Showing posts with label Campus. Show all posts
Showing posts with label Campus. Show all posts

Monday, December 19, 2016

Praktikal! #1

Ahoy!

Aku sebenarnya stress gila! Sem depan dah nak praktikal, tapi tempat LI tak dapat lagi (T.T) Awal sem dulu tak sabar nak LI, kununnya nak LI kat rumah, jimat duit. Lepas LI dah masuk final year, buat PD, pastu sem depan FYP. Finally, grad dengan lapang hati. TAPIIIIIIII itu semua khayalan ajo sebab LI punya pasal ni stress hidup aku. Bersepah hantar resume, tapi yang aku dapat negative. Tak dapat respons langsung pun hado !

Kawan2 aku ramai dah dapat, mostly mintak area selangor, melaka etc. Aku? Even kilang kat penang tu bersepah tapi satu pun tak lekat lagi huhuu. Takut la weh sebab bulan 2 dah start praktikal, buatnya tak dapat tempat fail la aku !

Since kos aku ni sains & teknologi makanan, haruslah cari kilang makanan. Coordinator LI nak kilang besor, takmo yang enterprise @ kecik @ gomen (T.T) Kekdahnya buleh apply satu je, kalau tak dapat baru apply yang lain. Dr tak bagi apply bebanyak serentak, takut bila dapat banyak, kena tolak pulak. Nanti mencemar nama baik UPM gittew. 

Setakat ni harapan aku kat Rex Canning bukit minyak ataupun Soon Soon Oilmills. Sebab dua kompeni ni memang beso & konfem dah amik budak food tech buat intern. Aku baru call Rex tadi, nak tanya la pasal intern kat sana. Aku habaq la resume dah hantar lama dah, hakak tu kata nanti depa call balik. Aku harap sangat dapat jawapan yang positif ! Kalau buleh bab LI ni aku nak setel before final exam. Baru senang hati aku nak jawab paper nanti :)

Pliss DOAKAN ai dapat LI kat Rex Canning. Kilang tu memang maha jauh dari rumah. Bayangkan la aku kat kampung pelet nak pi BUKIT MINYAK nuuuu ?! Jauh kut, tapi LI punya pasal tolak tepi la jauh ka dekat. Asalkan dalam Penang eheheh. Mengenangkan ada orang yang cross negeri bila pi kerja, apalah sangat bukit minyak tu huhuu

Wednesday, December 7, 2016

Brain.is.not.functioning

Sekarang ni dah minggu 13.
Minggu hujung-hujung semester ni lah bebudak uni start mental koyak.
Pasai apa?

Presentation berderet
Assignment bertimbun
Settle lab report
Duit ptptn nak habis
Sekarang ada MAHA
Nanti ada Big Bad Wolf

Stress woih! At some point, banyak sangat kerja sampai otak aku ni dah jammed. Bukan jammed macam orang balik kerja, dah macam jammed atas highway orang nak balik cuti raya. Aku sampai lupa dah nak buat assignment mana satu. Yeah, too much to handle...

HUHUHU



Tuesday, March 29, 2016

Fuckin' busy right now *sigh*

These two weeks really pump the energy out of me. Busy dengan test, assignments & lab. Aduhhh, penat gila kot! Celik mata fikir pasal test, malam bila nak pejam mata fikir lab report pulak. Pinau mata ni baca journal sebab lecturer nak lab report ala-ala journal. Paling penat lab kimia analisis makanan la. Kena buat lab proximare analysis, dah tu pecah 6 lagi sub-experiments. Kena determine moisture content, ash content, crude fiber, crude protein, fat analysis and carbohydrate content. Group aku dapat sample kacang hijau *mak kau ijau* hahaa. OK gak dapat sampel ni sebab raw sample and banyak journals pasal kacang hijau. Yang penatnya nak menulis report tu la. Ingat nak kopi pasta? nan hadoo nak copy paste, dapat ke lecturer markah telur ayam la jawabnya huhuhu T_T 

WOIHHH!

Apa dok blogging pulak ni? Syuhh pi buat lab report la chan oi!

