Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Saturday, June 6, 2015

Review novel: My Precious Iris (MyPI)

Aloha!

Aku nak review novel my precious iris atau nama glamernya MyPI. Novel karya melur jelita ni merupakan sambungan daripada novel I Love You, Stupid (ILUS). kena baca ILUS dulu, baru baca MyPI. kang kata MyPI tak best pulak, padahal sikit punya best kot. tunggang langgang emosi aku baca MyPI. sat gelak, sat senyum sorang2, sat tangkap leleh. fuhh, aku yang baca ni terbakar dengan kepedasan abang pedas, yakni firman ebrahim. agak2 wujud idok lelaki macam abang pedas kat dunia ni? adakah o'oo ataupun hindekk? bertagalog pulak kita. 

MyPI ni still tebal, tapi kurenggg sikit dari ILUS. kalau dalam ILUS pasal kisah iris & firman cinta-dalam-diam berlatar tempat kat *mostly* kemboja, tapiiii dalam MyPI depa dah kahwin yayy!! kita akan dibawa ke alam percintaan lepas nikah iris da diva dan abang pedas, since dalam ILUS diorang suka dalam diam, rindu dalam sepi *ceitt!* Iris dah tak berlagak diva lagi macam dulu, dia makin matang dalam kehidupan. firman pulak lepas kahwin makin miang! muahahah miang dengan iris la uolss. kalau dalam ILUS, dia sikit punya tegas, siap wrestling lagi dengan iris. sifat firman dalam MyPI ni mesti jadi igauan para isteri kat luar sana tu hehehe. firman ni ada ciri2 suami mithali ahakss. oh ya, nyaris lupa pasal dr aidan kita. frust la jugak dia tak dapat kahwin dengan iris, tapi sebab dia cinta iris la dia lepaskan iris kat firman. wuaa, moga dr aidan jumpa jodohnya segera muehehe. tengok kat fb kak MJ coming soon nanti pasal aidan ohmaiii. tapi kan, aku tetap #teamabangpedas hikss






sinopsis seringkas-yang-mungkin:

iris & firman bahagia melayari alam perkahwinan. merenung meteor Lyre, honeymoon di sungai lui, mengulangi saat-saat manis di kemboja hiks. indah sungguh sesebuah perkahwinan bila agama terletak di atas sekali tapi bahtera mana tak dilanggar ombak, dipukul ribut, dilanda badai. diganggu watak ketiga, iris dimandrem & diduga jadi buta. saat lahirnya cahaya mata mereka, abang pedas pula koma 50-50 harapannya.

ending????

pasti la bahagia! kalau dak dah lama aku campak MyPI dalam tasik bukit ekspo tu. hihihi. novel2 karya MJ memang perfect bagi aku. cukup rasa, plot teratur cantik, terisi dengan ilmu2 agama, bukan sekadar omongan cinta saja. elok juga married couples baca novel ni, esp geng2 wifey la kan. geng2 hubby layan ka novel2 cinta ni? ahahah. banyak input untuk orang dah kahwin. ermm yang single mingle cam aku ni mengharap ada la firman ebrahim kat dunia ni amik mana yang patut buat pengajaran. hehehe kalau hadek2 sekolah nak baca kena ada bimbingan ibu bapa macam kat tv tu, apa PG13 eh? ahahaha. bukan apa, aku yang mahasiswi pun dalam kelas berangan nak kawin dengan abang pedas *facepalm*

malas nak taip panjang2. nak tau gi la beli sendiri. 35 ja kot. aku nak redeem mph point aku, tapi system ting tong lak. hai laa...kalau dak aku dapat diskaun 10 hengget. points berlungguk tu simpan buat beli the unsung hero. dak pun tunggu novel kak MJ yang baru ahakss!

p/s: saya single & sudi menjadi my precious anda sekiranya anda memenuhi standard kawalan kualiti saya lolssssssssss. kidding weh! 

Tuesday, May 5, 2015

Review novel: I Love You Stupid (ILUS)

Hmm, dah lama sebenarnya aku pencen dari baca novel2 cinta ni sebab nak fokus belajar malas nak beli. selalu pinjam kat library ja. tapi tau2 la kat library ni bukannya ada sangat novel yang kita nak huhuu T.T Novel ILUS karya melur jelita ni dah lama aku perati kat page belakang2 dalam novel. tengok tajuk cam mehh *thumbs down*...entah hape2 je tajuk. tapi tu la kan, orang kata jangan judge buku dari cover. tergerak hati nak baca reviews novel ILUS kat goodreads and ramai cakap novel ni best. page dia ya rabbi, aku tengok pun rasa lelah bila la boleh habeh baca ni sebab 1000++ muka surat. 5 hari baru aku khatam novel ni ehehe. 

