuh.Cuci muka kat Petronas sat,pastu pi masjid plak semayang kat masjid Meru.Seb baik dah kutip nombor2 talipon homestay,ada la satu homestay yang kosong kat Kapar.tu pun kena share dengan orang lain.OK la daripada kena pi hampaq toto kat masjid atau tidoq kat surau Petronas Klang.Muahahaha..
Bila dah sampai kat homestay,aku terkejut.Cantik gila homestay tu.Rumah kayu tapi sejuk.Kami dapat bilik yang agak besar la,harga RM100.Murah la jugak,kan?Bilik kami ada kipas ja.Ok la tew,sejuk oo.Homestay ni kat bukit.Cantik.Siap ada kucing gi nama Katun.Comey and dia kucing jantan.Aku ingat betina sebab tak nampak pun telur dia ;p
That's all...Aku ngantuk :P
No comments:
Post a Comment
Komen la sikit der