Friday, December 11, 2015

Blughh

Road to final
Road to home

wiwiwiwiwi

minggu depan dah minggu 14. pastu study week 2 minggu sebab paper aku start tahun depan. rasa cliche weh. azam tahun 2016 aku nanti dah jawab exam dengan jayanya hukhukhuk. 

au revoire sem 3 !

Tuesday, November 17, 2015

the perks of being a student

Ahoy! 

lama tak update blog. al maklumlah baru balik dari cuti mid sem *smile emoji*
tapi yang spoil semua test lepas naik cuti. wadehek. wadepak. memang hagham la aku nak study. cuti means cuti. no study2. well...tu falsafah falsampah aku la. tak dak benda menarik pun aku nak cerita. saja hapdet blog padahal tengah study analytical chem. tetiba ja mentol idea ni toinggg~  muncul muehehe.

life kat uni ermm...lain orang lain experience nya. ada yang kaki enjoy zaman belajar; yakni gi lepak dengan kawan, trip dengan member etc. ada yang enjoy 24/7 study. haku? noob macam aku ni tengah2 ajo. nak exam baru pulun study. enjoy masa duit ptptn ada baki lagi. uhuhuhu. ingat semua orang enjoy ka kat uni? yang species duit ribu riban ok lah. aku yang poket tiris ni harus la buat catuan duit. sewa rumah, makan, potostat nota, petrol etc. 

yang bergelar student ni mesti ada dark ages, yakni waktu2 dompet kau dilanda kegawatan ekonomi *yang anak cucu datuk tan sri ni terkecuali kot* aku pun termasuk jugak dalam golongan dompet dilanda kegawatan ekonomi sobs sobs. woihhh nak survive cemana duit nak abeh dah? aku tak mau mintak kat PaMa. dah besar ni rasa kemaluan pulak nak mintak. last mintak duit dulu masa final sem asasi uhuhu. sejak masuk degree aku try manage duit elok2. sem ni ja aku jadi fakir miskin hukhuk. 

aku syak 3rd year aku mohon serumpun. dengan yuran mahal, fasilities hampeh *internet esp*, bilik sempit, ayaq kadang2 ada tak dak. sabaq!!!! dugaan belajar kerempuh jua demi segulung ijazah yang belum tentu buleh bagi aku makan, beli rumah, beli kereta. 

P/s: baru dapat tau bajet 2015 untuk peruntukan yupiyem kena potong 35.36%. patut la asyik duit yillek ja upm ni kuikuikui. dah la miskin parking, miskin kewangan jugak yupiyem thor-cinta ni mueheheh

Friday, May 1, 2015

Nikmat Tuhan yang mana kau dustakan?

Sumpah! Ni bukan entry dakwah ala-ala pencetus ummah ka apa. Nak post2 yang islamic sila ke blog lain. Just sharing my 2 cent thought based on what i've--

read
seen
experienced

Kadang-kadang dalam life ni ada satu point kita rasa down sangat, ye idok? student dengan stress belajaq, carry mark sikit or fail test, mak ayah dengan stress pasai family's financial, career, anak buat perangai la, orang bekerja pulak stress dengan gaji lambat masuk la, staff tak dak ethics, politikus opis la and the list goes on...

Sikit ja aku nak cerita, specifically pasal student *sebab iols mahasiswa student*

Student dengan stress belajaq tiada berpisah. Pernah gak aku rasa lelah sangat sampai at some point nak berenti belajaq pun ada. take random flight and go somewhere.disappear in the sea of people. tapi bila aku toleh belakang, aku sentap! kenapa nak rasa give up? bukan aku sorang ja rasa penatnya belajaq. kawan-kawan se-course, se-fakulti, se-kolej. pun rasa benda yang sama. 

pulun study test dah dekat
busy dengan field work
ligan deadline assignment(s)
baksis tak setel2 lagi
gaduh pakwe makwe
duit pt dah habeh gi joli
oh!

bila tengok wajah2 yang mengharap si homo sapiens ni berjaya dalam pelajaran
takkan nak give up kot?
yang fail degree sampai buat rayuan tukar course lain padahal umur dah buleh buat phd
takkan nak give up kot?
segala "my dreams" yang dok tulis dalam diary tu 
takkan nak give up kot?

