Saturday, June 6, 2015

Review novel: My Precious Iris (MyPI)

Aloha!

Aku nak review novel my precious iris atau nama glamernya MyPI. Novel karya melur jelita ni merupakan sambungan daripada novel I Love You, Stupid (ILUS). kena baca ILUS dulu, baru baca MyPI. kang kata MyPI tak best pulak, padahal sikit punya best kot. tunggang langgang emosi aku baca MyPI. sat gelak, sat senyum sorang2, sat tangkap leleh. fuhh, aku yang baca ni terbakar dengan kepedasan abang pedas, yakni firman ebrahim. agak2 wujud idok lelaki macam abang pedas kat dunia ni? adakah o'oo ataupun hindekk? bertagalog pulak kita. 

MyPI ni still tebal, tapi kurenggg sikit dari ILUS. kalau dalam ILUS pasal kisah iris & firman cinta-dalam-diam berlatar tempat kat *mostly* kemboja, tapiiii dalam MyPI depa dah kahwin yayy!! kita akan dibawa ke alam percintaan lepas nikah iris da diva dan abang pedas, since dalam ILUS diorang suka dalam diam, rindu dalam sepi *ceitt!* Iris dah tak berlagak diva lagi macam dulu, dia makin matang dalam kehidupan. firman pulak lepas kahwin makin miang! muahahah miang dengan iris la uolss. kalau dalam ILUS, dia sikit punya tegas, siap wrestling lagi dengan iris. sifat firman dalam MyPI ni mesti jadi igauan para isteri kat luar sana tu hehehe. firman ni ada ciri2 suami mithali ahakss. oh ya, nyaris lupa pasal dr aidan kita. frust la jugak dia tak dapat kahwin dengan iris, tapi sebab dia cinta iris la dia lepaskan iris kat firman. wuaa, moga dr aidan jumpa jodohnya segera muehehe. tengok kat fb kak MJ coming soon nanti pasal aidan ohmaiii. tapi kan, aku tetap #teamabangpedas hikss






sinopsis seringkas-yang-mungkin:

iris & firman bahagia melayari alam perkahwinan. merenung meteor Lyre, honeymoon di sungai lui, mengulangi saat-saat manis di kemboja hiks. indah sungguh sesebuah perkahwinan bila agama terletak di atas sekali tapi bahtera mana tak dilanggar ombak, dipukul ribut, dilanda badai. diganggu watak ketiga, iris dimandrem & diduga jadi buta. saat lahirnya cahaya mata mereka, abang pedas pula koma 50-50 harapannya.

ending????

pasti la bahagia! kalau dak dah lama aku campak MyPI dalam tasik bukit ekspo tu. hihihi. novel2 karya MJ memang perfect bagi aku. cukup rasa, plot teratur cantik, terisi dengan ilmu2 agama, bukan sekadar omongan cinta saja. elok juga married couples baca novel ni, esp geng2 wifey la kan. geng2 hubby layan ka novel2 cinta ni? ahahah. banyak input untuk orang dah kahwin. ermm yang single mingle cam aku ni mengharap ada la firman ebrahim kat dunia ni amik mana yang patut buat pengajaran. hehehe kalau hadek2 sekolah nak baca kena ada bimbingan ibu bapa macam kat tv tu, apa PG13 eh? ahahaha. bukan apa, aku yang mahasiswi pun dalam kelas berangan nak kawin dengan abang pedas *facepalm*

malas nak taip panjang2. nak tau gi la beli sendiri. 35 ja kot. aku nak redeem mph point aku, tapi system ting tong lak. hai laa...kalau dak aku dapat diskaun 10 hengget. points berlungguk tu simpan buat beli the unsung hero. dak pun tunggu novel kak MJ yang baru ahakss!

p/s: saya single & sudi menjadi my precious anda sekiranya anda memenuhi standard kawalan kualiti saya lolssssssssss. kidding weh! 

No comments:

Post a Comment

Komen la sikit der