Dah sampai tu terus cari Karya Seni dan hunting la novel2 idaman. cari2..isy takkan dah sold out kot ILUS huuu. I is sedih! Tetiba kak shaz datang sua ILUS yayy! Thanks kak shaz :) Tengok2 tinggal 2 ketul je, rezeki hakuuu. Harga dia rm30! Seyez talk!! Time pesta buku haruslah borong banyak2 sebab harga diskaun nangis tepi bucu katil



Oh! Abang pedasku ahakss


Malas nak tulis sinopsis,so...

Dipendekkan cerita, ILUS ni pasal Iris dengan divas dia, Lara, Farina & Violet yang suka cari pasal dengan insp ebrahim aka abang pedas. masa join suksis kat um, iris ni suka sangat cari pasal dengan insp ebrahim sampai terjadi satu fitnah. Jejeng!! lepas tu dicerita pulak iris nak pegi kemboja atas tiket misi kemanusiaan orang melayu cham yang disponsor bapaknya dan dermawan yang lain. since iris ni anak bapak, papa dia upah bodyguard untuk jaga iris, yakni firman aka abang pedas. depa ni suka sangat la bergaduh tahap bertumbuk terajang pun hado *iris suksis & firman polis* dalam dok gaduh2 tu ada jugak sweetnya i loike! iris dan firman ni suka sama suka tapi memasing tak luahkan feeling ittew sebab iris kan ada bf, aidan. tapiiiiiiiiiii yang klimaksnya iris lari dari firman and culik sorang baby ni omg! anak sapa tu? Jejengggg! Sampai la terbongkar misi iris yang sebenar kenapa dia join misi kemanusiaan tu. Nak tau kena la beli ILUS ni heheh 

Bagi aku, novel ni memang rugi kalau tak dak dalam koleksi. Cerita dia lain dari novel2 cinta yang cliche tu. Banyak pengajaran dalam novel ni, kemanusiaan, kasih sayang, sejarah kemboja & kekejaman pol pot, friendship dan agama. Walaupun semput nak perabih baca, tapi ILUS ni well-written dan takkan rasa boring. rasa nak cepat2 baca sampai perabih ada la hihii. purr! bila baca tu rasa macam ada movie terlayar *Ecehh!* dalam minda. 

Tergelak sorang2 aku baca novel ni, tak tahan dengan perangai firman aka abang pedas aka insp ebrahim & iris nur aka iris the diva pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aka iris the devil. firman dengan perangai pedas dia tapi sangat protective kat iris. iris dengan perangai diva and mulut bukan main lepas. dedua ni suka sangat bergaduh tahap smackdown macam WWE ahaha. bagi aku ni la yang buat pembaca ILUS tak boring dengan novel dia yang maha tebal. oh ya, tak lupa jugak mai tuan dengan fatimah, mama dan adik firman, yang jadi penyeri dalam novel ni ihikss. 

all in all, aku bagi 5.30 bintang *campur gst* and aku highly recommended hangpa baca novel ni.

Kasi hint sikit la

"Kalau saya dah sign in...saya tak mau sign out" -Iris

"My precious...jerat tak pernah lupakan pelanduk. Firman tak pernah lupakan Iris" -Abang Pedas



Tuesday, February 4, 2014

The wedding breaker+13 jam A380

                                  Salam alaikum and ahoy people!!!

     Hampir sepurnama hamba menunggu bulan jatuh ke riba, tiba jua novel yang hamba tunggu. yakni the wedding breaker & 13 jam A380. hoyeahh!! happy tak terkata beb. dekat 3 minggu aku tunggu novel sampai,rupanya terperam kat pejabat kolej sampai seminggu. Tskk..meh nak review sikit.

    Lagi happy kalau Tengku Adam Kamil wujud.

    Lagi happy kalau dapat jumpa Syed Haydar.

    Ehhh ???

    Memang highly recommended lah untuk beli novel ni sebab ceritanya lain dari yang lain. selalu tipikal novel hero kaya kawin dengan heroin miskin@budak kampung.then gaduh2 pastu bini lari. heck. takde jalan cerita lain ke?  so lapuk.

    Yang bagusnya ada juga ayat2 al-quran dan hadis diselit dalam novel ni.wuu...novel lain mana ada?adapun celah gigi ja. aku lagi suka baca 13 jam A380 sebab terkesan di hati.tskk..novel ni sangat membuka mata aku sebab ada cerita pasal peristiwa 11 september,pasal bashar al-ASSad,kisah2 kat palestin dengan syria. Lagipun novel ni reality-based sebab gak evelyn rose cerita pasal kerja dia,so tak dak la story tu cam tipu ja khenn. oh ya,dalam 13 jam A380 ada special appearance tengku adam kamil dengan ariana rose. aha,linda dengan samuel pun ada.lebih kurang cam sambungan dari TWB cenggitu.




Hahah! postage free,gila tak mau beli online.diskaun rm3 for each novels plak tuh 


wooo ;)


yeah! tengku adam kamil lappchiuu !!!!


nokrom! jangan jeles dengan aku. kak evelyn rose, please proud of me as one of your millionth buyers of these great novels :)

Nak pinjam? no way,beli sendiri
Gila hajah bakhil sungguh