"Letakkan diri kau kat mana yang kau nak berada in the future and one day kau akan berdiri kat situ"

*flip buku management

Monday, April 27, 2015

Aku tak paham...

kenapa bila aku nak buat lab report, payah beno aku nak jumpa maklumat yang betul2 aku nak kena tulis. tapi seminggu lepas tu bila nak buat lab report lain aku akan jumpa maklumat tu exactly macam yang aku nak. i was like~




See? even jackie chan memahami dilema student yang satu ni. sigh 



Thursday, August 14, 2014

Ke degree ke kite? part 2



Well, semua orang pakat post course yang depa dapat. aku ponggg nak post gak,tapi kat blog dah arr. Aku dapat degree food tech? hha, aku nak environment tech tapi dah dapat food tech redha ja lah jenabss oi. tapi kenapa ramai kengkawan aku tak ramai dapat upm? kawan aku ramai genius genius tahap albert einstein, tak dak kawan ahh camni. dah la merbokians tak ramai dapat upm. ramai dapat uitm jahh. 

Kfine. 

Wednesday, March 19, 2014

Rooftop. Apakah ??

                                     Assalamualaikum!!

We're rooftop princesses.
Just let the pictures unfold the story behind 'em.layan bohh




Pepagi buta dok melangut atas bumbung. haha



Pakat pakai sweater,sejuk dengan kabus tebal ala-ala London gitu. pfftt =p





Yada yada hey heyy


Oh,bulan..enggan melayan diriku lagi.
Ehh,ada puloks seketul bulan atas kepala 


By the power of ketum, baa-zangg! muncul sebijik buah nyok

Saturday, February 15, 2014

Déboussoler

                                              Bonjour!

     Lama puloks dah tak menaip,busy kemain life as budak asasi. ihikss. bulan depan dah nak final,lepas tu dah boleh kemas barang sekali dengan lemari meja study katil palam  ?? then angkat kaki. yippee!! rasa macam cepat pulak masa berlalu sem 2. dah nak habis asasi dah. yang tak bestnya kena isi upu. huwaaa....tak tau nak pilih course apa! lots of courses keep on bouncing off in my head. aku tolak course yang ada banyak subjek kena pegang kalkulator *if ya know what i mean* as one way nak narrow kan course yang aku nak. 

engine tak nak. 
math awal-awal tolak.
fizik tak masuk dalam list terus 
jadi lecturer terus muntah kacang hijau puihh puihh. 

ape kau nak hah jenab? suruh belajar pun susah. kalau nikah pun senang  susah kalau takde ilmu. le daddy once asked me "why on earth u choose agriculture?" ni bohong,daddy don't speaking and neither iolls. haha. bajet omputih sat. i don't knowwwwww nak pilih U mana,course apa blah blah...

Dolu-dolu aku selalu berangan nak belajar rerajin,achieve perfect scores,masuk uni,grad then dapat kerja hebat. rumah besar,kereta mewah,gaji ribu riban. but when i grow up,things set in me. this is wrong,totally crap. some parents ajar anak dari kecik suruh belajar hebat-hebat nanti dah besar hidup mewah. that's why some people aku tengok dah macam zombie. chasing for infinity when harsh reality strikes in life and couldn't accept it.

kemon la,belajar handle hidup bukan hidup handle korang. pstt. 

     "Daddy, i nak kahwin boleh? calon dah ada. ihikss"

In my dream boleh la kot cakap camni,kalau mintak sungguh mau kena ketuk dengan kayu sakti cikgu zai housney.haha


Friday, September 20, 2013

Life Budak Universiti

Aku tak tau apa motif aku tulis pasal entry kali ni.Maybe sebab tension kut dah nak final minggu depan \o/

Orang selalu cakap,bila dah masuk U:
1) tak dak orang nak kesah kalau ang langgar peraturan,hang nak buat apa lantak pi lahh kat hang..tapi,masa aku on the way nak pegi kelas,aku nampak bapak polisi bantuan men-saman (?) budak2 yang naik moto.hmm.indeed,traffic rules.

