Showing posts with label Review novel. Show all posts
Showing posts with label Review novel. Show all posts

Sunday, February 28, 2016

Review novel: Dia...Bangladesh Mari?


Holla...


Kali ni aku nak review pasal novel Dia...Bangladesh Mari? karya Liz Haliza. Aku ada baca komen-komen orang kutuk title novel ni. Dah kenapa letak title bangladesh? Al maklum la Malaysia kan tengah hangat pasal 1.5 juta bangla nak dibawak masuk. Apa-apa pun jangan la condemn penulis. Masa dia tulis novel ni mana la dia tau 1.5 juta bangla nak mai kannn? Hahaa

Aku memang target nak beli novel ni sebab baca sinopsis dia pun aku syak mesti best punya. Lepas beli terus aku baca kat food court Mines tu. Part awal-awal memang lawak dengan perangai si Ismail ni. Kalau tak mengenangkan aku ada kat tempat awam, memang aku gelak guling-guling dah. Setahun dulu Ailis pernah tolong si mamat tulang kat depan masjid. Bila dia jumpa seorang laki yang serupa dengan mamat tulang tu dekat car wash, ditembaknya laki tu dengan berjuta soalan. Ya lah, kawan tertanya-tanya khabar si mamat tulang tu. Hidup ke tidak? Sihat ke tidak? Macam-macam dia kelentong Ailis supaya Ailis percaya yang dia tu Bangladesh mari juga. Last-last kantoi sendiri muehehe. Lepas tu selamba je mengaku depan Ailis yang dia tu bukannya Bangla. Lama-lama cinta dia pun berputik sebab Ailis ni dia punya curiosity ni tinggi tahap dewa sampaikan selalu je kacau Ismail. Start dari ni la Ismail mula ada feeling kat Ailis. Aku ingat Ismail ni main-main je suka kat Ailis, rupanya sungguh!


hahaa buntut KimK



aku suka part ni..suko jupo demo!


Pada masa ni jugak, ada jiran baru pindah sebelah rumah Ailis. Kak Cah dengan adik dia Kak Nin yang sakit macam mayat hidup sebab eksiden dulu ni. Dia dengar apa orang cakap, tapi tak boleh response. Ailis ni selalu pegi melawat Kak Nin sambil cerita pasal kisah dia dengan Ismail. Ailis sebut je pasal Ismail baru Kak Nin ada response. JENG JENG JENG!!!! Apa pulak kaitan Nin dengan Ismail? Haa nak tau baca sendiri. 

Jalan cerita dia santai aje, tak sarat dengan emosi berlebihan. Tapi mostly aku banyak gelak la sebab perangai Ismail yang selamba and kuat mengusik Ailis hihiii.

Ailis pulak suka buat tindakan terburu-buru tanpa fikir panjang. Suka ikutkan hati sangat. Mujur ada BFF Ailis, Mazuin, yang boleh balance kan watak Ailis ni. Mazuin selalu nasihatkan Ailis jangan ambik tindakan melulu. Jadi, carilah kawan yang baik yang boleh nasihatkan kita hikss. 

Oh, and watak Ali, pekerja kat car wash Ismail. Aduh aduh..jenuh gelak aku dengan Ali ni. Kerja nak ngorat si Ailis je. Bakal bini bos pun dia nak masuk line jugak. Tak dapat Ailis, dia nak usya Mazuin pulak. Bila Ailis tipu Ali cakap Mazuin tu laki dia polis, tau pun takut mat bangla ni. Kiranya watak Ali ni macam menceriakan suasana gitu.


ali cuba masuk line

ali strikes again!!

Secara konklusinya:

1) aku bagi 4/5 bintang !!! memang berbaloi beli.
2) walaupun novel ni 495 m/s ja , tapi ada banyak pengajaran. berbaloi ah beli walaupun       tajuk novel ni macam nan hadoo je hahaa. 
3) jangan sangka yang baik tu baik, jangan sangka yang dituduh jahat tu jahat *hint! hint!*
4) kalau tebal kan best! tak puas dengan Ismail yang suka sakat Ailis miahaha
5) aku suka nama watak2 dalam novel, simple and pendek je. takde nya 
    title-title kesukaan orang melayu; datuk datin tan sri puan sri muehehe
6) yang aku rimas watak mak-mak dalam cerita ni; mama ailis & mak ismail. adess...suka
    nak serkap jarang. rimas iols tau hahaha.
7) those yang stress tu boleh la baca. aku kalau penat dari balik kelas selalu baca part2 lawak dalam novel ni ;)







Saturday, June 6, 2015

Review novel: My Precious Iris (MyPI)

Aloha!

