Pastinya stress akan datang tak dijemput, pergi pulak dihalau ke tak tetap tak mau nyah. bila stress tu mula la nak melantak nasik seguni beras, tidur lak pejam mata pukul 3 pagi celik pulak time subuh, pastu lelap balik and sedar2 pukul 3 petang. tambahhhhh lagi stress bila fikir kerja tak siap. jadah ape la asyik tido aje. so nak buat apa? nak buat kerja tapi takde inspirasi *hatta wallpaper henfon kau tu gambo bf/gf sekalipun* bila tak ada semangat mula la menggagau cari bantal. pastu terukir di bantal peta dunia...Zzz
tak boleh gitu, rakan2 seluruh universiti satu malaysia ni oi. kalau kerja banyak tak setel, pi la buat kerja tu. tarik kerusi, on lappy, bukak buku. ada idea, tak ada idea, tu tolak tepi. bila kau dah actually sit down, slow2 idea akan datang. otak tu jangan set negatif ajoo. agak2 dah electronegative sangat otak tu, at least tekadkan dalam hati tu
"Ah, aku kena siapkan jugak assignments."
"If not now, when?"
Ni la yang dikata: nak avoid ke adapt? Kalau avoid, sampai kiamat kerja tu tak siap. sudahnya stress pun bertambah botingkek-tingkek heheh. kalau adapt dengan stress, lama-lama kau akan anggap stress tu, alaaa kicik punya hal lah! face-to-face dengan assignments, acah-acah bertinju gitu.
Aku pun nak menyambung transribe video presentation aku huhuu. mau koyak telinga pecah gegendang bukak speaker kuat2, pastu nyumbat ear phone lak. huh, apa sajalah! janji semua siap, esok aku nak berjimba dengan hati yang tenang yeahhh!
No comments:
Post a Comment
Komen la sikit der