2)masa kat U lahh boleh carik boyfriend dak pun bakal suami (=,=') tapi aku kat sini dok bergelumang dengan buku yang tebal2,lectures notes,quizzes,tutorial,lab reports,mastering-online assigments bagai,lepak kat setia city mall,tengok kampung girl tiap2 malam jumaat etc..

3)masa zaman sekolah,cikgu2 selalu marah students sebab tak follow rules  sekolah..Cikgu2 akan cakap macam ni

       "awak masuk U nanti takde sapa nak larang awak nak buat apa pun..."
 tapi bila dah masuk U ni,kalau tak siap assignment kena tempik dengan 
 turor,kalau fail dalam test telinga hangit kena marah (o.O),tak hantar            assignments kena potong carry marks *yang ni gerun sikit*

Mehh..Indah khabar daripada rupa ja semua ni

Wednesday, September 18, 2013

Birthday Girl

Happy birthday to you me
Haihh,hari yang setahun sekali nilah yang bikin aku tension.Hari test bio dengan chem,malam ni sure discussion lab kerepot report dan aku yang kena lukis buah pinggan pinggang

oh ya
balik umah dapat hadiah hari jadi berupa sebatang pen dari adik aku.alolo..baru 6 tahun je pun.terharu aku.sobs T.T

Aye,get a life laa...

Wednesday, June 26, 2013

3 Minggu Pertama Sebagai Student Asasi Palam

Perghh!!
Kat sini belajar memang laju gila,satu minggu satu chapter.Dahsyat kan?
Aku admit,sebagai ex-student MRSM memang agak susah aku nak adapt dengan environment study dia b'coz masa sekolah dulu,nganga mulut ja,semua cikgu suap.La ni kena pandai2 la nak belajar.Lecturer pun cakap macam tu gak..LOL *_______*

3 minggu pertama kat sini aku dah okay la nak adapt kat sini..ToT 

Memula tu susah gak nak adapt sebab ya la,tak kenal classmates gi.Macam2 pe'el ada ehh,ada yang mulut 24/7 bising,ada yang diam serupa mulut kena gam,ada yang macam biskut,sat ada sat tak dak *aku lettew*..Kelas aku,C10 ada 35 orang.Aku pun musykil gak,tak dak ka sapa nak keluaq pi tempat lain??Hehehe...Kalau nak cakap utara tu memang senipis bulu hidung la peluang nak cakap utara.Seksa betoi lidah aku nak cakap Kay-Ell.Muahaha +.+

Aku pun dah buleh terima dengan redha tangga maut tu.Hmm  =________=

Sabor jelah nak mencekik kat rafflesia pun pikior banyak kali,tambah2 lauk ikan.
La ni aku dah jadik pengguna setia bas rapid,siap buleh hafal gi nama drebar bas tu.Bas yang selalu aku naik bas pak cik kadapi *ganteng orangnya*
Musim jerebu ni pak cik pun pakai face mask ka?Hahahaha...Bila pak cik nak bagi saya naik bas free?
Pasar malam kat puncak alam memang best la *sebab banyak tudung murah2* dok nampak dahh duit elaun nak habeh kat mana.



Saturday, June 22, 2013

Deeply-rooted Awkwardness

Dah lama tak update blog,busy gila sehh.Baru dua minggu belajar rasa macam dua bulan,,hewhewhew....

