Showing posts with label food tech. Show all posts
Showing posts with label food tech. Show all posts

Saturday, January 2, 2016

Au revoire sem 3

Hyeee!

Sekarang musim bebudak degree final exam. Aku baru start first paper hari ni, biochemistry. Fuhh lega gilaaaa dah lepas biochem. Aku dok stress subjek ni sampai subject lain dok sangkut lagi tak study uhuhuu. alhamdulillah paper biochem aku buleh jawab hikss. Lagi best keluaq pulak yang aku target. Aku ada study gak soalan past year uni obersi. nahh keluaq setepek sebijik. harap prof nazamid baik hati nak bagi A ahahahaa. ya lah tu, masuk kelas pun main setagram pesbuk ada hati nak A *facepalm* Lekeh-lekeh B pun jadi la prof. 

Ok, nak study stats dengan kimia pulak.

Daaaaa!

Monday, April 27, 2015

Aku tak paham...

kenapa bila aku nak buat lab report, payah beno aku nak jumpa maklumat yang betul2 aku nak kena tulis. tapi seminggu lepas tu bila nak buat lab report lain aku akan jumpa maklumat tu exactly macam yang aku nak. i was like~




See? even jackie chan memahami dilema student yang satu ni. sigh 



Monday, August 18, 2014

entah kenapa semua benda rasa macam falling apart

hari ni rasa macam bad luck ja. apa benda nak setel semua macam tergendala. Tuhan memang nak duga aku, tapi selagi aku beriman aku yakin aku doa aku tawakal Tuhan akan mudahkan semua.

aku pi agrobank,ingat nak withdraw duit tapi akaun dah lama tak aktif,2 tahun. kfine,bayar 10 ringgit setel. jadh pulak IC tak boleh pakai. cip rosak.dia suruh pi agrobank kat bagan. double kfine.

hujan pulak. hmm aku dengan mak pi bank naik moto. tinggal moto kat bank,abah datang ambik. 

kita pi cimb kat bm pulak. nak bukak akaun sebab upm pakai cimb untuk urusan kewangan. damn! IC tak boleh pakai jugak. dia suruh pi buat yang baru,kata hari khamis boleh siap. hantar mak balik,aku pegi jpn bertam dengan abah.

oh double damn!

sekali jpn offline,tak boleh nak buat IC. kalau jpn perda memang menggunung dah carutan makian sebab ramai sangat orang.moh ler ke jpn bagan. oh! nak dekat waktu rehat pulak. orang pun still ramai. bhaiya tu suruh mai pukul 2.

then pi pulak agrobank kat bagan. kekdahnya nak tutup akaun terus sebab jarang guna. bank yang aku guna dah banyak tapi duit TAK banyak abah gi cari parking,aku berurus dengan officer tu *ramah orangnya* cakap nak tutup. bila abah mai dia heran pesal lama sangat,aku habaq la nak tutup. abah gelak,dia ingat aku nak buat kad atm. lol.

kad atm agrobank annually dia tarik rm8 tau untuk caj service dia. wadehek! aku tutup ja la, dapat keluar semua duit wehehehe ;)  

makan dulu,pastu pi tunggu kat jpn bagan. 

1.30 pm  orang tak ramai gi,lex lu

1.50 pm  orang dah ramai. masuk lif,tekan 2nd floor

1.55 pm  dah sesakkkkk

2.00 pm  bila nak bukak pintu

2.07 pm  menonong masuk beratur amik nombor giliran 

oh triple damnn!

2 minggu baru nak siap. ngam ngam 2 minggu aku dah kat upm. skang pakai ic sementara. bila nak amik ic baru,kena bawak sekali ic sementara. aku cuba gak kelip-kelip mata,bajet comel bajet  lawa kot-kot IC dapat siap awal. huhuu.fail uols!

plannya abah dah ambik ic baru,kirim kat kezen ja sebab dia masuk upm balik 7 hb. oh crapp. selama beberapa hari aku IC-less nationality-less (?).

pegi klinik singapore buat medical check up. yang best doktor tu cina,muka pun macam lim guan eng wakaka..harga rm90 sebab check darah. masa med check up nak masuk uitm kena 50 ja. wadehek check darah takat nak tengok jenis darah white blood cell platelets foreign cells. haha tu pun aku boleh buat kalau aku ada lab sendiri 

holy crow!

jarum die pheww! satu per lapan hampir pengsan jugak aku tengok. ok setel kita balik.

whatsapp nina since kami sama-sama dapat upm. oh shitttttt! dia cakap buat ic kat hq jpn kat pulau 2 hari siap *menangis air mata darah sampai penuh telaga belakang rumah* 

Tuhan memang nak uji aku?
sebab Dia sayang aku?
ya.





Thursday, August 14, 2014

Ke degree ke kite? part 2



Well, semua orang pakat post course yang depa dapat. aku ponggg nak post gak,tapi kat blog dah arr. Aku dapat degree food tech? hha, aku nak environment tech tapi dah dapat food tech redha ja lah jenabss oi. tapi kenapa ramai kengkawan aku tak ramai dapat upm? kawan aku ramai genius genius tahap albert einstein, tak dak kawan ahh camni. dah la merbokians tak ramai dapat upm. ramai dapat uitm jahh. 

Kfine.