Aku nak review novel my precious iris atau nama glamernya MyPI. Novel karya melur jelita ni merupakan sambungan daripada novel I Love You, Stupid (ILUS). kena baca ILUS dulu, baru baca MyPI. kang kata MyPI tak best pulak, padahal sikit punya best kot. tunggang langgang emosi aku baca MyPI. sat gelak, sat senyum sorang2, sat tangkap leleh. fuhh, aku yang baca ni terbakar dengan kepedasan abang pedas, yakni firman ebrahim. agak2 wujud idok lelaki macam abang pedas kat dunia ni? adakah o'oo ataupun hindekk? bertagalog pulak kita. 

MyPI ni still tebal, tapi kurenggg sikit dari ILUS. kalau dalam ILUS pasal kisah iris & firman cinta-dalam-diam berlatar tempat kat *mostly* kemboja, tapiiii dalam MyPI depa dah kahwin yayy!! kita akan dibawa ke alam percintaan lepas nikah iris da diva dan abang pedas, since dalam ILUS diorang suka dalam diam, rindu dalam sepi *ceitt!* Iris dah tak berlagak diva lagi macam dulu, dia makin matang dalam kehidupan. firman pulak lepas kahwin makin miang! muahahah miang dengan iris la uolss. kalau dalam ILUS, dia sikit punya tegas, siap wrestling lagi dengan iris. sifat firman dalam MyPI ni mesti jadi igauan para isteri kat luar sana tu hehehe. firman ni ada ciri2 suami mithali ahakss. oh ya, nyaris lupa pasal dr aidan kita. frust la jugak dia tak dapat kahwin dengan iris, tapi sebab dia cinta iris la dia lepaskan iris kat firman. wuaa, moga dr aidan jumpa jodohnya segera muehehe. tengok kat fb kak MJ coming soon nanti pasal aidan ohmaiii. tapi kan, aku tetap #teamabangpedas hikss






sinopsis seringkas-yang-mungkin:

iris & firman bahagia melayari alam perkahwinan. merenung meteor Lyre, honeymoon di sungai lui, mengulangi saat-saat manis di kemboja hiks. indah sungguh sesebuah perkahwinan bila agama terletak di atas sekali tapi bahtera mana tak dilanggar ombak, dipukul ribut, dilanda badai. diganggu watak ketiga, iris dimandrem & diduga jadi buta. saat lahirnya cahaya mata mereka, abang pedas pula koma 50-50 harapannya.

ending????

pasti la bahagia! kalau dak dah lama aku campak MyPI dalam tasik bukit ekspo tu. hihihi. novel2 karya MJ memang perfect bagi aku. cukup rasa, plot teratur cantik, terisi dengan ilmu2 agama, bukan sekadar omongan cinta saja. elok juga married couples baca novel ni, esp geng2 wifey la kan. geng2 hubby layan ka novel2 cinta ni? ahahah. banyak input untuk orang dah kahwin. ermm yang single mingle cam aku ni mengharap ada la firman ebrahim kat dunia ni amik mana yang patut buat pengajaran. hehehe kalau hadek2 sekolah nak baca kena ada bimbingan ibu bapa macam kat tv tu, apa PG13 eh? ahahaha. bukan apa, aku yang mahasiswi pun dalam kelas berangan nak kawin dengan abang pedas *facepalm*

malas nak taip panjang2. nak tau gi la beli sendiri. 35 ja kot. aku nak redeem mph point aku, tapi system ting tong lak. hai laa...kalau dak aku dapat diskaun 10 hengget. points berlungguk tu simpan buat beli the unsung hero. dak pun tunggu novel kak MJ yang baru ahakss!

p/s: saya single & sudi menjadi my precious anda sekiranya anda memenuhi standard kawalan kualiti saya lolssssssssss. kidding weh! 