Awkward?Sejak masuk uitm puncak alam nih,aku bertukar  seratuih lapan ploh darjah.Kalau aku compare perangai aku masa kat maktab dengan sekarang,memang beza.Kalau kat maktab dulu aku species yang tak tau dok diam2,jalan sana sini,perangai gila2 tahap kuasa infiniti *huh,ada ka?ajaran sesat math betol aku ni*,kaki langgar peraturan dan macam2 lagi lah.Bila dah masuk U,aku jadik lain.Aku jadi segan dengan orang,cakap pun tak guna aku-hang,jalan sensorang.Huh,, =_______________=


Dulu masa aku sekolah rendah dengan menengah kat mengkuang dulu,aku tak sama dengan orang lain.Dulu masa sekolah *even masih pegang title 'budak sekolah rendah' * kawan2 aku semua kalot pasal suka orang tu orang ni,pakai henset apa,blablabla..Bila dah sekolah menengah plak,dok kalot pasal boypren lah,apa lahh..Tapi aku tak,aku memang beza dengan orang lain.Aku tak kesah pun apa nak jadik kat sekeliling aku,asalkan aku buleh survive sudah.Aku dulu bukan jenis yang suka bergaul dengan orang.


Bila dah masuk maktab,my life changed more than 360 degree.Aku bergaul dengan orang,ada geng sendiri,macam2 lagi,tapi perasaan awkward tu tetap ada.Aku tak kesah pun kalau sensorang,ada jugak yang jenis sikit2 nak pi dengan kawan.Aku suka sendiri sebab bebas nak pi mana2.Masa form 3 lah the climax of my teenage's life.Tak caya?Try la tanya batch aku,sapa tak kenal Chan?Semua kenaii.Masa tu memang life aku memang full of rainbow lah!Bila dah form 4 dengan form 5,dah kureng sikit sebab nak SPM.


Bila dah masuk U,aku jadik macam dolu2.Jalan sensorang,tak bergaul sangat dengan orang yang glamer,jadik sopan sikit.Why?Because the maturity has started to grow inside me.Hewhewhew,,Aku sure dua ratuih percent mesti ada yang heran camna aku buleh dok sensorang.Why?Why?Why??


Because,,dari kecik lagi aku memang jenis yang berdikari *mak aku lar yang cerita*.Masa darjah satu aku berani pi pasar malam dengan market sorang2 sampai cina yang jual ikan dengan sayur pun kenai aku lagi,dari kecik sampai ke besaq pun dok pi market Penanti nuh.Pak cik lebai yang jual ayam pun kenai aku lagi kalau aku beli ayam kat dia,kadang2 sembang dengan dia *tapi tak beli pun ayam yang dia juai sebab ayam kat market mahai,ayam beli kat Ayam Ori lagi murah*.Pendek kata,memang aku jenis yang pandai bawak diri la *kembang kecut hidung ni* Hahaha..Apsal cerita pasal market pulak ni??


Maybe aku dilahirkan sekali dengan sifat berdikari kot,bukan setakat dengan placenta ja.Muehehehe,,,


Berdikari + surviving= thats me



Friday, June 7, 2013

MDS UiTM Puncak Alam

Haii.Lama aku tak update story.Sekarang aku dah jadik mahasiswi,rasa macam tak percaya pilak sebab rasa macam baru kemarin ja aku masuk tadika.Muahaha..Teringin jugak nak share pengalaman MDS kat sini.LOL.Apa tu MDS?MacDonaldS kah?MDS tu Minggu Destini Siswa.Al kisahh.....

Aku mai daftar awal,pukul 7.30 dah sampai.Kakak tu bagi kertas blok R1.Paklong aku kata daftar awal dapat bilik bawah2.Yezzer...Masa aku dok asrama dulu derek dapat bilik tingkat 3,jenuh aku nak ghabat tangga,tapi tak kurus2 jugak.Makin melebarkan sayap lemak2 ada la.Bila dah sampai kat kolej,kalut aku pi daftar.Dapat jugak bilik tingkat satu.Tak payah berebut naik lif yang ada dua ja kat each blok.Aku dapat R1,blok yang paling bawah berbanding blok lain.Aku rasa sia2 ja aku makan breakfast sebab kena naik tangga pulak.Termengah mengah aku tau.Lepas dah angkat2 barang family aku nak terus balik.Masa aku salam-peluk-cium bapak aku okay lagi,air mata buleh tahan gi.Bila nak salam mak aku aku terus nangis.Ahh..Malunya.Walaupun aku penah dok asrama,aku still rasa cam budak baru nak dok asrama.Maybe sebab aku asyik dok dekat ja dengan rumah,bila dok jauh ni lain sikit rasa.Huhuhu.Kawan aku daftar lambat,Alya sorang ja dapat satu blok dengan aku,tu pun tingkat 6.Yang lain terbabas kat blok lain.Haihhh......... =.='


MDS?Makan free time MDS,lain hari bayar sendiri.Masa mula2 MDS tu boring gak la,asyik ngantuk lak tu,seb baik tak kantoi dengan PM.Bila dekat2 nak habes MDS baru terasa ke-syok-kannya.Letih gila oo time MDS,keluar dari kolej pagi,malam baru buleh balik.Habes badan bau masam.Semua orang bau masam,so jadik mangli la.Ada jugak yang semboq perfume sampai terbesin bersin aku.Haihh...Aku malas nak wat karangan so aku wat ringkasan ja.Apa?Dulu SPM pun ada ringkasan,so tak salah kan aku nak taip pendek2 ja.


First day:Sesi isi borang2 pendaftaran mak nenek semua tu

Second day:Pendaftaran pelajar baru.Aku lettew pelajar baru.kikiki
Third day:Taklimat dari sapa entah yang aku tak ingat sebab ngantuk sangat.Ciss,buleh plak dia cakap pasal kucing aku,dah la aku homesick rindu kat kucing aku.Tak guna betol!Bersyukur la aku tak meroyan masa taklimat sebab teringat kat kucing aku.




Nilah kucing aku,che puteh nama dia.Rindu gila kat dia.Malam2 letak bantal atas muka pastu nangis teringat kat dia.Huhuhu

Fourth day:Aku dah tak ingat.Kami banyak main tepuk2 ja,entah berjuta tepuk la kami main.Tepuk paling comel?Tepuk menyampah?Main tepuk break?Tepuk terima kasih?Banana?Sesi urut mengurut.Caitt.Sapa ntah yang urut aku sampai sakit bahu aku.Dulu elok2 ja tokwan aku urut aku masa eksiden,ni sapa ntah yang urut aku sampai bahu aku sakit balik.Aku paling suka senaman si tommy *ntah gu mana nak eja*,best oo.Bukan senaman pun,menari ja.Aku paling malas main tepuk2,apa ingat kami nak masuk tadika ka?


Masa hari second last nak habes MDS,terjadik pulak acara PM mengamuk sebab ada yang tak dengar arahan depa.Perghh!Ada sorang PM tu siap kata babi  =.=' gi kat kami *MDS laki pompuan asing ye* .Wakaka,aku relax ja.Bukan aku wat salah pun.Aku tidur ja kat belakang.Tidur ja.Kami siap berlutut gi sebab nak mintak maap,tapi aku bersila ja.Tak kuasa aku nak berlutut ehh.Esok tu okay la.PM paling best and sporting Kak Nina,Abg Jebat,Abg Jimy dengan Abg Shah.Abg Shah ni sedap oo surau dia,dia jenis lawak2,relax ja dengan dia.Siap ada gelaran gi,suara emas.Masa malam penutup memang the best la.Abg Shah,Abg Jimy dengan Abg Jebat jadik MC.Lawak gila,tak larat aku nak gelak.Acara kemuncak ialah persembahan.Siap wat harlem shake lagi.PM plak nyanyi2 ja.Tu la first time aku rasa MDS best.Yang time lain tak best!!PM bagi nasihat untuk kami macam2 before majlis tutup.Time tu la bateri kong,kalau tak aku boleh rakam video.Ciss.




Ni dia roti2 yang aku kutip masa supper.Sepuloh aku hambek,satu aku dah makan.Ala,abang tu bagi ambik banyak,aku rembat ja la.Satu aku dah makan,lapaq sangat!