Tuesday, May 5, 2015

Review novel: I Love You Stupid (ILUS)

Hmm, dah lama sebenarnya aku pencen dari baca novel2 cinta ni sebab nak fokus belajar malas nak beli. selalu pinjam kat library ja. tapi tau2 la kat library ni bukannya ada sangat novel yang kita nak huhuu T.T Novel ILUS karya melur jelita ni dah lama aku perati kat page belakang2 dalam novel. tengok tajuk cam mehh *thumbs down*...entah hape2 je tajuk. tapi tu la kan, orang kata jangan judge buku dari cover. tergerak hati nak baca reviews novel ILUS kat goodreads and ramai cakap novel ni best. page dia ya rabbi, aku tengok pun rasa lelah bila la boleh habeh baca ni sebab 1000++ muka surat. 5 hari baru aku khatam novel ni ehehe. 

Dah sampai tu terus cari Karya Seni dan hunting la novel2 idaman. cari2..isy takkan dah sold out kot ILUS huuu. I is sedih! Tetiba kak shaz datang sua ILUS yayy! Thanks kak shaz :) Tengok2 tinggal 2 ketul je, rezeki hakuuu. Harga dia rm30! Seyez talk!! Time pesta buku haruslah borong banyak2 sebab harga diskaun nangis tepi bucu katil



Oh! Abang pedasku ahakss


Malas nak tulis sinopsis,so...

Dipendekkan cerita, ILUS ni pasal Iris dengan divas dia, Lara, Farina & Violet yang suka cari pasal dengan insp ebrahim aka abang pedas. masa join suksis kat um, iris ni suka sangat cari pasal dengan insp ebrahim sampai terjadi satu fitnah. Jejeng!! lepas tu dicerita pulak iris nak pegi kemboja atas tiket misi kemanusiaan orang melayu cham yang disponsor bapaknya dan dermawan yang lain. since iris ni anak bapak, papa dia upah bodyguard untuk jaga iris, yakni firman aka abang pedas. depa ni suka sangat la bergaduh tahap bertumbuk terajang pun hado *iris suksis & firman polis* dalam dok gaduh2 tu ada jugak sweetnya i loike! iris dan firman ni suka sama suka tapi memasing tak luahkan feeling ittew sebab iris kan ada bf, aidan. tapiiiiiiiiiii yang klimaksnya iris lari dari firman and culik sorang baby ni omg! anak sapa tu? Jejengggg! Sampai la terbongkar misi iris yang sebenar kenapa dia join misi kemanusiaan tu. Nak tau kena la beli ILUS ni heheh 

Bagi aku, novel ni memang rugi kalau tak dak dalam koleksi. Cerita dia lain dari novel2 cinta yang cliche tu. Banyak pengajaran dalam novel ni, kemanusiaan, kasih sayang, sejarah kemboja & kekejaman pol pot, friendship dan agama. Walaupun semput nak perabih baca, tapi ILUS ni well-written dan takkan rasa boring. rasa nak cepat2 baca sampai perabih ada la hihii. purr! bila baca tu rasa macam ada movie terlayar *Ecehh!* dalam minda. 

Tergelak sorang2 aku baca novel ni, tak tahan dengan perangai firman aka abang pedas aka insp ebrahim & iris nur aka iris the diva pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aka iris the devil. firman dengan perangai pedas dia tapi sangat protective kat iris. iris dengan perangai diva and mulut bukan main lepas. dedua ni suka sangat bergaduh tahap smackdown macam WWE ahaha. bagi aku ni la yang buat pembaca ILUS tak boring dengan novel dia yang maha tebal. oh ya, tak lupa jugak mai tuan dengan fatimah, mama dan adik firman, yang jadi penyeri dalam novel ni ihikss. 

all in all, aku bagi 5.30 bintang *campur gst* and aku highly recommended hangpa baca novel ni.

Kasi hint sikit la

"Kalau saya dah sign in...saya tak mau sign out" -Iris

"My precious...jerat tak pernah lupakan pelanduk. Firman tak pernah lupakan Iris" -Abang Pedas