Apa2 pun,MDS ni bagi pengajaran yang banyak.Ada satu nasihat dari sorang sunbae,dia kata UiTM,universiti tolong melayu.Satu2nya universiti yang ambik bumiputera.Terasa meresap ke hati kata2 dia tu.


P/s:Aku tengok macam2 pesyen orang pakai tudung Uitm masa perasmian majlis penutup.



Saturday, June 1, 2013

Journey to UiTM Puncak Alam

Akhirnya aku sampai jugak kat Selangor.Phew!Penat gila sehh.Bertolak malam,berhimpit dalam kereta rasa macam tin sardin,mengantuk tahap kuasa 3.Berenti kat R&R banyak kali.Mulut bau petai sebab tak dan nak gosok gigi.Ohh!!

Kata nak pi hari sabtu,tetiba tukar plan nak pi hari Jumaat.

Whattt?Ak blom packing.Dengan kelajuan macam superman,ak hauk sana,aku hauk sini barang2 aku sumbat dalam beg.Baju kurung plak aku terpaksa geledah almari.Seb baik ak dan basuh baju kurung hari khamis tengah2 malam,sensorang.Huhuhu.Dengan beg sebesaq buleh sumbat budak kecik,aku sumbat baju aku dan sewaktu dengannya.Stokin plak tak beli gi.Aku pi kedai dengan mak aku,beli apa2 yang patut dengan iron seketul.Iron murah dah la,yang elok mahal sangat sampai tercekik urat kentut aku ^.^

Bila dah susun beg2 dalam bonet keta,kena marah pulak dengan bapak aku.


"Apa yang banyak sangat timba ni?!"

Apa,aku bawak luggage besaq,storage box satu,beg kasut dengan makanan,3 timba.Standard la 3 timba,dok maktab dulu pun tiga timba.Bila suma dah ready,kami bertolak lepas isyak.Asal aku tak mau tidoq sampai selangor,tapi bila dah lepas terowong kat Perak tu aku dah tidoq.Puii..Pastu abah berenti kat R&R kat mana entah,ada wakaf.Aha!Memang best la tidoq kat situ.Aku,abah dengan adik aku tidoq kat wakaf.Mak aku tidoq dalam keta.Bila aku jaga ja pukul 2 pagi and semua dah ada dalam kereta.Ohhhhh!!!!Seb baik aku ngantuk masa tu,aku kontrol la sikit,konon2 tak pa benda yang jadi.Muahahahaha @.@

Then,aku sambung tidoq dalam keta,bila bangun ja dah sampai kat Selangor.Ada la sikit eksaited dalam hati,tapi ngantuk punya pasai aku buat kering ja.Duhh..Satu gi masalah.


Mana nak tidoq??

Ronda sana ronda sini.Last last pi ronda UiTM Puncak Alam.Ohoho.Dalam gila nak pi,dah la kelapa sawit keliling,macam kat Merbok,tapi Merbok tak la banyak sangat kelapa sawit macam kat sini.Yang ada pun McD.Huhu,aku bukannya penggemar McD.First time aku tengok Uitm Puncak Alam masa tu pukui 4.01 a.m.Pastu pi pekena teh O kat kedai mamak sat.Caitt,pukui 4 pagi pun kedai penuh dengan orang

Pastu,ronda carik homestay sampai subuh.Cuci muka kat Petronas sat,pastu pi masjid plak semayang kat masjid Meru.Seb baik dah kutip nombor2 talipon homestay,ada la satu homestay yang kosong kat Kapar.tu pun kena share dengan orang lain.OK la daripada kena pi hampaq toto kat masjid atau tidoq kat surau Petronas Klang.Muahahaha..


Bila dah sampai kat  homestay,aku terkejut.Cantik gila homestay tu.Rumah kayu tapi sejuk.Kami dapat bilik yang agak besar la,harga RM100.Murah la jugak,kan?Bilik kami ada kipas ja.Ok la tew,sejuk oo.Homestay ni kat bukit.Cantik.Siap ada kucing gi nama Katun.Comey and dia kucing jantan.Aku ingat betina sebab tak nampak pun telur dia ;p


That's all...Aku ngantuk :P